Saturday, December 11, 2010

CIKGU XDAK OTAK!

KISAH SEORANG CIKGU TADIKA

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal...

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini? Murid-murid : Nampak cikgu. Guru tadika : Pen ada kan? Murid-murid : Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen? Murid-murid : Tak nampak cikgu. Guru tadika : Pen ada tak? Murid-murid : Tak ada cikgu. Guru tadika : Anak-anak nampak Tuhan tak? Murid-murid : Tak nampak cikgu. Guru tadika : Tuhan ada tak? Murid-murid : Tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan...

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu? Guru tadika : Boleh, mari ke depan. Amin : Kawan-kawan nampak cikgu tak? Murid-murid : Nampak. Amin : Cikgu ada kan? Murid-murid : Ada. Amin : Kawan-kawan nampak otak cikgu tak? Murid-murid : Tak nampak. Amin : Cikgu ada otak tak? Murid-murid : Tak ada.

- Artikel iluvislam.com -

p/ : abeh2 nk menyesatkn orang.....moga ALLAH memberi petunjuk kepada orang seperti ini..

aminnn

2 comments:

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!