Friday, July 31, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 3---

HI SEMUA
I BUKAN PENULIS, JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH, 
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading



„Susah betui nak dapat kerja sekarang ni,“ zara mengeluh. Banyak resume yang dihantarnya. Interview dah dekat sepuluh kali dihadirinya di tempat yang berbeza. Namun belum ada yang bersesuaian dengan dirinya.

 „Biasa lah tu,merajuk dengan diri sendiri sampai dah setahun graduate baru nak cari kerja,memang susahlah nak dapat,“ Adnan melipat surat khabar yang dibacanya.

 „Ala papa,bukan merajuk cuma...“ Zara terdiam.Dia tidak tahu bagaimana untuk membela dirinya. Sudah lima bulan dia mencuba nasib untuk mencari pekerjaan. Tetapi setiap temuduga yang dihadiri pasti mahukan pengalaman. Mana dia ada pengalam! Ala,time tengah frust tu mana nak ingat semua benda lah ni, otak dok ingat kat DANIEL ja...huhuhu... hebat tu penangan penyakit cinta ni!

 „Zaman sekarang,orang nak yang ada pengalaman,baru senang diterima kerja,“ Sambung Adnan lagi.

 „Dah dapat kerja kat Hazim Enterpise tu, tapi posisi dia tak menarik,“ Zara muncungkan mulutnya.

 „Position apa yang Zara dapat?“ Zainab melabuhkan punggung disebelah anaknya. Dia membelai rambut Zara.

 „Secetery ma,“ Jawab Zara perlahan. Tanak aku jadi secetery ni! Macam mana ntah dia boleh ditawarkan menjadi secetery padahal ijazah yang digenggamnya adalah bidang Kejuruteraan

 „Aik lari bidang terus nampak,Zara mintak position tu ka? Tapi adalah jugak kerja dari tak ada,gain the experience“  Adnan menyuntik semangat untuk Zara sambil mencapai goreng pisang yang dibawa isterinya tadi. 

 „Tak nak la papa,bos yang interview Zara tu gatai! Dia tanya dah kawen ka belom,ada boyfriend ka tak,“ Zara memandang wajah mamanya. Muka kalau hensem takpa jugak ni muka macam jambatan tak siap! Eh! Sedap mulut hang ja eh Zara.

 „Mestilah dia nak tahu serba sedikit tentang Zara kalau tak,macam mana dia nak ambik zara kerja dengan dia?“ Zainab menyuarakan pendapatnya.

 „Ma,kalau itu saja tak apa,ini tidak dia ajak Zara kawen dengan dia pulak,“

 „Wah,mama dapat menantu yang ada syarikat sendiri,hebat la,“ Zainab tersengih.

 ‚Ma,umur dia lebih kurang umur papa,“Beritahu Zara. Boleh pula mama ni berangan nak menantu kaya.

 „Alamak,tak mau lah,nanti tak sempat nak dapat cucu,menantu mama dah kojol dulu,“ Ketawa Zainad dan Zara bersatu.

 „Ha,gelak la,betul-betul jadi menantu mama baru tau,“ Adnan mencelah.

 „Ala papa ni, doa tu,jangan la cakap macam tu dah,“ Pinta Zara lembut.

 „Umur Zara dah 24tahun, Zara belum ada someone special lagi?“ Soal Zainab.

 „Ma,ba,impian untuk berkahwin pada zara,paling last sekali,Zara tak nak la fikir lagi benda ni,“ Zara melentokkan kepalanya dibahu Zainab.

 „Elok lah tu, papa happy dengar Zara macam ni, ingat,hanya Zara saja yang boleh menentukan hidup Zara,bukan orang lain.bukan mama bukan papa,“Nasihat Adnan kepada anak gadisnya itu.

 „Ra berserah kepada Allah ja,Ra malas nak fikir,“ Ya! Itulah kata hatinya.Dia hanya mahu berserah kepada Allah.Dia yakin bahawa hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuknya.

 „Itu yang seeloknya,“ Adnan teramat bersyukur kepada Allah kerana anak yang dirinduinya selama ini kembali. Zara adalah seorang yang ceria dan suka mengusiknya tetapi keceriaan itu berjaya direntap oleh Daniel. Dan kini keceriaan itu telah kembali. Dia berdoa moga tiada lagi derita yang akan dilalui oleh anaknya,

  „Boleh mama tanya?“ Zainab menoleh memandang Zara.

 „Tanya apa mama?“

 „Zara dan Daniel....“ Zara terkedu. Dia diam. Alahai mama,please don’t start!

 „Mama,“ Suara garau Adnan memecah kebisuan Zara. Tegas bunyinya. Dia tidak mahu butir yang keluar dari isterinya menyebabkan anak gadisnya kembali murung.

 „Ala ma,Niel tu kuat cemburu,dia tanak Zara jauh dari dia.Dia cakap,Zara ni pantang nampak lelaki hensem,“ Zara menyembunyikan perkara yang sebenar. Tetapi inilah juga salah satu alasan yang diberi oleh Daniel kepadanya sewaktu hubungan mereka di hujung tanduk. Lepas itu biarlah lepas,tak usahkanlah nak memburukkan sesiapa.

 „Dia tak percaya kat Zara?“ Zainab menyoal lagi. Berkenan sungguh dia pada si Daniel sewaktu Zara menemukan mereka. Daniel pandai mengambil hatinya. Tetapi dia hanya insan biasa tidak mampu melawan takdir. Tiada jodoh diantara mereka.

 „Ma,biasalah,Anak mama ni kan cantik,mesti la dia cemburu tak sudah,“ Zara ketawa.Dia tidak mahu menceritakan hal yang sebenar.

 „Ma,Aril mana?“Zara cuba mengalih topik.

 „Ada kat dalam bilik tu,“ Zainab muncungkan mulutnya.Mata pula tidak lepas memandang dikaca TV. Zara melangkah meninggalkan kedua org tuanya. Fuh selamat aku!
Setibanya di bilik Aril,dia melangkah masuk perlahan-lahan dibelakang adiknya itu.

 „Cuba teka,sapa ni,“ Zara menutup mata Zaril yang sedang kusyukh mengadap laptopnya.

 „Selena Gomez!,“

 ‚Salah!“

 „Maya Karim!,“

 „Salah!“

 „Rani Mukharjee!“ Zaril ketawa kecil.

 ‚Pandai!!,“ Zara duduk mengadap adiknya.

 „Perasan!“ Zaril mencebik.

 „Hahahaha,dah tu yang Aril dok sebut-sebut nama artis pasai apa?“ Soal Zara geram.
 „Ala,kesian pulak,kang tak layan merajuk.Penat nak pujuk tau!“ Aril mengaduh kesakitan setelah dicubit zara. Geram betul dengan budak sorang ni,ada saja nak sakitkan hati aku!

 „Abg Niel accident,“ Zara tersentak.

 „Teruk ka?“ Soal Zara perlahan. Kenapa nama ini muncul kembali?

 „Dia tak teruk,tapi kereta dia teruk gila,Ra nak tengok?“ Soal Zaril cepat. Dia tahu hati kakaknya masih lagi milik lelaki ini. Dia tahu apa yang terjadi diantara mereka. Dia juga  tahu kewujudan Riana didalam hidup Daniel.Malah dia juga tahu dan kenal dengan perempuan yang berjaya merebut hati Daniel dari pada kakaknya Zara.

 Zara menggeleng. Dia memujuk hatinya. Dia tidak boleh mengalah. Papa pesan! Jangan biar hati menguasai diri.!

 „Ra tau,Abg Niel dah tak macam dulu,facebook dia pun dah tak macam dulu.banyak kali Ril baca Abg Niel mencarut di wall dia, i lost my respect towards him,“ Beritahu Zaril.

 „Biarlah Shareen tu yang nasihatkan dia,dia bukan ada kena mengena lagi dengan Ra,“ Jawab Zara tanpa menoleh memandang Zaril.Dia baring di atas katil Zaril. Tiba – tiba telefon bimbitnya berbunyi.





38 comments:

  1. I sokong.. jangan biar hati menguasai diri.. you go girl.. you strong to fight .. you nothing to lose... (stress pulak aku dengan si daniel tu)

    ReplyDelete
  2. layan novel ni. main-main cemburu plak. bahaya kalau cemburu lebih2 ni..hehe

    ReplyDelete
  3. wahh sis baru jer baca novel ni..menarik jalan cerita dia..papa dan mama zara suka sgt menyakat zara ek..lucu betul diorang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe... thank you sbb sudi baca tau...
      atie just tulis base on imagination ja...

      Delete
  4. Naim rasa best cerita ini kalau plot dia di panjangkan lagi mesti best kan. Ada bakal sebagai novelis, boleh rujuk sumber2 yang banyak , mana nak tahu one day boleh jadi novelis ehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..takmau la jadi novelis... tak pernah fikir pun...

      Delete
  5. Lama dah tak layan novel. Jalan cerita dia macam best je. Kena tunggu bab seterusnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. atie tulis bab dia pendek2 jer.. if org byk suka atie continue

      Delete
  6. Quite an interesting story. Apa tajuk novel Ini? X ada tajuk lagi ker?

    ReplyDelete
    Replies
    1. i belum fikir tajuk lagi.. tak de yg sesuai lagi

      Delete
  7. amboiiii kemain perasan Rani Mukherjee hahaha boleh imagine muka Zara macam mana. Mesti cantik jugak mata dia

    ReplyDelete
  8. Ala, cepat-cepat next series please. Tergantung nii. Bila nak keluarkan novel sendiri sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha will be update soon
      takkk mau la novel hahaha bukan penulis

      Delete
  9. kalau macam ni gayanya kena semak balik bab 1 dan 2 baru boleh into the scene...lama dah tak baca novel bersambung kat blog...good job ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sila sila.. ikut tag jer.. atie dah tag kan kemas2

      Delete
  10. Wah hebatla. Suka bacaan santai2 mcm ni. Jalan cerita pun nampak menarik. X sabar nak tunggu sambungan

    ReplyDelete
  11. alaaa kena start dari first episode nie, kalau tak jadi clueless tak tahu jalan cerita mula. but, it looks very interesting !! keep it coming =)

    ReplyDelete
  12. Terus terjun bab 3 kadang tak faham jalan cerita...tapi baca je bab 3 ni, ookay ada faham sikit...walau Sis ko ni tak minat baca Novel cenggini gegegege

    ReplyDelete
  13. Thanks for sharing this novel and the synopsis, i also started to read more since MCO days.

    ReplyDelete
  14. It's nice to share your novel and the synopsis online here in your blog. Keep up the good work

    ReplyDelete
  15. Wahh rajin menulis novel ya..keep it up dear. By the way apa nama tajuk novel ni?

    ReplyDelete
  16. Sekarang ni menulis novel tak lagi dengan terbitan secara fizikal orang suka yang online macam ni hehehe lebih mudah nak akses dan baca bila-bila masa huuhuhu kita jer tak suka baca novel macam mana ni...

    ReplyDelete
  17. Best pulak baca novel ni. Hehehe. Dulu time sekolah iza pernah jugak tulis macam ni dalam buku. Sampai habislah. Pastu kawan2 pinjam nk baca sudahnya hilang ntah ke mana2. Hahha. Sabar je la.

    ReplyDelete
  18. eh, menariknya baca. lama tak layan novel. dulu masa sekolah pernah siapkan sampai dua karya atas buku karangan. haha. tapi pindah rumah, hilang dah semuanya. haha. sekarang ada angan-angan nak buat baru tapi tu lah, masa tak mengizinkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya zaman dulu surely byk org tulis novel kan..time tu mmg demam novel sungguh

      Delete
  19. dah lama tak baca novel.. dulu novel adalah tempat rapat before nak tido.. niche romentik selalu jadi pilihan hati.. feeling romentik pon ada time baca novel..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahah hopefully novel ni ada feeling2 romantic sikit

      Delete
  20. Kalau dulu memang kaki novel tapi, skarang sy lebih suka baca motivational book. btw, nice sharing and review

    ReplyDelete

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!