BAB SEBELUM
Zara
membuka matanya. Berat rasa kepalanya. Dia gagah untuk bangun dari tempat
pembaringan. Keadaan bilik yang kemas melegakan hatinya. Pasti mama yang tolong
kemaskan. Dia kembali baring. Seingatnya,sampai sahaja di Malaysia pagi tadi
dia terus minta briyani kambing. Dua minggu di USA betul-betul mencabar
kesabarannya. Dia menguap lagi. Ikutkan hati ingin saja dia terus melelapkan
matanya. Tetapi tubuh yang rasa melekit itu menyebabkan dia kembali bangun dan
melangkah ke pintu. Kalau kat US ni memang tak mandi dah! Sejuk!
"Jetlag?"Tersembul
wajah kacak adiknya dihadapan muka. Dagu Aril yang berlubang itu menambahkan
kekacakkan diwajahnya.Zara menguap lagi.
"Mama
mana?"Soal Zara malas.
"Mama
keluar dengan aunty,pergi tesco,"Jawab Aril sambil menguap. Zara ketawa
geli hati. Jika kita menguap,pasti akan berjangkit. Zara kembali menguap.
"Ra!stop
it!"Aril menjerit. Zara menjungkit bahu. Jam didinding si kerling. Awal
lagi baru pukul 9 malam. Dia ke bilik air lalu membersihkan badannya.
Tok!
Tok! Pintu bilik air diketuk.
"Mandi
ni!janganlah kacau!"Jerit Zara geram.Dia tahu pasti Aril yang mengetuk
kerana didalam rumah itu hanya tinggal dia dan Aril sahaja.
Tok!tok!
Pintu diketuk lagi.Zara mula geram.Dia terus mencapai tuala dan balut
tubuhnya.Pintu bilik air dibuka.
"Ra!!!"Jerit
Damia sambil menerpa kearahnya.
"Aku
dengan towel ni!kang terlucut malu!"Zara kaku didalam pelukan
Damia.Tanganya kuat mengenggam tuala mandi dari terlucut. Damia pula buat tak
peduli. Tubuh Zara yang basah itu dipeluk erat. Rindu sangat pada sahabatnya
ini.
"Kau
tak peluk aku pun Ra,"Rengek Damia.
"Aku
kalau lepas towel ni,dah sah kau berdosa tengok aurat aku,"Jawab Zara.
"Sekali
tengok rezeki namanya Ra,"Damia tergelak apabila Zara tidak membalas
kata-katanya,dia tahu Zara malas nak layan.Pelukan itu dilepaskan.Dia memerhati
Zara dari atas kebawah.
"Kenapa
kau nampak cengkung?kau tak makan? Kuda kepang tu tak bagi kau makan Ra?"
Tudia,kalau lawyer sudah menyoal.Tak sempat pembela nak membela diri.Dah
diajukan soalan yang bertubi-tubi.
"Sana
bukan macam Malaysia Mia,susah nak cari makanan,so aku makan buah dengan
sayur,"Jelas Zara sambil melangkah kebilik.
"Tak
pe,nanti kau belanja aku makan nasi kandar!"Damia memetik jarinya.
Hidangan nasi kandar terbayang ruang mata.
"Allah
bless you,aku pula kena?"Zara membesarkan matanya.
"Sekurang-kurangnya
kau still ada dollar!kan?"Damia mengangkat sebelah keningknya. Zara
tersengeh!
"Bab
perabih duit aku, kau memang number satu!"Zara mencubit geram pipi Damia.
"Aduh!"Damia
menepis!
"Haqimie
macam mana?"Soal Damia lagi.
"Entah
lah Mia,aku sendiri tertanya-tanya.Haqimie tu memang sukar dijangka,"Zara
menongkat bahu.Dia membayangkan detik-detiknya bersama haqimie.
"Sukar
dijangka?"Damia menyoal.
"Sama
ada aku yang tak paham hati aku sendiri atau dia yang tak nak memahami
aku!"Tegas Zara.
"Maksud
kau?"Damia menggerutkan dahinya.
"Tak
ada maksud!”Zara mula geram. Sukar untuk fahamkan si Damia ni.Semua harapkan
penjelasan yang details jer!
“Ra,aku bukan tak faham,Cuma kurang faham ,so
untuk menambahkan kefahaman aku,tolonglah fahamkan aku,” Damia merayu.
“Pentingkan perkara yang lebih penting dari
yang penting,kerana perkara yang lebih penting itu penting dari yang penting,so
jom! Makan!aku lapar,” Telinga Damia yang terselindung disebalik tudung warna
pink lembut itu ditarikan. Damia mengerang sambil melangkah mengikuti rentak
langkah Zara.
“Ra,mana?” Soal Aril yang sibuk mengadap game
GTA di laptop Acernya.
“Ra beli laptop suruh study bukan main game!”
Jerit Zara apabila memandang skrin laptop Aril.
“Bosan mengadap subjek,main game kejap!lagipun
laptop suka hang la Ra,” Aril mengadu.
“Sebab main game sangat!sebab tu lah
hang!”Marah Zara lagi.
“Bukan,sebab Ra beli laptop murah!Nanti bila
Abang Haqimie masuk meminang,Ril nak minta Apple!Baru dia boleh bertunang
dengan Ra,”Jawab Aril selamba. Zara membeliakkan matanya. Damia disebelah
menakup mulut menahan ketawa. Aril ni betul-betul bagi Zara hangin!
“Kau kenapa?” Soal Zara sambil memandang Damia
menutup separuh mukanya.
“Tak ada apa-apa,” Tergeleng-geleng kepala
Damia sambil menjawab pertanyaan Zara.
“Malas aku nak layan korang,makan nanti bayar
sendiri!” Zara terus melangkah meninggalkan mereka. Damia dan Aril saling
berpandangan. Mereka berdua jungkit bahu.
“Ala Ra!” Kata mereka berdua serentak sambil
berlari kecil membontoti Zara.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Zara
membelek menu dihadapannya. Pandangan Aril dan Damia langsung tidak dihiraukan.
Hati ni mengelodak setiap kali nama Haqimie disebut tetapi dia mengawal riak
mukanya dengan wajah yang selamba.
"Nak
makan nasi kandar,"Rengek Damia.Zara menjeling.
"Kau
bersubahat dengan Aril tadi,makan tomyam ni!"Jawab Zara.Damia menoleh
memandang Aril disebelahnya.Aril jungkit bahu.
"Aku
tak cakap apa-apa pun!"Tegas Damia.Mulutnya dimuncungkan.Zara buat tak
peduli.
"Ril
tengok dalam handphone Ra,banyak gambar abang Qimie,ambik curi ye?"Jari
telunjuk Aril digoyang-goyangkan.Zara yang sedang meneguk minuman yang dihantar
pelayan tadi tersedak. Damia cepat-cepat bangun dan urut belakang Zara.
"Ril
nak bunuh Ra ka?"Suara sengaja ditekan tetapi dalam masa yang sama Damia
mengangkat ibu jarinya kepada Aril. Berani buat sebab Zara tak nampak lah tu!
"Ril
cakap benda betul!tak caya kak Mia tengok!"Telefon bimbit Zara diambil
cepat sebelum sempat Zara mencapainya diatas meja. Argh! Masak aku!kantoi!
Damia
menyambut huluran Aril. Bibirnya tersenyum memandang Haqimie. Baru pertama kali
dia dapat menatap wajah yang sering mengganggu fikiran dan hati sahabatnya
kini. Handsome!
"Kening
dia lebat!dagu tajam!mata taklah berapa bulat tapi cantik,ada kumis
nipis!Senyumanya buat mata dia jadi kuyu,Ra,handsomenya dia!"Puji Damia
ikhlas.Dia sendiri terpegun melihat betapa kacaknya haqimie.
"Kak
Mia,rambut dia tanak puji?"Soal Aril.Bulat matanya mendengar pujian Damia
yang sememangnya mulut jarang puji rupa paras lelaki.
"Rambut
dia kerinting sikit,tapi sesuai,so dekat dia!kak Mia ketegorikan
WOW!"Damia masih lagi menatap wajah kacak Haqimie di skrin telefon bimbit
Zara.
"Muka
handsome!tapi perangai macam kuda kepang!"Bentak Zara.Dia menekan suaranya
tanda geram.
"Kuda
kepang pun,penuh juga gambar dalam handphone ni!"Usik Aril lagi.Zara
diam.Tidak guna dia bertegang urat kerana bukti ada di depan mata. Selama ini
hanya Damia sahaja yang tahu akan rahsia hatinya tapi kali ini dia sudah tidak
dapat menafikan dihadapan Aril. Sah-sah gambar yang ditangkap sememangnya
gambar curi.Haqimie langsung tidak sedar dengan gambar-gambar yang dia ambil.
"Ra
memang betul suka dia?"Soal Aril serius.Hidangan dihadapan mata telah
tersedia meskipun itu tidak dapat menarik perhatian Aril kerana dia lebih
berminat dengan jawapan yang bakal keluar dari mulut Zara.
"Ril
tanya Ra ni,"Aril mendesak lagi.Dia memandang Damia disebelahnya. Tahu
Damia buat apa? Makan tanpa panggung kepala! Damia jungkit bahu dengan muka
selamba. Ini hal adik beradik!bukan hal aku!
"I just like him! Doesn't meant that I
love him right?" Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Zara. Aril diam.
Dia tidak berkata apa. Entah apa yang ada dalam hati Aril, Zara tidak dapat
membaca. Pingan dihadapanya ditarik. Sup tomyam dihirup.Mereka makan sambil
bertukar cerita. Habis sudah kisah Haqimie pada ketika itu.