Mesyuarat
yang diadakan berjalan dengan lancar. Apa yang dirancang semuanya menjadi. Zara
suka apabila melihat wajah serius Haqimie ketika bekerja. Baru nampak seperti
orang berpelajaran. Kalau tidak
sebiji seperti orang terencat akal. Kalau punyai kuasa membaca hati dan perasaan.
Manusia pertama yang akan di scan Zara pastilah si kuda kepang itu. Zara masih memandang gerak geri Haqimie
yang serius. Dia masih tidak dapat melupakan peristiwa Haqimie yang melutut
dihadapannya tengah-tengah pasar raya adalah orang yang sama dengan sedang
mengetuai mesyuarat yang dihadiri ini.
"We
can make the conclusion that the capacitor is short to ground, because of that
it cause the burn. Ops! Should I say burn or thermal issue?" Tawa bergema
didalam bilik itu. Zara turut ketawa. Ingin rasanya hati ini memiliki lelaki
itu tetapi dia takut dengan perasaannya sendiri. Cukuplah hatinya berkecai
seribu sebelum ini. Penat rasanya dia mengutip kepingan-kepingan hatinya yang
berderai. Daniel sikit tidak membantu malah Daniel lebih bertindak kejam dari
itu.
"I minta maaf, I tak boleh hidup tanpa you,"Rayu Zara dengan air mata yang
berderai.
"You kena kuat, you tahukan hubungan kita memang tak akan kemana!"Kejam
sungguh kata-kata yang Daniel lemparkan.
"I dah buat yang terbaik untuk you,malah jadi seperti yang you nak, apa lagi yang tak
cukup,"Rayu Zara lagi.
"Hubungan
kita baru,hubungan i dan Riana dah terlalu lama, takkan you sanggup nak
hancurkan hubungan kami?Lagipun,i ni tak cukup handsome untuk you!"Sekali
lagi suara Daniel kedengaran. Sungguh tegas bunyinya. Tanpa tercalit walau
sedikit pun perasaan bersalah. Zara pula bagaikan hilang segalanya kerana
baginya Daniel adalah segalanya. Daniel lah teman, tempat mengadu dan tempat
manja buat Zara. Hubungan mereka singkat tapi Daniel pandai mengambil hati Zara. Sayangnya Zara kepada Daniel tak terungkap. Salah Zara, Ya, memang salah Zara kerana jatuh hati secara tiba - tiba terhadap Daniel walau Zara tahu Daniel milik Riana.
Zara lemah. Zara selalu lemah dalam percintaan. Apabila bercinta, Zara selalu serahkan segala kepercayaan dan kasih sayang yang ada. Dilihat percintaan Zara bersama Fahmi merisaukan dirinya. Daniel tampil di tengah - tengah selaku rakan sekelas untuk membantu Zara menjadi kuat dan tinggalkan Fahmi.
Fahmi seorang yang panas baran dan kerap melemparkan kata - kata kesat terhadap Zara. Fahmi pula, tidak berkerja, tidak melanjutkan pelajaran tetapi buta dengan cinta, Zara tetap terima apa saja tentang diri Fahmi. Fahmi dan Zara bercinta sebelum Zara melanjutkan pelajaran di universiti lagi. Tiga tahun perhubungan Zara dan Fahmi menarik perhatian Daniel. Setiap kali ada group discussion atau class hangout, Fahmi selalu menjadi punca Zara sedih. Zara akan menjadi seorang yang muram dan menyendiri bersama telefon bimbitnya untuk memujuk Fahmi yang merajuk atau marah. Fahmi seorang yang kuat cemburu dan tidak percayakan Zara. Akibat sayang, Zara selalu mengalah.
Suatu hari, Daniel sudah tidak tahan melihat cara Fahmi melayan Zara, lalu berlaku pertelingkahan disitu dan Daniel membawa Zara pergi dan tenangkan Zara. Sejak dari itu, Zara dan Daniel kerap berhubung, bertukar nasihat, belajar bersama - sama dan akhirnya Zara jatuh cinta. kan dah cakap hati Zara ni lembut dan cepat jatuh cinta!
Namun Daniel juga ada salahnya kerana dia juga melayan Zara sebaik - baiknya seperti Zara kekasihnya sampai satu tahap, mereka betul - betul melafazkan cinta. Tapi Daniel berpesan bahawa walau apa sekalipun, dia tetap tidak akan meninggalkan Riana.
"Zara!tolong
hulurkan screwdriver tu!"Suara itu mematikan lamunan Zara. Zara
diam, matanya tidak lepas memandang wajah dihadapannya.
"Zara,dengar
tak saya minta awak hulurkan apa? Berangan saja awak ni"Haqimie kebingungang. Sejak
kenal Zara. Satu sikap Zara yang dia perasan. Zara selalu mengelamun
sendiri. Teringin rasa hatinya untuk tahu apa yang difikirkan Zara.
"Nah!tadi
cakap saya berangan,awak pun samalah!"Zara berkata sinis. Haqimie
tersenyum sumbing sambil menggaru kepalanya. Aku
pula yang terjangkit.Itulah,Allah bayar cash sekarang ni. Huluran Zara disambut.
"Sengeh-sengeh
pula,"Zara kembali duduk ditempatnya.Si kuda kepang ni memang rajin,tak
dinafikan.Setiap kerja yang ada pasti dia akan turut serta walau itu bukan
kerjanya. Sikap itulah yang selalu mencuit hati kecil Zara.
"Siap
dah!"Haqimie melangkah mendekati Zara.
"Jom!saya
nak bawa awak ke suatu tempat?"Haqimie mencuit bahu Zara kasar. Zara
mengerang.
"Sakitlah!kalau
ye pun tak reti bercakap saja?yang tangan tu kenapa berjalan sekali?"Mata
Zara dibesarkan. Haqimie hanya ketawa kecil. Dia tidak menjawab. Terus dia jalan
meninggalkan Zara.
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
"Wah!seronoknya
datang sini!Nak tengok singa boleh tak?"Zara melonjak riang.Alah aku
memang allergic datang tempat ni!Suka sangat tengok binatang.Tambah-tambah
singa!Macam nak hug!
"Hati-hati
main tepi tasik tu,nanti tergelincir,"Pesan Haqimie serius.Zara dibawah
tanggungjawabnya sekarang.
"Orang
tahulah jaga diri!"Bentak Zara. Haqimie merenung tajam.Geram dengan sikap
Zara yang tidak mahu mendengar kata. Sudahlah tadi hampir diserang Lion
Monkey,dah ditulis dipadan tanda tu. 'Don't feed the Lion Monkey' tapi anak
Uncle Adnan ni degil!
"Awak!saya
nak pergi tengok singa!tolonglah tengok dalam peta tu,dimana location
singa" Rayu Zara.Senyuman manis dihadiahkan. Aku kena buat baik ni,baru
boleh tengok singa kalau tak nanti dia ajak balik. Dia dah pesan tadi kalau
degil lagi dia bawa aku balik terus. Haqimie membelek peta yang berada
ditangannya.Zara pula sibuk mata meliar memandang sekeliling.Tiba-tiba Zara
menjerit kuat.Haqimie terkejut lalu memandang Zara pucat.
"Ada
burung merak lah!"Ujar Zara lagi.Dia membongkok ini memegang merak yang
berada dihadapannya.Haqimie mengeluh. Semput rasa jantung aku Ya Allah.Dia
memerhati tingkah laku keanak-anakkan yang ditonjol Zara.Serba sedikit mencuit
hatinya.Zara sebenarnya seorang gadis yang periang dan manja tetapi
terselindung disebalik panas barannya. Benar kata Layla,sikap Zara betul-betul
menenangkan hati.Wajah Zara yang lembut penuh keibuan ditilik. Apa saja reaksi
muka yang dibuat Zara pasti tidak mencacatkan kecantikan yang Allah
anugerahkan. Luaran Zara cukup sempurna.Keningnya yang tebal dan tersusun
cantik tidak perlu diubah lagi.
"Kuda
kepang!tengok peta ke berangan? Saya nak pergi tengok singa,bukan nak jadi lamp
post depan ni ja!"Bentak Zara.Dari tadi dia menjerit memanggil haqimie
namun haqimie hanya kaku.Akhirnya dia rampas peta yang dipegang haqimie dan
diketuk kasar bahu haqimie dengan peta tersebut.
"Ikut
jalan ni!"Haqimie menghentak kakinya.Kurang asam punya perempuan!Aku tarik
balik segala pujian yang aku beri tadi.
"Cakap
apa?mulut berkumat kumit!"Suara Zara menyapa cuping telinganya.
"Tengah
bisik beritahu singa!Mak tiri diorang nak datang melawat!"Jawab Haqimie
kasar. Zara mencebik geram. Kaki haqimie dipijaknya.
“Aduh!sakitlah!perangai macam jantan!” Jerit
haqimie marah.
“Ada aku kesah?”Zara tersenyum sinis.
Mereka
berdua beriringan menyusuri kandang yang ditempatkan Zirafah.
"Cantiknya!"Sekali
lagi suara Zara menyapa telinga tetapi kali ini lebih lembut dan manja.Haqimie
tersenyum.
"Semua
binatang cantik dan comel!Monyet yang hidung penyek tu pun comel!Heran
aku!"Ngomel haqimie perlahan tetapi masih Zara masih mampu mendengar.
"Yang
tak comel hanyalah si kudang kepang!"Jawab Zara kasar.Dia terus berjalan
mendahului haqimie.Selepas itu mereka bertemu pula dengan dizzly
bear!Besar!Zara sentiasa gembira setiap kali berhenti disetiap sangkar dan
kandang.Terdapat pelbagai binatang yang dipamerkan didalam Zoo Detroit itu.Zara
berasa sungguh gembira.Tetapi
"Wait!"Zara
memengang lengan haqimie setelah mereka langkah keluar dari Zoo tersebut.
"Kenapa
saya tak jumpa singa?"Soal Zara hairan.Haqimie buat muka selamba.Macam
mana boleh teringat pula ni!
"Mana
ada singa dalam zoo ni!kalau ada mestilah kita dah nampak tadi!"Jawab
Haqimie tanpa memandang Zara.
"Mustahil,harimau
pun tak ada,bukan zoo namanya ni!"Zara masih tidak berpuas hati.
Lalu
dia merampas peta yang dipegang haqimie.
Haqimie
mengelak namun Zara lebih pantas bertindak.Haqimie cuba merampas kembali peta
itu tetapi gagal kerana Zara melarikan diri.Peta dibeleknya.
"HAQIMIE!!"Jerit
Zara kuat sehingga orang ramai yang lalu lalang disitu memandangnya.Haqimie
masih selamba.Dia berjalan meninggalkan Zara yang sedap berasap-asap ditelinga
menahan marah.
"Padan
muka!panggil aku kuda kepang lagi!"Haqimie ketawa terbahak-bahak apabila
sampai sahaja didalam kereta. Sengaja dia nak kenakan Zara,sebenarnya didalam
zoo ini mempunyai dua cabang jalan.Salah satu jalan adalah untuk ke tempat yang
mana mereka tempatkan harimau,singa,serigala dan lain-lain tetapi sengaja dia
bawa Zara ke arah yang mana ditempatkan gajah,kuda belang,zirafah dan
lain-lain.
Singgah sini dulu sebab nak tau citer si kuda kepang & Lara. Makin menarik citer ini :)
ReplyDeletehahahahaha kuda kepang makin menjadi
Deletesedap la citer ni. kena dtg lg nak baca sambungannya....
ReplyDeletethank you sudi baca :)
DeleteOh peminat zoo.
ReplyDeletehahah zara suka singa
Deletetak baik haqimie tak bawa zara p tengok singa..hihi
ReplyDeletesbb mulut zara celupar
Deletehaqimie nakal ni!
ReplyDeletehaqimie tak pandai nak mengayat haha
DeleteKena pusing seround lagi la cari singa
ReplyDeletediorg balik terus sbb dah malas nak pusing haha
Delete