Zara membuka matanya. Berat rasa kepalanya. Dia gagah untuk bangun dari tempat pembaringan. Keadaan bilik yang kemas melegakan hatinya. Pasti mama yang tolong kemaskan. Dia kembali baring. Seingatnya,sampai sahaja di Malaysia pagi tadi dia terus minta briyani kambing. Dua minggu di USA betul-betul mencabar kesabarannya. Dia menguap lagi. Ikutkan hati ingin saja dia terus melelapkan matanya. Tetapi tubuh yang rasa melekit itu menyebabkan dia kembali bangun dan melangkah ke pintu. Kalau kat US ni memang tak mandi dah! Sejuk!
"Jetlag?"Tersembul wajah kacak adiknya dihadapan muka. Dagu Aril yang berlubang itu menambahkan kekacakkan diwajahnya.Zara menguap lagi.
"Mama mana?"Soal Zara malas.
"Mama keluar dengan aunty,pergi tesco,"Jawab Aril sambil menguap. Zara ketawa geli hati. Jika kita menguap,pasti akan berjangkit. Zara kembali menguap.
"Ra!stop it!"Aril menjerit. Zara menjungkit bahu. Jam didinding si kerling. Awal lagi baru pukul 9 malam. Dia ke bilik air lalu membersihkan badannya.
Tok!
Tok! Pintu bilik air diketuk.
"Mandi ni!janganlah kacau!"Jerit Zara geram.Dia tahu pasti Aril yang mengetuk kerana didalam rumah itu hanya tinggal dia dan Aril sahaja.
Tok!tok! Pintu diketuk lagi.Zara mula geram.Dia terus mencapai tuala dan balut tubuhnya.Pintu bilik air dibuka.
"Ra!!!"Jerit Damia sambil menerpa kearahnya.
"Aku dengan towel ni!kang terlucut malu!"Zara kaku didalam pelukan Damia.Tanganya kuat mengenggam tuala mandi dari terlucut. Damia pula buat tak peduli. Tubuh Zara yang basah itu dipeluk erat. Rindu sangat pada sahabatnya ini.
"Kau tak peluk aku pun Ra,"Rengek Damia.
"Aku kalau lepas towel ni,dah sah kau berdosa tengok aurat aku,"Jawab Zara.
"Sekali tengok rezeki namanya Ra,"Damia tergelak apabila Zara tidak membalas kata-katanya,dia tahu Zara malas nak layan.Pelukan itu dilepaskan.Dia memerhati Zara dari atas kebawah.
"Kenapa kau nampak cengkung?kau tak makan? Kuda kepang tu tak bagi kau makan Ra?" Tudia,kalau lawyer sudah menyoal.Tak sempat pembela nak membela diri.Dah diajukan soalan yang bertubi-tubi.
"Sana bukan macam Malaysia Mia,susah nak cari makanan,so aku makan buah dengan sayur,"Jelas Zara sambil melangkah kebilik.
"Tak pe,nanti kau belanja aku makan nasi kandar!"Damia memetik jarinya. Hidangan nasi kandar terbayang ruang mata.
"Allah bless you,aku pula kena?"Zara membesarkan matanya.
"Sekurang-kurangnya kau still ada dollar!kan?"Damia mengangkat sebelah keningknya. Zara tersengeh!
"Bab
perabih duit aku, kau memang number satu!"Zara mencubit geram pipi Damia.
"Aduh!"Damia menepis!
"Haqimie macam mana?"Soal Damia lagi.
"Entah lah Mia,aku sendiri tertanya-tanya.Haqimie tu memang sukar dijangka,"Zara menongkat bahu.Dia membayangkan detik-detiknya bersama haqimie.
"Sukar
dijangka?"Damia menyoal.
"Sama ada aku yang tak paham hati aku sendiri atau dia yang tak nak memahami aku!"Tegas Zara.
"Maksud kau?"Damia menggerutkan dahinya.
"Tak ada maksud!”Zara mula geram. Sukar untuk fahamkan si Damia ni.Semua harapkan penjelasan yang details jer!
“Ra,aku bukan tak faham,Cuma kurang faham ,so untuk menambahkan kefahaman aku,tolonglah fahamkan aku,” Damia merayu.
“Pentingkan perkara yang lebih penting dari yang penting,kerana perkara yang lebih penting itu penting dari yang penting,so jom! Makan!aku lapar,” Telinga Damia yang terselindung disebalik tudung warna pink lembut itu ditarikan. Damia mengerang sambil melangkah mengikuti rentak langkah Zara.
“Ra,mana?” Soal Aril yang sibuk mengadap game GTA di laptop Acernya.
“Ra beli laptop suruh study bukan main game!” Jerit Zara apabila memandang skrin laptop Aril.
“Bosan mengadap subjek,main game kejap!lagipun laptop suka hang la Ra,” Aril mengadu.
“Sebab main game sangat!sebab tu lah hang!”Marah Zara lagi.
“Bukan,sebab Ra beli laptop murah!Nanti bila Abang Haqimie masuk meminang,Ril nak minta Apple!Baru dia boleh bertunang dengan Ra,”Jawab Aril selamba. Zara membeliakkan matanya. Damia disebelah menakup mulut menahan ketawa. Aril ni betul-betul bagi Zara hangin!
“Kau kenapa?” Soal Zara sambil memandang Damia menutup separuh mukanya.
“Tak ada apa-apa,” Tergeleng-geleng kepala Damia sambil menjawab pertanyaan Zara.
“Malas aku nak layan korang,makan nanti bayar sendiri!” Zara terus melangkah meninggalkan mereka. Damia dan Aril saling berpandangan. Mereka berdua jungkit bahu.
“Ala Ra!” Kata mereka berdua serentak sambil berlari kecil membontoti Zara.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Zara membelek menu dihadapannya. Pandangan Aril dan Damia langsung tidak dihiraukan. Hati ni mengelodak setiap kali nama Haqimie disebut tetapi dia mengawal riak mukanya dengan wajah yang selamba.
"Nak makan nasi kandar,"Rengek Damia.Zara menjeling.
"Kau bersubahat dengan Aril tadi,makan tomyam ni!"Jawab Zara.Damia menoleh memandang Aril disebelahnya.Aril jungkit bahu.
"Aku tak cakap apa-apa pun!"Tegas Damia.Mulutnya dimuncungkan.Zara buat tak peduli.
"Ril tengok dalam handphone Ra,banyak gambar abang Qimie,ambik curi ye?"Jari telunjuk Aril digoyang-goyangkan.Zara yang sedang meneguk minuman yang dihantar pelayan tadi tersedak. Damia cepat-cepat bangun dan urut belakang Zara.
"Ril nak bunuh Ra ka?"Suara sengaja ditekan tetapi dalam masa yang sama Damia mengangkat ibu jarinya kepada Aril. Berani buat sebab Zara tak nampak lah tu!
"Ril cakap benda betul!tak caya kak Mia tengok!"Telefon bimbit Zara diambil cepat sebelum sempat Zara mencapainya diatas meja. Argh! Masak aku!kantoi!
Damia menyambut huluran Aril. Bibirnya tersenyum memandang Haqimie. Baru pertama kali dia dapat menatap wajah yang sering mengganggu fikiran dan hati sahabatnya kini. Handsome!
"Kening dia lebat!dagu tajam!mata taklah berapa bulat tapi cantik,ada kumis nipis!Senyumanya buat mata dia jadi kuyu,Ra,handsomenya dia!"Puji Damia ikhlas.Dia sendiri terpegun melihat betapa kacaknya haqimie.
"Kak Mia,rambut dia tanak puji?"Soal Aril.Bulat matanya mendengar pujian Damia yang sememangnya mulut jarang puji rupa paras lelaki.
"Rambut dia kerinting sikit,tapi sesuai,so dekat dia!kak Mia ketegorikan WOW!"Damia masih lagi menatap wajah kacak Haqimie di skrin telefon bimbit Zara.
"Muka handsome!tapi perangai macam kuda kepang!"Bentak Zara.Dia menekan suaranya tanda geram.
"Kuda kepang pun,penuh juga gambar dalam handphone ni!"Usik Aril lagi.Zara diam.Tidak guna dia bertegang urat kerana bukti ada di depan mata. Selama ini hanya Damia sahaja yang tahu akan rahsia hatinya tapi kali ini dia sudah tidak dapat menafikan dihadapan Aril. Sah-sah gambar yang ditangkap sememangnya gambar curi.Haqimie langsung tidak sedar dengan gambar-gambar yang dia ambil.
"Ra memang betul suka dia?"Soal Aril serius.Hidangan dihadapan mata telah tersedia meskipun itu tidak dapat menarik perhatian Aril kerana dia lebih berminat dengan jawapan yang bakal keluar dari mulut Zara.
"Ril tanya Ra ni,"Aril mendesak lagi.Dia memandang Damia disebelahnya. Tahu Damia buat apa? Makan tanpa panggung kepala! Damia jungkit bahu dengan muka selamba. Ini hal adik beradik!bukan hal aku!
"I just like him! Doesn't meant that I love him right?" Hanya itu sahaja yang keluar dari mulut Zara. Aril diam. Dia tidak berkata apa. Entah apa yang ada dalam hati Aril, Zara tidak dapat membaca. Pingan dihadapanya ditarik. Sup tomyam dihirup.Mereka makan sambil bertukar cerita. Habis sudah kisah Haqimie pada ketika itu.
menarik novel atie teruskan berkarya
ReplyDeletethanks kak PI :)
DeleteDagu berlubang teringat watak anime Naruto.. Danzo hehe
ReplyDeletehahaha betul !!!! bapa mirai
DeleteWe want more! Hahahhaha
ReplyDeletehahaha i am trying wekekeke
Deletetekun saya membaca sampai habis.
ReplyDeletethanks sudi baca :)
Deleteye ke zara tak love..hihih
ReplyDeletezara malu nak mengaku haha
DeleteMakin menarik citer ini :)
ReplyDeletethanks sudi baca kak shima
Deletemenarik cerita ni..bila sampai "hirup sup tomyam" tu alahai terliur pulak..sedap makan hujan2 ni
ReplyDeletehaha betul,hujan2 klu kena tomyam panas, sedap!
DeleteZara ni nak kene... Marah2 sayang gitu.. padahal suka gila dengan kuda kepang.. hahahahaha... Cepat sambungan nya!! X sabar
ReplyDeletehahah soonnnnnnn
DeleteEpisod ni ada lawak. Memang best baca...
ReplyDeletethanks sbb sudi baca :)
Delete