Zara
duduk memandang tasik di Waterford. Dia menikmati keindahan alam semulajadi
itu. Angin yang kuat melayangkan rambutnya yang tidak diikat. Esok dia kan
pulang ke tanah air. Berat rasanya ini meninggalkan bumi inggeris yang belum
habis dia jelajahi. Satu persatu kenangan bersama Haqimie menjelma. Sungguh pun
Haqimie suka menyakitkan hatinya tetapi haqimielah yang menjaganya sepanjang
mereka disini. Balutan dikaki dipandang.Peristiwa semalam menjelma. Zara
tersenyum sendiri.
"Alah
bolehlah!saya teringin nak pergi tonton wayang disini," Rayu Zara sewaktu
dia menelefon haqimie mengunakan telefon bilik hotel yang disediakan.
"Boleh
tak duduk diam-diam dalam bilik tu?"Suara Haqimie keras kedengaran. Eh
mamat ni datang bulan ka? Aku yang senggugut dia yang hangin satu badan.
"Awak
ni,bolehlah,jomlah kita pergi!"Pujuk Zara lagi.
"Saya
penat la Ra,serius penat!Packing tak sattle lagi ni,"Kedengaran suara
Haqimie mengeluh dicorong telefon.
"Saya
tolong awak packing!"Sahut Zara lagi.
"Awak
nak masuk bilik saya?awak dah fikir habis?"Soal Haqimie terkejut.
"Siapa
cakap saya nak masuk bilik awak,kita kemas diluar bilik lah!"Entah mana
dia dapat idea yang tidak bernas itu.Zara tidak kira dia akan pastikan dia akan
dapat juga jejak kakinya di dalam panggung wayang di USA ini.
"Panggung
wayang disini dan Malaysia sama saja,kita balik tonton wayang di Malaysia
lah,awak nak tengok cerita apa?saya book siap-siap tiket sekarang!"Haqimie
masih menolak.
"Kalau
awak tanak,izinkan saya pergi seorang diri ye,"Lemah suara Zara.
"Saya
bukan suami awak yang awak nak minta izin!" Jawab haqimie selamba.Zara
mula panas telinga.Aku cakap baik-baik ada saja nak sakitkan hati aku!
Pang!Telefon
dihempaskan.Zara merenung tajam telefon yang terletak diatas meja kecil itu.
Bukan setakat telinga hatinya turut berasap! Sudahlah masa dia datang bersama Layla tempoh hari impiannya satu ini juga tidak ditunaikan kerana sibuk dengan
urusan kerja.Balik ke hotel sudah lewat malam. Tetapi kali ini segala urusan
diurus oleh Haqimie,dia ibarat datang tanpa tujuan sahaja.
"Aku
pergi lagi bagus dari memerap dalam bilik besar ni!"Zara bingkas bersiap.
Jeans dan blouse labuh disarungkan ketubuhnya.Dia memperlihatkan dirinya
dihadapan cermin. Gincu merah disapukan sedikit dibibirnya.Menyerlahkan lagi
kelembutkan diwajahnya. Setelah berpuas hati dengan gaya penampilannya.Barulah
dia mengambil jaket tebal dan dipakai.Dia melangkah keluar dari bilik.
Sewaktu
melangkah ke lif sempat juga dia menjenguk melihat pintu bilik haqimie yang
tertutup rapat.
"Line
clear!" Lif terbuka.Terus dia memboloskan diri.
"Going
down miss?"Tegur bellboy yang berada didalam lif itu.
"Yes
please,"Jawab Zara ramah.Budak lelaki itu mengangguk.
Sampai
sahaja dia dibawah,dia terus keluar dari hotel Garden Inn dan mempercepatkan
langkah untuk menyeberangi jalan kerana panggung wayang itu hanya terletak
berhadapan dengan hotel yang di menginap. Sebelum menyeberangi jalan,Zara
terpaksa menuruni bukit yang agak curam. Dia gagahkan diri untuk turun kerana
kalau dia tidak turun melalui situ dia terpaksa mengambil jalan yang jauh untuk
pusing masuk ke dalam Meiyer!Shopping complex yang mempunyai panggung
wayang.Disebabkan tempat itu gelap,dia tidak nampak lubang yang terdapat disitu
lalu dia tergelincir jatuh terguling. Dalam masa yang sama.Pecah suara tawa
yang kuat berdekah-dekah dari atas.Zara cuba memandang.Dia tidak dapat
menangkap siapakah gerangan yang ketawa itu.tapi yang pasti itu suara lelaki.
"Itulah,derhaka
pada suami!"Sahut suara itu.
Alahai,si
kuda kepang ni buat apa dekat sini!Malunya aku!Ngomel Zara didalam hati.
"Aduh!"Terasa
kesakitan dikakinya apabila dia cuba untuk bangun.
"Awak
ok Zara?"Soal Haqimie sambil tawanya masih bersisa.Zara tidak menjawab.Dia
memandang kakinya yang sakit.Tiba-tiba terdapat satu objek yang terhempap dia
kakinya.Dia mengelak!fuh! Nasib baik tak kena kaki aku!Dia tersentak.Wajah
Haqimie tepat dimukanya.Zara membesarkan matanya. Lalu tawanya berderai.
"Gelakkan
orang lagi,sesungguhnya Zara memang berdaulat!"Tawanya masih
terhembur.Wajah kelat Haqimie dipandang.
"Macam
mana boleh tak nampak lubang disitu eh?"Haqimie garu kepalanya yang tidak
gatal.
"Cik
abang!sini tiada lampu,gelap!"Jawab Zara bersama sisa tawanya.
"Kaki
macam mana?"Dia menyentuh kaki Zara yang berada dihadapannya.Zara
mengerang.
"Balik
bilik dulu,kita balut!terseliuh ni!"Kata Haqimie lembut.Zara geleng
kepala.
"Tak
nak!nak pergi tonton wayang juga!"Keras Zara.Air matanya bertakung.
"Janganlah
degil!nanti masuk angin,kaki boleh bengkak!"Haqimie memujuk keras.Susahlah
nak pujuk budak ni!
"Biarlah!kaki
saya bukan kaki awak!"Zara masih berkeras.Tangan haqimie ditepisnya.
"Boleh
jalan sendiri?"Soal Haqimie serius.
Zara
bangun dengan susah untuk berdiri.Dia melangkah terhinjut-hinjut untuk
menyeberangi jalan. Tiba-tiba dia terasa dirinya terapung diudara.Zara
tersentak.Dia berada didalam dukungan Haqimie.Lidahnya kelu untuk berkata-kata.
Hanya matanya tepat memandang wajah haqimie yang tidak langsung memandangnya.
"Duduk
sini,jangan kemana!jangan degil!"Haqimie dudukan Zara dia atas kerusi
berdekatan tempat membeli tiket wayang. Zara masih mendiamkan diri.Haqimie pula
hilang dari pandangan.
“Tiket wayang disini,mana pula kuda kepang ni
pergi,” Zara mengeluh. Alahai Encik Kaki kenapa kamu buat hal disini. Zara
merenung kakinya yang sudah nampak bengkak sedikit. Dia cuba bangun dan pijak
ke lantai.
Aduh!”Dia
mengerang perlahan.
“Kenapa awak susah sangat nak dengar cakap
saya?saya tahu saya ni tak ada hak nak mengarah awak tetapi awak didalam
tanggungjawab saya Zara!”Tiba-tiba Haqimie mendekatinya dengan renungan yang
tajam.Zara tersentak.
“Bukan saya minta perkara yang susah dari
awak,cukup sekadar awak hati-hati dalam segala urusan,dah tahu denai itu tinggi
kenapa awak gagah juga turun?Kenapa nak ambil jalan pintas?”Bebel Haqimie
lagi.Suaranya dan wajah yang serius ditonjolkan. Zara diam kerana takut melihat
urat-urat tegang yang timbul didahi haqimie. Haqimie mencapai kaki Zara yang
terseliuh lalu diurutnya perlahan.
“Auch!’Zara cuba untuk menarik kakinya kerana
tidak tahan sakit.
“Tahan sikit ye,” Suara lembut haqimie menyapa
telinga. Zara tersentuh.Sudah lama rasanya tidak mendapat perhatian seorang
insan yang bernama lelaki. Zara menahan air matanya yang bertakung.
'Sabar Zara,jangan malukan diri anda' Pujuk hatinya.
Selesai sesi mengurut,haqimie mengambil
plaster lalu diletakkan di siku Zara yang luka itu pun selepas dia mencuci luka
tersebut.
“Terima kasih,maaf kerana menyusahkan
awak,”Lembut suara Zara.Wajahnya masih merenung kaki yang dibalut kemas.
“Tolong jaga diri awak,saya tengok awak ni
careless sangat dalam jaga diri,”Masih keras suara haqimie menyapa telinga.Zara
tidak berani memandang wajahnya. Sememangnya Zara takut jika dimarahi sebab itu
dia lebih suka mendiamkan diri lebih-lebih lagi kalau itu adalah salahnya
sendiri. Apa yang dikata oleh Haqimie benar.Dia memang tidak pandai menjaga
dirinya sendiri. Terbayang wajah Daniel.
“Apa yang kita nak,kita tidak semestinya akan
dapat kerana Allah menjanjikan yang lebih baik untuk kita,” Kata Zara perlahan.
“Awak cakap apa?” Soal Haqimie terkejut. Namum
Zara hanya membalas dengan gelengan.
“So,what movie?”Wajah tegang Haqimie bertukar
menjadi biasa.
“Eh?”Soal Zara lagi.
“Tunggu saya beli tiket!” Haqimie terus bangun
dan melangkah ke kaunter tiket.

Aci tak terus baca dekat sini. Waww, nanti nak turun baca episod kat bawah. Sweetnyee, lama betul rasa xbaca novel.
ReplyDeleteLOL hahah!! baca baca tau..then bgtau la apa pendapat
Deletegood writing !
ReplyDeletethank you so much
Deletealololo omeinya sweet weh..tetibe ase nk sakit kaki sekali hahahah
ReplyDeletehahaha romantic jugak si Qimie ni kan
DeleteYeay! Boleh movie :)
ReplyDeleteimpian tercapai lol
Deletepercintaan pasangan yang menarik, nampaknya saya perlu membaca dari awal biar saya faham
ReplyDeletehahah thank you sudi singgah sini and baca :)
DeleteHehehe jadi rindu pula nak tengok movie di cinema sejak COVID-19 tak jejak kaki.
ReplyDeletesama!! tapi hari tu masa lepas pkp tu atie pergi juga tgk anime hahaha
Deletegarang tapi sweet qimie ni hehe
ReplyDeletehahahaha tegasssssss and sweet! kononnya jejaka pujaan laaa
DeleteA great post! I love your blog. Your content is very interesting < 3
ReplyDeleteI am following you and invite you to me
https://milentry-blog.blogspot.com
thank you for dropping by :)
DeleteBoa tarde parabéns pela excelente matéria. A cada dia estamos mais perto da vacinação.
ReplyDeletehope sooooo the vaccine come fast
DeleteTetiba jom movie... hahaha... marah² sayang jer tu haqimie kn? hihihi
ReplyDeletetegas but sweet kan hahah
Deletekeep it up!
ReplyDeleteWalaupun terseliuh akhirnya dapat juga Zara pi tengok wayang ya...
ReplyDeletebetul, sbb Qimie romantic kan haha
DeleteNasib baik waktu terjatuh ada orang kalau tidak terhencut-hencut jalan. Memang betul bahaya kaki terseliuh masuk angin.
ReplyDeletetu la pasal.. masuk angin klu bengkak lagi teruk kan
DeleteDari hrtu duk baca view guna handphone, tapi tak komen-komen gak, ni bkk laptop baru ingat nak komen sini haaa...
ReplyDeleteTu Hakimie tu, namanya marah-marah sayang lerr,,, hehehehe
aaa tak sangka sis baca.. thank you sbb sudi singgah baca even tak comment :)
Delete