Saturday, March 20, 2021

Trapped in the dream?

 Pernah terperangkap dalam mimpi? 
Tau itu minpi. tapi dah rasa malas nak hadapi mimpi tu, then rasa macam nak tukar mimpi tapi tak boleh, then tiba tiba mimpi tu nak bertukar jadi makin merepek terus rasa rimas then nak jaga dari tidur, nak refresh then paksa untuk terjaga dari tidur tapi rupanya itu masih minpi... tidur yang baru terjaga tu still tak best, still buat rasa tanak mimpi ni, nak bangun tidur dan tau orang orang dalam mimpi sekarang ni jahat.. nak selamatkan diri dari sini tapi dengan satu cara saja kena jaga dari tidur reality. Lepas cuba untuk bangun lagi tapi tak boleh , akhirnya baca surah Alfatihah tapi ada tersebut ayat yang salah cuba lagi, dah rasa terjaga tapi still dalam mimpi, lawan pula dengan ayat Qursi, Dan akhirnya terjaga dalam dunia reality..


 mimpi, terjaga tapi still dalam mimpi, terjaga lagi tapi masih dalam mimpi paksa untuk terjaga lagi tapi masih dalam mimpi dan akhirnya lepas baca surah Qursi dan Al-fatehah baru terjaga dalam dunia reality. 

Pernah tak alami?

43 comments:

  1. pernah jugak lalui macam ni tapi alhamdulillah mimpi tu bukan mimpi buruk, cuma mimpi yang pelik2 tu je

    ReplyDelete
  2. Setakat ni tak pernah lagi alami, macam seram pulak bunyinya hahaha

    ReplyDelete
  3. pernah, lepas betul2 bangun, rasa sangat2 penat huhu

    ReplyDelete
  4. So far tak pernah pulak. Kalau mimpi terlampau real. Tak rasa macam mimpi pun. The best is baca ayat Kursi sebelum tidur and jangan skip. Hope you have a good night sleep dear.

    ReplyDelete
  5. pernah gak ,selalunya tak lojik je mimpi tu tak ada kaitan pun dengan jalan cerita awal2 hehe :) mimpi mainan tidur, pas ni basuh kaki naa sebelum tidur haha :)

    ReplyDelete
  6. Umpama mimpi... dalam mimpiii.. ehhhh.

    Itu lagu!! Seram ek gitu...tapi tak pernah alami sampai tiga kali dalam mimpi tu. Cuma dua kali je.. dalam mimpi, ada mimpi.. tapi lepastu boleh terfikir dalam mimpi, apahal jadik gini.. semalam aku katne ek.. then cepat tersedar dari mimpi ituu

    ReplyDelete
  7. Oh belum pernah alami.
    Macam seram tidak boleh bangun tidur. Takut terus dalam mimpi. Tapi tertanya-tanya boleh ke baca ayat al-Kursi dan al-Fatihah dalam mimpi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh... selagi kita boleh control mimpi tu, mmg boleh... pernah alami lucid dream?

      Delete
  8. Kadang bila alami ni terasa umpama mimpi dalam mimpi

    ReplyDelete
    Replies
    1. sememangnyaa mimpi dlm mimpi.. ibarat alami lucid dream yang tak boleh nak terjaga

      Delete
  9. Pernah terjadi. Berperang dengan alam mimpi. Seksa dan rasa terlalu penat. Nak ingat semula apa yang termimpi memang tak ingat dan kadang jalan cerita tu merepek je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pastu bila dah bgun tidor tu rasa penat dan fikir 2/3 kali nak tidur balik ke tak,, huhuh

      Delete
  10. wak biasa je mimpi je camtu., tapi penah gak masa tdo kat sofa rumah rasa kena cekik terkapai2., huhuhu

    ReplyDelete
  11. Pernah alami. Perkara begini berlaku ketika sedang berperang dengan emosi.

    ReplyDelete
  12. Tak tau nak cakap macamana cuma bila sis mimpi tu sis menangis bersungguh sungguh....

    ReplyDelete
  13. mimpi ni jarang dh. avoid kan diri dr tidur lps asar ke maghrib. malam nanti tak ada lah mimpi pelik2

    ReplyDelete
    Replies
    1. usih... i manusia yg susah nak take a nap hahah

      Delete
  14. Pernah.. lepas tu tersentak masa terjaga tu.. mujur tak jatuh katil..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huaaaa.... sakit klu jatuh katil hmmmm ..but letih kan kak sha?

      Delete
  15. After renovation, makes new view 🌹🌹

    ReplyDelete
  16. mcm lagu damasutra pula...umpama mimpi dalam mimpi...

    dulu kerap jg laa... x menangis, menjerit ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahaha!! atie pun masa type ni mmg nyanyi lagu ni lol

      Delete
  17. tak tahu la pernah rasa macam ni ke tak. kalau ada pun mungkin dah lupa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lupaaaa lagi best sbb klu igt rasa mcm malas nak tdo

      Delete
  18. Belum pernah alami. Tetapi saya pernah mimpi, macam mimpi buruklah. Saya sedar saya tengah mimpi, siap paksa diri untuk bangun hehehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaa lebih kurang mcm ni la... tgh paksa diri utk bgun

      Delete
  19. GV pernah alami juga kak. Mimpi dalam mimpi dalam mimpi. Sampai bila bangun GV keliru ini realiti atau mimpi. huhu. Tak silap GV, ada petua yg pernah bgtau GV, jika kita tak suka mimpi itu, kita cuba gerakkan ibu jari kita, ada kemungkinan kita akan terjaga. GV pernah cuba dan ia berkesan. Tapi mungkin bergantung pada diri masing2x kut kak. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni nak cuba la.... tapi pernah dgr juga about gerakkan ibu jari kaki but tak pernah nak buat lagi ilmmu ni

      Delete
  20. setakat ni mmg pernah bermimpi yg terus terjaga dan kita rasa penat dan mgelabah..tapi xpernah mimpi yg kita xleh kluar dr mimpi..seram juga bunyinya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu kak shida, tak seram tapi rimas gila.. rasa nak marahhhhh sbb takleh nak bgun lepas tu mmg penat

      Delete
  21. Oh tak pernah lagi. Mesti tak best kan, sebab nak lari dari mimpi tapi tak dapat lari...

    ReplyDelete

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!