Friday, July 17, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 1---

HI SEMUA
I BUKAN PENULIS, JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH, 
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading



„ Pukui berapa Daniel mai ambik hang,Zara?“ 

Teman yang sedari tadi sedang membaca komik menoleh ke arah Zara menyoal.

 „patotnya dah sampai. Qis aku takot la, pegang tengok tangan aku ni.Sejuk ja“ Zara menyentuh lengan sahabat kesayangannya.

   „Gila sejuk! Tapi sempat pulak hang update blog tu eh,“ Zara tersenyum kelat.

 „Mana boleh hidup tanpa blog babe!“ Zara ketawa kecil. Jari masih pantas menari dipapan keyboard laptopnya. Sambil update.sambil ketawa. Dah separuh mereng dah. Teringat masa dia, Damia dan Erra mencari rumah tempahan kek itu. Tempah online,itu yang susah sangat tu nak cari rumah.

 „oi! Gelak sorang-sorang..share la.!“ Qistina menepuk paha Zara.Zara tersentak.

 „tadi masa pi ambik kek, kami sesat, sepuluh kali masuk jalan yang sama.... „ Sedang Zara rancak untuk bercerita, tiba-tiba kedengaran lagu Crazy Kyare dari filem DHOOM. Sepantas kilat Zara mencapai telefon bimbit yang berada ditepi laptopnya  yang berwarna hitam.

I dah smpai ni.ada kt luaq.

Zara membaca mesej itu dengan senyuman yang manis.Qistina mencebik.

 „Dah mai tu..tunggu apa lagi?masa dah suntuk!tiup lilin dalam keretalah jawabnya Zara,“ Kata Qistina sambil berjalan menuju ke dapur lalu membuka peti sejuk. Dia mengambil sebijik kek yang berada didalam kek berwarna putih. Tertera tag nama NOLIS KEK diatas kotak kek tersebut. `Kalau hang tak tahu nak menghargai apa yang Zara buat ni.Aku tak tahu la nak cakap apa Daniel!‘ Gumam Qistina didalam hati.

 „Nah.kang tertinggai pulak kek ni..dah la hang susah payah nak planning suprise ni,awek dia tu tak buat suprise kat dia?“ Kek beralih tangan. Zara tersenyum kelat.Dia buntu. No answer.Terus dia melangkah ke pintu rumah.

  „Sayang,thanks!,“ Zara terus melangkah keluar sambil mencium pipi gebu Qistina.Gadis berketurunan jawa itu tersenyum melihat gelagat Zara yang sedang gelabah.

 „Elok-elok,jangan balik lewat sangat tau!“ Pesan Qistina dan terus menutup pintu rumah sewanya itu. Zara mendekati kereta yang dipandu Daniel.Hatinya resah.Takut jikalau kejutan yang dirancang tidak menjadi. Sepatutnya, Qistina turut serta tetapi ditolak baik oleh rakannya itu kerana tidak mahu menganggu dua merpati sejoli ini. Alah! Bukan apa..takut jadi Lamp Post!

Daniel membuka pintu kereta setelah Zara menghampirinya. Dia tersenyum.    `Aik.ada kek?‘ Guman hatinya. Setelah Zara masuk kedalam Daniel terus menutup pintu dan beralih ke tempat pemandu.

 „Eh, apa ni?“ Soal Daniel sambil tersenyum. Terserlah lesung pipit disebelah kiri pipinya.Aduhai,agaknya lesung pipit inilah yang menambatkan hati Zara rasanya.

Zara ketawa kecil. `Cover beb!malu ni!‘ Dadanya masih lagi berdebar-debar. Entah kenapa setiap kali berdepan dengan Daniel, hatinya akan berdebar – debar. Benci betul sikap malu ni! Daniel adalah segala-galanya buat Zara. Zara sendiri kebingungan mengapa hatinya berpaut terus kepada Daniel.Mungkin perasaan ini adalah anugerah Illahi buatnya. Susah untuk Zara membuka pintu hatinya kepada sesiapa.Hanya Daniel yang bertuah tapi sayang, Daniel milik gadis lain.Walau Zara tahu akan kebenaran itu,tetapi dia tidak mampu membuang perasaan itu. Kepada Daniel dia serahkan segala cinta dan kasih.   

„Ni bola la,you tak nampak ka?“ Zara mengenakan Daniel.Daniel ketawa kecil lalu mencuit hidung mancung Zara. Dah nampak terang-terang itu kek,boleh pulak Daniel ini soal lagi!
Kereta Ford Fiesta berwarna silver itu bergerak perlahan meninggalkan Taman Selasih. Bulan penuh didada langit. Tiada bintang yang kelihatan.  Bulan penuh,boleh dah kalau nak tukar jadi werewolf ni.!

 „Kita nak pi mana ni sayang? Hari ni you cakap ja nak pi mana,i bawak,“ Daniel menggenggam jari jemari Zara seeratnya seperti tidak mahu melepaskan Zara walau sesaat.
Zara tersenyum. Asyik senyum ja Zara ni!

„I tak kesah pon,tapi kalau boleh,I nak ke pantai,“ Beritahu Zara sambil membalas genggaman Daniel erat. Daniel memandu dengan tenang. Sesekali dia akan mengucup lembut tangan Zara. Romantik siot Daniel ni. Mana Zara tak sayang! Lagu GONE nyanyian N’SYNC berkumandang di radio.

Zara mengerling jam tangan putih yang dipakainya. Jarum minit terletak hampir-hampir di nombor 12, menandakan bahawa kekasih kesayangannya genap 25 tahun. Dah tua dah pun si Daniel ni! Tiba-tiba telefon bimbit Daniel berbunyi menandakan ada seseorang yang menghantar mesej. Daniel mencapai untuk membuka inbox tetapi ditahan Zara.

 „Jangan bukak lagi! Sebelum buka,let me be the first one.,“ Zara tersenyum. 

 „Moga you dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Happy birthday sayang and i love you so much,“ Lantas dia mengucup tangan Daniel yang sedari tadi tidak dilepaskan. Daniel tersenyum.
 
„Thank you sayang.thank you so much,“ Ucap daniel terharu .Sayu rasanya. Namun dia masih tenang memandu. Sebaik sahaja selekoh memasuki selekoh Pantai Bersih, Butterworth itu. Dia mencari – cari kekosongan tempat parking kosong untuk meletakkan keretanya.

 „Dalam kereta ja boleh kan? Kat luar ramai orang.Segan lagipun dah lewat malam ni,“ Zara memusingkan badannya mengadap Daniel. Kek diatas riba masih tidak terusik. Daniel memandang keluar tingkap keretanya.Kelihatan ramai pengunjung pantai itu.Ada anak muda malah ada jugak yang datang bersama keluarga. Polis rondaan banyak disekitar pantai mungkin untuk mengawal keadaan kerana Pantai Bersih sememangnya tempat kunjungan org ramai. Masih terdapat gerai-gerai yang dibuka. Almaklumlah esok cuti umum.

 „Oklah,as your wish my princess,“ Hati Zara berbunga. `Ya Allah,kau restukanlah hubungan kami berdua hingga ke hujung nyawa,Amin!

 „Sekarang ni,you bukak kotak kek ni, „Arah Zara lembut. Daniel menggeleng.

 „You la bukak,“ Dia menolak. Namun Zara masih berkeras,Daniel mengalah lalu dia membuka kotak kek yang berada diatas riba Zara. Setelah kotak kek dibuka. Daniel  kaku. Tanpa senyuman.Tanpa reaksi. Macam orang tak ada perasaan pulak dia ni!

 „Are you okay? Tak cantik ka kek ni?“ Soal Zara risau. Daniel senyap. Perlahan – lahan dia memandang Zara. 

„erk! Kek ni boleh makan?“

 „ Boleh la,“ Zara menjawab ringkas.

 „Baby, i don’t know what to say.im speechless!“ Daniel menatap kek itu kembali. Perlahan-lahan senyuman dibibirnya terukir. Sepantas kilat dia mengambil telefon bimbitnya dan mengambil gambar kek.

 „Cantiklah sayang, looks so real! Sayang pulak I nak makan diri sendiri,“ Keluh Daniel. Begitu besar kejutan yang Zara buat untuknya. Sebiji kek Coklat bertemakan dirinya sendiri. Gambarnya di atas buaian sambil merenung ke bawah tertampal kemas di atas kek itu. Kek itu diperbuat dari pada sugar paste. Kata Kak Norlis, tuan empunya kedai yang menghias sendiri kek itu. Kemas dan teratur. Hati Zara sayu, sayu kerana Daniel bukan miliknya sepenuhnya. Dia perlu berkongsi Daniel bersama gadis lain yang dia sendiri tidak tahu nama dan rupa paras gadis itu. Ya! Memang Daniel suka berpoligami! Aik.tapi tak berkahwin pun lagi! Bagi Zara senyuman yang terukir dibibir Daniel sangat-sangatlah membahagiakannya. Telefon bimbit Daniel yang berbunyi mematikan lamunan Zara. Daniel membaca.

Abg!selamat hari jadi.
Maaf syg tertidoq tadi.
Abg dah tua!Yay! hehe
Love u abg

 „Madu?“Soal Zara perlahan. Daniel mengangguk tanpa menoleh. Matanya masih menatap skrin telefonnya. Daniel tak sanggup nak bertentang mata!

 „Jom!Potong kek,“ Zara menyua pisau yang khas dibuat untuk memotong kek kepada Daniel. Zara memendam rasa. Dia tahu dia tidak berhak berbicara.

  „Tak mau lah!sayang“ Daniel mengusik. Telefon bimbit di tukar kepada mode senyap.Dia memberi sepenuh perhatian kepada Zara.

  „Oi! Berangan lagi! „ Zara tersentak. Hilang segala bayangannya bersama Daniel. Dia menoleh. Kelihatan takungan air di kelopak matanya.

 „Come on sayang! Control jiwa tu sikit! Aku tak suka air mata berharga tu tumpah sebab lelaki  tu!,“ Zara menyeka air mata yang ingin mengalir.

 „Mia, betul ke air mata aku ni berharga? Jom pi pajak gadai!.“ Zara memandang Damia. Damia senyap seperti sedang memikirkan sesuatu. Agak blur jugak minah ni sebenarnya!

 „Sat! Awat nak pi pajak gadai?tadak duit ka? Kalau tak dak pinjam duit aku dulu,tak payah pi gadai k!“ Beria Damia memujuk.Menggelabah.Berkeru-kerut dahinya. Zara adalah satu-satunya sahabat yang paling akrab. Zara adalah segalanya. Prinsip Damia hanya satu. Biar hilang kekasih hati tapi jangan hilang sijantung hati! Jantung hati yang dimaksudkan tu,Zara la!

 „ Yala dah hang cakap air mata aku berharga.Kalau betol berharga aku nak la gadai! Merasa la jugak aku nak jadi jutawan. Untung-untung Pak Cik Adnan Dan Mak cik Zainab pi holiday merata-rata,“ Zara tersengih. Damia yang sedari tadi kusyukh mendengar jawapan Zara mencebik. Lalu dipukulnya paha Zara sekuat hatinya. Zara mengaduh kesakitan.

 „Nak makan penampaq?“ Terjegil mata Damia memandang sahabat karibnya.. Uish!ganas!.Orang tengah serius ni,dia boleh pula main-main.

  „Mata tu lagi cantik kalau tak jegil sebab dah cukup besar tau!“ Zara mencubit pipi tembam Damia.
 „Tarik rambut tu kang,“ Damia mengugut.Ketawa Zara tercetus. Melihatkan sahabatnya ketawa, Damia ikut ketawa,inilah kali pertama Zara ketawa setelah sekian lama. Daniel pergi tanpa alasan yang munasabah. Alasan yang diberi terlalu bodoh untuk dinilai. Budak sekolah pon tak bagi alasan macam tu!

„Mia...,“ Panggil Zara perlahan. Lembut suaranya. `Amboi,lembutnya.mesti nak mintak apa-apa la ni!‘  Damia menoleh. 

„Hang rasa, Daniel rindu aku tak?“ Soal Zara lembut.Khuatir pertanyaannya itu akan menimbulkan kemarahan Damia. Sikap Damia yang tegas menyebabkan dia gerun sekiranya tersalah menyoal.

  „tak!“ Jawab Damia tegas. Biarlah dia menjawab begitu. Dia tidak mahu Zara masih mengharap. Mengharap bulan jatuh keriba. Mengharap Daniel yang sedang berbahagia menjadi miliknya semula. Jika Daniel kembali. Dia lah orang pertama yang akan menghalang Zara daripada menerima lelaki tidak guna itu semula. Bagi Damia, Daniel satu-satunya lelaki yang pandai bermain kata!

 „OK,!“ Keluh Zara perlahan. Dia tidak kuat untuk melawan kata-kata Damia.Dia tahu Damia cuba untuk sedarkan dia supaya lupakan lelaki yang hipokrit itu.

 „Sudah la Zara! Berapa kali aku nak pesan? Daniel dah ada yang disayangi.Kau sendiri yang beritahu aku,hang sendiri yang tunjuk blog itu kat aku,nak cakap apa lagi? Daniel memang dah berhubung dengan perempuan itu lagi time he still in reliationship with you,Siapa nama madu hang tu?“ Damia menggaru kepala yang tidak gatal.

 „Riana,!“ Jawab Zara pantas. 

„Ha, Riana.kalau dia keluar dengan Riana,boleh la jugak nk consider ini keluar dengan another girl,dalam kes ni,bukan hang saja yang kena tipu,malah si Riana yang dia sayang sangat nak tinggal tu pun turut tertipu,lepas tu,mintak putus atas alasan yang paling bodoh,aku rasa budak tadika nak putus pun tak bagi alasan bodoh tu,“ Damia menarik nafas lega. Sudah lama dia ingin membuka mata Zara. Sebelum Zara terjumpa Blog yang dikatakan Damia. Damia terlebih dahulu berhubung dengan perempuan yang mengganggu hubungan Daniel dan Zara. Berkali-kali Damia mengingatkan Zara. Tapi kata Zara selagi tiada bukti,selagi itu dia tetap akan percaya bahawa Daniel tiada orang lain selain dirinya dan Riana. Suci sungguh hati si Zara ni,sanggup berkongsi!

Zara melemparkan pandangan kearah laut yang luas. Bagaimana luas dan dalamnya laut,begitulah luas dan dalamnya cinta Zara terhadap Daniel.

 „Dah,jom balik!hari dah senja,“ Damia menarik tangan Zara supaya berdiri. Zara membontoti Damia yang berjalan dihadapannya. Hatinya tenang melihat ciptaan ALLAH. Setenang ombak yang menghembus pantai dikala itu. `Pergilah kau Daniel,pergilah kau dari hidupku,!‘ Keluh hatinya.


 „Mia,hang balik dulu,nanti aku balik,“ Ujar Zara. Damia menoleh memandang Zara lalu dia mengangguk. Mungkin Zara perlukan masa. Dia melangkah meninggalkan Zara seorang diri.

 `Honey!be strong!‘ Ucap hatinya.

33 comments:

  1. aaaaa bukan suci dah kalau sanggup berkongsi tu. Mesti ada something yang buat Zara jatuh hati sangat dengan Daniel!

    ReplyDelete
  2. wah minat novel ke. kita dulu pun Ada jugak nak try buat novel sendiri, selalu tak kesampaian niat nya

    ReplyDelete
  3. Nice sharing. Hoep boleh nampak lebih kemas entri supaya dapat menarik pembaca. Good luck. Pandai berkarya

    ReplyDelete
  4. Dah lama xbaca novel.bila start baca boleh lupa kerja rumah. not bad jugak cerita ni..

    ReplyDelete
  5. Chaiyuk. Teruskan menulis and keep up the good writing ye. Mana tahu kelak boleh hasilkan novel kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nahh.. im not gonna be a write... this is just the novel i wrote when i was 21 lol

      Delete
  6. Rajin nya menulis. Nanti boleh publish buku pula kan.. apelah sambungan cerita ni ya nanti?

    ReplyDelete
  7. Wow..tahniah sbb rajin menulis novel..bukan biasa biasa orang yang ada bakat menulis..keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha i dont want to continue after im sharing this novel :)

      Delete
  8. Dulu i memang minat baca novel, kadang sampai satu hari i boleh habiskan satu novel.

    ReplyDelete
  9. Menarik.. dah lama tak baca novel.
    Dulu pernah nak buat cerita sendiri..
    Separuh jln je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.... kannn dulu zaman2 novel mesti ramai yg cuba utk tulis kan....

      Delete
  10. Nice sharing. Rasanya gaya penceritaan dah ada. Just improve skill sikit. Semoga lebih success

    ReplyDelete
    Replies
    1. i nak kongsi jalan cerita ja.. bc i am not writer kann..
      this ibarat fic laaaa

      Delete
  11. dah lama tak baca novel..hihi..refresh otak jap..
    ciktom baca jalan cerita menarik..cuma lagi best kalau boleh selang seli kan dengan gambar untuk lebih menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaa..tak tahu nak letak gmbr apa ciktom..sbb hurmm xpe nanti atie fikirkan

      Delete
  12. nanti bagi kesinambungan cerita ni, bestnya baca! bagus betul awak mampu menulis novel sendiri ye.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha cannnnnn .. if u want to continue reading it

      Delete
  13. baru habis baca first chapter, nak sambung second chapter pulak! suka friendship zara and damia hehe. kai pun ada kawan macam damia, selalu kena marah dengan dia xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks kai sudi baca..
      yupppp.... tapi kawan mcm damia la akan kekal dgn kita kan ?

      Delete
  14. Atiiiee...make this novel in English version please >.< Really interesting to read this but I can't understand the language huhu 😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. aduh, in english pasti grammarnya NG byk.. haha atie gak pandai...

      Delete
  15. madu? poligami? cam sonok je citer novel nih., nnti wak layan erk ;p

    ReplyDelete
  16. eh.... baru pasan! OK kita continue baca ye

    ReplyDelete

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!