Wednesday, September 30, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 13---




Zara meneliti laporan yang hampir selesai. Sesekali dahinya berkerut memandang paparan pada skrin laptop. Adakalanya dia memicit-micit lehernya yang berasa sengal. Matanya mengecil membaca satu persatu ayat didalam laporan yang dibuatnya. Encik Khalid disebelah hanya memerhati tingkah Zara yang sentiasa menukar posisi kedudukannya. Nasib dalam opis ni tak boleh baring ja,kalau tak sudah pasti Zara dalam keadaan baring sekarang ni.

"Any probelm Zara?" Tegur Encik Khalid.

"Bahasa teknikal yang Mr Takiya suruh guna ni,tersangatlah memeningkan kepala,"Ujar Zara seraya disambut oleh bunyi ketawa Encik Khalid.Dia menggelengkan kepala. Bahasa budak ni, Failed!

"Suruh dia bagi contoh ayat,kan senang"Encik Khalid memberi pendapat.Zara tersenyum.

"Zara dah mintak,tapi contoh yang diberi,sorry to say,cannot be use!"Zara memperlahankan suaranya. Dia kuatir jikalau ada yang mendengar. Encik Khalid terus ketawa lalu bergerak ke pantri.

Klik! Bunyi yang menandakan email baru diterima.Zara membuka inboxnya. Dia tersenyum. Pasti Damia ingin mengadu!

Damia : Ra,hang buat apa?
Zara : tengah siap kan report untuk customer.
Damia : Aku malas nak kerja,halfday nak?kita g window shopping :)
Zara : banyak la hang punya window shopping,due date hari ni tau,klu aku x submit,makin bertmbh la kerja aku!
Damia : hang ni,ye la!anak kesayangan bos!
Zara : jealous?
Damia : ada la skit!hehehe..eh Ra,hang tau tadi ada husband n wife datang ofis aku,gaduh!siap ugut bunuh membunuh lagi!
Zara : seriusly?kes apa?
Damia : bini dia mintak cerai,si laki kaki pukul!
Zara : takutnya,ni yang buat tanak kawen ni,
Damia : laki dia tanak lepas,dia cinta bini dia sebenarnya,tapi tekanan kerja!
Zara : kalau tekanan kat tempat kerja pon takkan nak bawak balik rumah.
Damia : Entah la Ra,pompuan tu cakap,lau laki tu xlepas dia,dia santau sampai mati!
Zara : Astaga!islam ke?
Damia : aah!beb.gtg.. Diorg datang lagi!muah!love u!
Zara : Love you too.

Takutnya nak kahwin,dia termenung.Mengenang nasib si isteri yang teranaiya.. Ya Allah,kau jauhilah dugaan sebegini untuk aku.Amin! Dia meneliti kembali report yang terkendala sebentar tadi.Tetapi fikirannya tidak dapat melupakan perkara yang diceritakan oleh Damia sebentar tadi.Dia cuba meletakkan dirinya didalam situasi itu,pasti hidupnya didalam keadaan tertekan.

`Baru alami cinta tiga segi pun dah macam nak bunuh diri,ni dalam alam perkahwinan.Ya Allah,kuatkah aku sekiranya Engkau mendugaku sebegitu?’ Ngomel hatinya sendirian.Tiba-tiba terasa seperti dahunya disentuh.Cepat-cepat dia menoleh memandang kebelakang. Layla tersengeh nakal.

"Senyum!senyum,kenapa?dah sattle semua backlog?"Soal Zara. Layla mencebik. Asal tengok muka aku ja mesti tanya backlog! Dia diam.Tidak jadi untuk menyampaikan hasrat.Mulut mungil itu muncung.Zara menahan ketawa,bahu adik kesayangan itu dipeluk.Dia mencubit lembut pipi Layla,merah jadinya.

"Ish!sakit la!tak mau kawan dengan kak Zara!" Layla menepis kasar tanpa memandang Zara yang sedang tersengeh nakal.

"Merajuk pula?Kak Zara ada coklat!" Zara membuka laci menayang coklat yang dibawanya pagi tadi.Memang dia berniat untuk memberi kepada Layla. Dia tahu sangat yang si Layla ni memang hantu coklat! Layla menjeling.Matanya tertumpu tepat ke arah coklat itu.Perlahan-lahan tangannya bergerak mengambil.

"Layla merajuk lagi ni,"Ujarnya sambil mengigit coklat yang telah siap dibuka.Rugi ni kalau aku tolak!My favorite!Dia tersengih-sengih.Zara ketawa,terhibur dengan tingkah budak manja ni.

"Layla ni ada tujuan,Kak Zara dijemput hadir dinner dengan FA Team malam ni,di restaurant dekat batu feringgi tu,ala!lupa la nama apa!"Dahi Layla berkerut cuba mengingati nama restaurant yang telah siap ditempah itu.

"Nama apa?"Zara menumpukan sepenuh perhatiannya kepada Layla.Jari runcingnya menari-nari dia atas meja tulis.Rambutnya yang terjuntal di dahi diselakkan kebelakang. Layla dihadapan masih cuba untuk mengingati.

"Ha!Viva Italia!"Layla memetik jarinya.Zara tersentak.Suara yang kuat itu mengejutkkan yang lain yang turut berada didalam ofis itu.

"Layla,"Rohani meletakkan jari telunjuknya dimulut.

"Sorry Mummy!"Layla menakup mulutnya.

"Padan muka kena marah!"Bahu Zara terhinjut-hinjut menahan ketawa.

"Tak ada masa nak layan kak!Malam ni tau!" Layla terus berlari anak meninggalkan Zara dalam keadaan terpinga-pinga. Coklat itu dibawa pergi.

 „Eh Layla!“ Laung Zara perlahan tetapi masih dapat didengari Layla. Dia menoleh. Coklat aku! Belum sempat Zara menutur kata. Layla terlebih dahulu mencelah.

„I want you to meet someone special!“ Layla terus melangkah meninggalkan ofis itu. Dahi Zara berkerut. Someone special?Dia tersengih nakal.Mesti ada boyfriend dah la tu! Dia meneruskan kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

11 comments:

  1. Part Damia mengadu pasal laki bini bergaduh tu saya dah tergelak ahaha. dasyat betul sampai nak santau 😅 dan layla ni comel laaa 🥰

    ReplyDelete
  2. Next sis... Next❤️❤️❤️

    ReplyDelete
  3. Zara jgn byk fikir! jgn takut kahwin. Kahwin itu rezeki. Layla nakal! hahaah.. good chapter.. next plsss

    ReplyDelete

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!