Tuesday, October 20, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 17---



Zara menapak ke kereta kesayangnya. Hatinya panas apabila terkenang kembali apa yang Haqimie kata. Ciri-ciri perempuan idaman haqimie?Nak tahu ke? Tak payahlah!Buat sakit hati jer nak cerita. Kalau ya pun itu antara ciri-ciri isteri idaman Haqimie,tak perlulah nak dibanding-bandingkan dengan si Zara. Ini semua kerja Abang Joe lah ni,suka sangat kenen-kenenkan dia dengan si Haqime tu! Mula-mula memanglah dia berbunga hati,tetapi lepas terkena dengan mulut laser si Haqimie tu,terus dia rasa meluat!

Masuk hari ni,dah tiga bulan dia bekerja dibawah satu bumbung dengan Qimie.Sememangnya mereka ibarat anjing dan kucing.Pantang bertemu muka pasti mahu bercakaran.

"Abang Joe,kalau saya nak kawen pun,saya nak cari yang pandai masak,bukan macam si Zara ni,masuk dapur pun ntah pernah ke tidak!"Walau pun lembut suaranya namun kepedasan kata-kata sangat terasa. Layla lah ni,bocor rahsia,beritahu yang Zara tidak suka dengan kerja-kerja dapur ni.

"Kenapa main sebut nama kita?Awak ingat saya nak sangat dengan awak tu?dah la bujang terlajak!"Balas Zara gerang.Dia memberikan jelingan maut kepada Qimie.

„Bujang telajak pun boleh hidup sendiri dari hidup mengharapkan orang,dari saya kawen dengan dia!Baik saya kawan dengan mama dia!Pandai buat kuih siput!"Ketawa mereka didalam bilik itu bergema. Zara seperti ayam berak kapur.Rasa seperti ingin disiat-siat mulut haqimie itu!Baling kat harimau,biar harimau kenyang!

"Kalau kawen dengan orang yang pandai masak,mana best!hang dengan dia asyik berebut nak masok dapur saja!"Abang Joe membela tetapi dengan ketawa yang masih bersisa.

"Ish mana boleh Joe,tugas si isteri kena masak untuk suami!"Haqimie makin galak mempertahankan pendapatnya.Wajah Zara yang muncung dipandang dengan ekor mata.

"Eloklah Abang Joe,memilih sangat!sebab tu sampai sekarang tak laku,"Zara mencebik. Meluat!bangga sangat dengan diri sendiri.

"Eh!mesti la memilih,takkan tak boleh nak ada cita rasa sendiri kot,kalau nak harap cari yang lawa tapi tak boleh sejukkan hati suami tak guna jugak!"Qimie tidak mengalah.

"Cayalah Bos,give me five!“Tapak tangan dia dan Amy bersatu. Layla pula mengurut-ngurut lembut belakang Zara minta dia supaya bersabar. Ish abang ni,sengaja nak cari pasal! Zara buat pekak! Unit jaguar ditangan dia dibelek,selesaikan case yang tergendala ini lagi bagus.

"Orang tu buat busy pulak!"Abang Joe menyimbah minyak.Zara macam biasa.Masih kaku disitu.

Sabar itu separuh dari iman Zara! Relaks!

"Orang tu dah pandai masak kot!Sebab tu dia tak terasa !"Sambung Haqimie pula.

"Layla pandai masak! Abang kawen je lah dengan Layla,"Sahut Layla sambil mengerdipkan sebelah matanya.

"Pandai masak,suka tanam pokok,pandai menjahit,Wah kalau dapat isteri macam tu zaman sekarang Abang Joe,saya memang tak minta apa-apa dah dalam hidup ni!"Ujar haqimie lagi.

"Mama Zara ada,dia pandai masak,pandai jahit,pokok kat halaman rumah penuh!"Bentak Zara geram. Dari tadi asyik nak kenakan aku jer!Aku tahu lah aku tak pandai nak masak semua ni!Jahit baju pun harap mama,tanam pokok? Kalau mama mintak siramkan air muncung sedepa mama lepas tu,bukan apa,habis pasir dalam pasu terkeluar akibat siraman air yang deras.

"Eh! Aku dengar suara oranglah!"Haqimie membeliakan matanya.

"Abang Joe dengar tak?"Soalnya pada Abang Joe.Mulut ditutup menahan ketawa.

"Nanti Kak Zara datang lagi settle kan,now ada meeting,"Zara bergegas keluar dari bilik itu.Ekor matanya mengeling haqimie yang sedang tersenyum sinis! Ambik kau!Sakitkan hati aku lagi! Layla disebelah hanya memandang.Dia tahu punca pergaduhaan mereka tapi dia diam.Selama kenal haqimie,dia tidak pernah nampak Qimie menyakat perempuan tapi lain benar dengan si Zara,ada saja idea dia nak sakitkan hati gadis itu.

8 comments:

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!