Monday, October 26, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 18---




"Awat hang termenung ja?Dok ingat kat si Qimie la tu?"Damia mengusik.

"Buat apa aku nak ingat si kuda kepang tu?menyakitkan hati jer!" Zara bengang. Dia akui wajah dan sifat haqimie mampu mengegarkan jiwanya.Sehingga kini,sekiranya dia terserempak dengan jejaka itu,hati gadisnya pastu terusik. Mulalah dia buat muka poyo,nak tutup perasaan pada Qimie.Tapi bila Qimie bukak mulut. Berdesing saja telinga Zara ni!Rasa macam nak gunting jer lidah Qimie tu!

"Aik,marah semacam ja!dulu bukan main suka lagi," Senyuman manis terukir dibibir Damia. Cantik dia ni,macam Kajol heroin hidustan yang main cerita Kuch Kuch Hota Hai tu.Kening Damia yang lebat dan bercantum itu menaikkan kecomelan diwajahnya.

"Hang berangan apa?"Bahu Zara ditampar.

"Oi hang cantik tapi kemetot!"Latah Zara,cepat-cepat dia menakup mulutnya.Muka Damia yang berseri-seri tadi mula berubah masam mencuka.Zara tersenyum kelat.

"Sorry Darl,hang ni nak tampar time aku tengah tilik muka hang,So aku tak bersalah!" Zara duduk bersandar.Udara pada petang itu sangat nyaman. Hatinya yang sakit kian tenang,Damia disebelah geleng kepala.Bukan nak pujuk!

"Bukan aku tak mau pujuk Mia,"Zara bersuara.

Eh tahu pula dia kata hati aku!Damia tergaru-garu kepalanya.

"Hati aku ni complicated!Bila tak jumpa aku rindu,bila jumpa hati sayu,then.."Zara terhenti.
"Then?"Kening sambungnya terangkat.

"Then kalau dia buka mulut!fuh! Aku macam nak smackdown ja dia tuh!" Alahai Zara,kau pun tengok WWE? Ini mesti gara-gara si Aril tu!

"Seminggu ja kami baik Mia,hati aku ni cukup berbunga,masuk ja second week! Rosak! Lingkup! M.E.L.U.A.T!" Punya marah sampai mengeja terus.

"Meluat pun hang suka kan?"Damia menduga.

"Tak tau la Mia,aku sendiri tak paham dengan hati aku,"Suara Zara lembut menyapa telinga Zara.Matanya dilemparkan ditengah-tengah laut.Wajah Haqimie menerpa.

"Sakitnya hidup dalam SS ni!"Keluh Zara,Damia pula mengarukan kepala. Short term apa pula si Zara ni guna.

"Syok sendiri lah!"Zara mencebik. Slow! Dahi Damia ditunjal perlahan.Damia tersengeh.

"Mana aku tahu,hang pi guna short term buat apa!"Balas Damia.

"Mia, hang rasa sapa jodoh aku?"Zara menoleh!

"OAK!"Jawab Damia ringkas.Zara mengerutkan dahinya.Sudah! Apa pula maksud minah ketot ni?

"Cakap orang slow!hang tu loading! Only Allah knows!" Kepala Zara disekeh.

"Ooooo,"Ketawa mereka bersatu. Matahari yang sedang terbenam dipandang mereka berdua.

"Lawak kan kita,"Ujar Zara.Matanya tidak lepas memandang permandangan ciptaan Allah.

"Why?"

"Orang tengok sunset dengan boyfriend!kita?"

"Kita tengok dengan bestfriend a.k.a twins!" Sampuk Damia dengan senyuman tanpa memandang Zara.

4 comments:

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!