Friday, August 14, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 5---

                                                                        HI SEMUA
I BUKAN PENULIS,
 JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH, 
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading


„Zara belajar mana sebelum ni?,“ Suara lunak merdu menyapa ditelinganya. Dia menoleh.

 „Eh, Kak Dila,“ Tegur Zara lembut. Dia terkejut melihat Engineer yang kecil molek ini berada di hadapan mejanya.

 „UniMap akak, Perlis, „Zara memandang tepat kemata gadis dihadapannya.Cantik! Contact lens berwarna honey light yang dipakai langsung tidak mencacatkan rupanya. Macam mata original!

 „Oh, Kak dila ada sepupu belajar dekat situ,nama dia Qistina,dia ambil jurusan electronik juga dulu, duduk Yan,Kedah?“ Soal Dalila ramah.

 „Ya Allah,kecilnya dunia ni, Kawan baik Zara tu kak,“ Wajah Qistina bermain dimatanya.

 „La,yaka?itulah,kecil betul dunia ni,“Dalila tersenyum. Pertama kali dalam sejarah hidupnya setelah empat tahun bekerja disini,dia menerima rakan sejawat yang sama jantina. Setelah empat tahun melangkah menyertai Robert Bosch ini,hanya dia seorang sahaja engineer wanita yang dipilih.Yang lain semua lelaki,bosan!

 „Akak sorang perempuan kat sini?“ Soal Zara ingin tahu. Hari ini hari pertama dia memulakan tugas sebagai Quality Engineer disini. Semasa menapak memasuki pejabat yang terletak paling hujung dibanggunan ini dia mendapati bahawa hanya Dalila seorang memperkenalkan dirinya sebagai Quality Engineer. Selain Dalila, terdapat jugak dua tiga orang perempuan lain yang berada didalam pejabat itu seperti Rafidah, Miss Lee dan Sharifah. Semuanya berpangkat kakak. Nampaknya dia seoranglah yang paling muda disini.

 „Yup!sorang je,kerja kat sini banyak travel,so Zara kena siap sedia untuk travel kalau ada kes yang kena sattle dekat overseas tu,kak dila ni dah tak larat nak travel,kadang-kadang setiap bulan kena travel,“ Keluh Dalila.

 Dia bosan kerana terpaksa meninggalkan anak dan suaminya. Usia perkahwinan yang baru menjangkau 2 tahun ini betul-betul merenggangkan hubungan dia dan anak kecilnya itu Darwina. Mana taknya, Baru ja balik dari German seminggu,dah kena ke Portugal. Darwina berada dibawah jagaan suami dan ibu mentuanya sahaja. Dia telah cuba menghantar surat berhenti kerja namun ditolak lembut malah ditawarkan kenaikan gaji yang begitu lumayan. Dia pasrah dan kembali bekerja setelah dipujuk oleh sang suami yang sangat memahami.

 „Jodoh dengan bosch ni panjang pulak Zara, Kak dila dah dua kali hantar surat resign tapi Encik Kamal menolak,“ Beritahu Dalila.

 „Alamak,travel? Bestnya akak,!“ Ada sinar keterujaan dimata Zara. Dalila menggeleng pantas.

 „Mula memang best tapi bila dah jadi kerap ni,Kak dila macam dah tak sanggup. Anak Kak Dila sendiri dah renggang dengan Kak Dila,“ Luah Dalila muram.

 „Tapi Zara muda lagi. Gain all the experience. Travel,tengok tempat orang.Lepas tu kita boleh compare dengan negara kita ni, „ Nasihat Dalila lagi. Dia tidak mahu mematahkan semangat Zara. Melihat Zara tersenyum dia turut tersenyum. Dalam diam dia akui bahawa senyuman Zara sangat manis. Sejuk mata memandang.

 „Zara nak mintak tolong Kak Dila sikit boleh?“ Soal Zara apabila dia melihat Dalila mendiamkan diri.

 „Boleh Kak Dila tolong terangkan Zara kerja sebenar yang Zara kena buat?,“ Pinta Zara 
lembut.Takut jikalau permintaan dia ini terlalu berat untuk Dalila lakukan. Ya la, rambut sama hitam tapi hati lain-lain. Eh! Kak Dila bertudung,mana aku tahu rambut dia warna hitam eh? Hehehe

 „Oh,ingatkan apa la tadi,okey macam ni, „Dalila mengambil tempat bersebelahan Zara. Dia menerangkan satu persatu job scope yang perlu Zara faham.

 „Kita kerja sebagai Quality Engineer ni,kita akan berhubung dengan customer, Contoh, sekarang Zara ditugaskan untuk menjaga radio dari kereta berjenama Jaguar. Andai kata jikalau ada complaint dari customer disana,Zara kena ambil tindakkan yang sewajarnya untuk beri feedback kepada customer. Contoh, Radio jaguar tidak dapat berfungsi,radio tersebut akan dihantar ke plant kita ni dan dianalisis sehingga mencapai root cause dia. Kemudian tugas Zara adalah menghantar report root cause apa yang kita jumpa kepada customer Zara di UK itu,“ Dalila cuba untuk fahamkan Zara.

 „Kita sendiri yang kena analisis failure part tu,“ Soal Zara. Alamak! Kerja susa ni!

 „Eh,tak,kita ada Failure Analisys Team, Zara tak jumpa mereka lagi kan?“ Soal Dalila.Dia terlupa untuk  menceritakkan tentang wujudnya kumpualan itu. Zara tersengih. Fuh!selamat ingatkan aku sendiri yang nak kena analisis..mana ada bakat!

 „Jom! Kak Dila kenalkan Zara dengan diorang,“ Dalila menarik lembut tangan Zara. 
Mereka beriringan masuk ke dalam makmal yang terletak bersebelahan dengan pejabat mereka. Suasana didalam bilik itu sangat sunyi seperti tiada siapa didalamnya. Dalila menekan butang bertanda bell.

 „Bilik ni ada acces,kalau nak masuk kena minta kebenaran mereka dulu,“ Terang Dalila lagi.
Isyarat loceng berbunyi menandakan pintu telah dibuka. Dimuka pintu Zara dapat melihat ramai lelaki yang berada dimeja masing-masing,tekun membuat kerja. Sesekali terdengar laungan salah seorang dari mereka mengusik. Dalam masa yang sama ketawa terhembur dan satu suara halus merengek memarahi mereka. Erm!macam interesting ja!

 „Assalamualaikum, „Laung Dalila sambil menapak masuk. Zara membontoti.

 „Ya Dila,Waalaikumussalam,“ Sahut seorang lelaki yang berada didalam lingkungan 40-an.

 „Abg Joe,ni Dila kenalkan, engineer baru kita, Zara,mulai hari ni, dia akan handle Jaguar,“ Kak Dila memperkenalkan Zara yang sedari tadi senyap disisinya.

 „Zara,selamat datang. Apa khabar?“ Tegur Johari ramah.

 „Baik Abg joe,Alhamdulillah,“ Ucap Zara sambil sedikit menunduk anda hormat.

 „Layla!!!,“ Laung Abg Joe dengan tiba-tiba. Terkedek-kedek seorang gadis berkulit kuning langsat berlari perlahan mendekati mereka. Suara budak perempuan ni la tadi.

 „Yes bos!,“ Layla tersenyum melihat Zara. Cantik!

 „Mulai dari hari ni.jaguar dah ada PQC so, tak payah lah nak pening kepala pula ye lepas ni,“ Abg Joe tersengeh memandang Layla.

 „ Yes! Lepas ni kita sama-sama berganding bahu ye!“ Layla melonjak kegembiraan. Abg Joe mengeleng kepala. Budak ni la bukannya dia nak kenalkan diri dulu!

 „Layla, ni engineer baru, Zara,“ Dalila tersengeh memandang Zara. Aku cepuk budak Layla ni baru dia tahu! Layla tersengeh sambil menggaru belakang kepalanya yang tidak gatal. Alamak over excited aku terlupa nak salam! Lalu dia menyuakan tangannya dan disambut Zara.

 „Layla, “ Sebutnya sambil tersengeh memperkenalkan diri.

 „Zara,“ Sebut Zara lembut. Merdu beb! Gua tangkap leleh!

  „Selamat datang ke Taman Bahagia,“ Ucap satu suara dengan tiba-tiba. Yang lain terhembur ketawa termasuk Dalila yang sedari tadi menyepi. Masuk lab ni,aku sakit otak terus!

 „Zara kenal-kenal la dengan diorang,Kak Dila nak sambung kerja, „Dalila pergi meninggalkan Zara yang sedang dikerumuni anak-anak muda yang bekerja sebagai technician disitu.

##################################################################

 Zara membelek buku skop pekerjaan dihadapannya. Banyak juga peraturan nak kena ikut ni! Dia mengeluh. Baru first day Zara,relaks! Dia memujuk hatinya. Hari pertama kerja, banyak yang dia kena fahami,selain dari berkomunikasi dengan orang luar,dia juga kena belajar cara untuk menyelesaikan masalah yang Layla tak dapat selesaikan.

 „Kak Zara!“  Layla mendekatinya. Zara tersentap. Ish budak ni la! Dah macam jantan aku tengok,nasib rambut ja panjang!

 „Akak buat apa tu?“ Myra tersengih melihat muka kelat Zara yang sedang memandangnya.
Ala,marah la tu!tak takot pon!

 „Main bola,“ Selamba Zara menjawab. Dia masih memandang gadis dihadapannya yang sedang tersengih. Cantik.

 „You got smiley eyes,“ Ucap Zara ikhlas. Walau hari pertama bekerja dia sudah mendengar desas – desus mengenai gadis dihadapanya ini. Layla seorang gadis yang periang. Pandai membawa diri. Sikapnya yang ramah dan mudah mesra menyebabkan dia disayangi ramai pekerja disini. Ada juga yang cuba menyunting hati gadis ini tetapi dia ibarat jinak-jinak merpati. Hanya dia sahaja yang tahu kenapa dia langsung tidak memberi peluang kepada lelaki untuk mengisi kekosongan hati.

 „Ha? Smiley eyes? Macam mana tu?“ Dia mengerutkan dahinya. Apa benda pula Kak Zara ni merepek!

 „Tadak papa lah sayang, tadak kerja yang mai kacau orang ni?“ Zara mengusik. Sayang pulak aku kat budak ni!

 „Kerja berlambak,tapi tak boleh nak buat la,asyik teringat kat akak ja,,heheheh,“ Layla mengusik.
 „Hai.jatuh cinta kat akak ke?“ Zara memancing.

 „Cinta? Cinta Layla hanya untuk 3 orang,“ Layla menepuk dadanya. Tiga orang? Habis la budak ni!
 „Ha?Ada bf rupanya,banyak pula tu“ Zara tersentak.

 „Hm....Shah Rukh Khan, Taylor Lutner and Oguri Shun!,“ Layla mengira dijarinya.
 „Hampeh punya budak,“ Zara mencubit lengan Layla yang hampir dengannya.


 „Oi,mak ketam ada kat sini jugak la!,bye!“ Layla melangkah pergi pantas. Baik aku belah cepat sebelum mak ketam jadi penyengat. Uwa!! Mama sakit! Dia menggosok-gosok kesan merah dilengannya. Zara ketawa kecil. Terhibur hatinya dengan tingkah budak seorang ni. 



Bab 1 ///////// Bab 2////////// Bab 3 ////////// Bab 4

43 comments:

  1. berbakat ati..bukan mudah nak buat novel sb imaginasi kne tinggi..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tak punn..
      tapi ni kira mcm nak jadikan fairy tales la hahaha

      Delete
  2. Hamboi.. menulis juga rupanya dia.. ye.. ohsem..

    ReplyDelete
    Replies
    1. real life takde happy ending..atie create happy ending sniri hahaha

      Delete
  3. Done membaca,, it's really good, nak menulis novel ni bukannya mudah, sye dulu pun pernah nak tulis novel tapi akhirnya terbengkalai 😂, so what happen next? Tak sabar nak baca sambungannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanyaaaa mcm semua pernah tulis novel dulu kan.. sbb time tu drama series tak best sgt..so kitaaaa masok dunia novel hehe

      Delete
  4. Wahh ada bakat ni. Nama yang digunakan juga menarik terutama nama Qistina. Kita juga nak kena kreatif sebab nak olah jalan cerita supaya menjadi lebih menarik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la..tgh cuba utk tak bg orang boring untuk baca

      Delete
  5. have not been reading any novel before..but this is nice... u r talented!!

    ReplyDelete
  6. pandainya menulis.. memang adore sangat penulis2 berbakat. keep writing

    ReplyDelete
  7. Haha samalah. LH peram idea novel dah entah berapa tahun. Tah bila nak publish nya tah.

    ReplyDelete
  8. Auwww.....chapter 5 already. Looks like I miss chapter 4. Perkembangan plot nyer nampak menarik. Teruskan lah yer. Plus, don’t forget the title ya.

    ReplyDelete
  9. Hahaha I boleh geng dengan Layla part Taylor Lautner. Part SRK tu takmauuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha babee whyyy..! lol i just realize yg Layla suka orang tua ehhh ! hahah h

      Delete
  10. wahh best ni..suka plot cerita dia...and watak2 dia mmg hidup kena dengan suasana...tak sabar nak tunggu ianya dibukukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak mungkin dibuku kan... atie rela let adik buat short film bersiri haha

      Delete
  11. dah ada bakat kita share je la kan. And you can keep on writing dan jadikan your blog sebagai medium untuk your novel too.

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks.. its just my imagination of happy ending that i will never get

      Delete
  12. Berbakat besar ni untuk penceritaan. Ke memang dh ada novel ? Boleh la nak beli untuk dibaca. Kena imaginasi tinggi kan untuk bercerita. Bakat ni tak semua mampu

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishh haha ..tak laaa... saja ja tulis2 ni.. imagination of happy ending

      Delete
  13. Dah bab 5 dah!!! Akak baca bab 1 hari tu. Hahaha. Nanti akak tengok bab 2,3 dan 4. Barulah layan kan. Total berapa bab ni?

    ReplyDelete
  14. Menarik juga cerita novel ni.. Layan baca.. Hehehe.. Terus rasa nak baca lain.. Heehe

    ReplyDelete
  15. Keep on writing if that can make you happy and contribute to ummah too ❤️

    ReplyDelete
  16. Wahh nice writing..jalan cerita yang bagus. berbakat sungguh.. keep it up

    ReplyDelete
  17. ok ni kesinambungan dari bab 4 ciktom baca sebelum ni ye..betul la tu first day kerja mmg rs strict mcm2 rules but one dh biasa it's normal kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. Zara pulak fresh graduate kan , so dia mmg tak pandai nak handle macam2 benda lagi.

      Delete
  18. Umur berapa tahun ni masa buat novel ni, kalau 9 tahun lepas?

    ReplyDelete
  19. Rajinnya tls novel nti spn blh htr kat DBP, kak skrg dah mls nak tls novel😂novel dewasa kena tls 500 muka halaman, novel kanak2 150 muka halaman, fouble spacing

    ReplyDelete
    Replies
    1. atie tak pernah ada cita2 pun nak tulis .. tapi suka2 ja ni... sbb nak jadi penulis bukan senang kan... terlalu byk cabaran....

      Delete
  20. Wah bagus keep up the good work, i started to read more during MCO.

    ReplyDelete
  21. ehh ada watak nama sayalah.....hahaha ,ni yang terasa nak kumpul2 baca nih ...apalah agaknya watak Kak Dila tu yer,harap2 tak kak long sangat ....ekekekee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak dila baikkk..dia tak mcm kak long..dia sngt understanding hehe

      Delete
  22. Ada potensi novel ini meletop macam novel 7 Hari mencintaiku. Chaiyokk kak. :)

    ReplyDelete

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!