HI SEMUA
I BUKAN PENULIS, JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH,
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading
Zara merapati Zainab yang sedang asyik membelek majalah wanita diatas sofa ruang tamu. Dia melangkah perlahan sambil menyusun kata-kata. Khuatir pemergiannya akan mengundang perasaan berat hati mamanya. Melihat Zara mendekatinya, Zainab segera menutup majalah yang dibacanya dan menumpu sepenuh perhatian kepada Zara.
„Apa topik terbaik dalam tu ma?“Zara memulakan bicara. Dia menghirup teh yang disediakan ditepi meja kecil di ruang tamu itu.
„Nothing much!Hal-hal yang berkaitan dengan rumah tangga,lau Zara nak tahu,kena cepat-cepat kahwin,“ Zainab tersenyum memandang anak kesayangannya.
„Ish mama ni,bab kahwin saja nak menyakat nombor satu“ Zainab tersengih seronok rasanya dapat menyakat anak daranya yang seorang ini.
„Ma,Ra kalau nak kahwin.Ra nak buat empat persalinan,Ra nak pakai songket,gaun,baju bollywood dan baju kurung moden,cantik tak ma?“ Zara cuba meletakkan dirinya dimajlis idaman dia itu.
„Calon dah ada ke belom?“Zainab menyoal.
„Belom ma,“
„Kalau belom,sila cari calon anda dahulu,sebelum berangan ye,“ Zainab mencuit hidung Zara. Muncung Zara sedepa. Dia seronok apabila dapat mengenakan Zara.Zara melentokkan kepalanya dibahu Zainab.
„Ma,can i tell you something?“Ujar Zara.Matanya terpandang Zaril yang sedang tekun mentelaah pelajarannya dipangkin dihapadan rumah mereka.Dia tahu Zaril memasang telinga kerana jarak diantara mereka cumalah beberapa langkah.Zainab hanya mendiamkan diri.
„Ma,Ra kena fly to US end of this month,“ Zainab tersentak.
„What?USA?Amerika?“Suara kuat Zainab membuatkan Zaril terus mendekati mereka. Dia melabuhkan punggungnya disis Zainab.
„Ra kena fly to US?“Zaril menyoal. Zara mengangguk.
„Bila Ra?“Soal Zaril tidak sabar. Dia mula terbayangkan baju-baju berjenama disana.
„End of this month,“ Jawab Zara lemah. Zaril memandang mama dan kakaknya silih berganti. Kedua-dua mereka kelihatan muram.
„Kenapa ni?tak seronok?“Soal Zaril.
„Ra dah la tak pernah pergi jauh,Ra takut lah!“ Ujar Zara lemah.
„Come on Ra!Bila lagi Ra nak tengok dunia?Ra tau tak,Ra pergi sana free! You should be more excited!Kalau Ril jadi Ra,Ril dah start packing tau!“Zaril mendabik dadanya. Dia cuba memberi semangat. Namun wajah mendung mamanya kian kelihatan.
„Ma,Ra bukan pergi lama pun,habis kuat sebulan,Ma ni patutnya bagi Ra semangat juga!“Zaril memeluk bahu Zainab.
„Kalau tak pergi,boleh Ra?“Zainab menyoal lemah.Zara memandang Zaril,dia mengangkat keningnya.Zaril menepuk dahi. Air mata mula bertakung.
„Ma,Ra pergi kerja lah,bukan stay sana terus,“ Air mata Zainab mengalir perlahan.
„Ish,kalau macam ni,Ra berhenti kerja la,“Zara menegakkan badannya. Dia bangun dan terus melangkah.Tetapi tangannya sempat disambar Zainab.
„Ra pergi berapa lama?“ Soal Zainab setelah perasaannya reda. Zaril disebelah tersengih nakal. Dia mengangkat ibu jari kepada kakaknya tanda best!
„Dalam dua minggu ma,“Jawab Zara. Dia tersengeh.
„Tapi Ra kena gi KL dulu,siapkan visa untuk kesana,Ra dah pujuk mintak Mia teman kan Ra,Irina pun nak follow juga“ Terang Zara dengan panjang lebar.
„Mama ikut ke US boleh?“ Pertanyaan Zainab menyebabkan ketawa Zaril dan Zara bersatu.Zainab mencebik. Mama ni,suka buat lawak antarabangsa.
„Kalau kita ni,keturunan Tan Sri,boleh la ma,“ Ketawa Zaril masih bersisa.
„Kalau kita keturunan Tan Sri,Ra tak payah kerja,duduk uma tunggu orang masuk meminang,“ Zara tersengih – sengih.
„Betul,Ril pula tak payah susah-susah study,tiap hari main games ja!“Zaril menyampuk.
„Ma cakap serius,main-main pula kamu berdua ni,mogok masak seminggu!“Zainab mengugut.
„Okay! Ril cepat!magic word“Zara menampar lengan Zaril yang tidak berganjak dari bahu mamanya.
‚Which one?“Zaril terpinga-pinga. Ish,apa ya?blur ni!
„Takkan Thank you pula,Ril ni teruk lah!“Apa lah nasib dapat adik bengong macam ni.
„Oh ya,sorry“ Dia mencium pipi Zainab.Zara turut membuat sedemikian.Zainab tersenyum melihat tingkah kedua anak-anaknya.Terasa seperti baru sahaja dia menimang mereka semalam. Teringat setiap kenangan mereka bersama.Masih teringat sewaktu Zara di bangku sekolah,pada masa itu Zara bersikap pendiam,jarang untuk meluangkan masa untuk keluarga,hidup Zara hanya dengan rakan-rakan sekolahnya. Pada ketika itu,setiap malam dia berdoa semoga Allah membukakan pintu hati Zara supaya menjadi anak yang mendengar kata. Pantang mereka berbua bertemu muka,pasti ada sahaja perkara yang akan mereka bertengkar. Zara mewarisi sikap degil dan keras hati Rahmah.Ibunya yang hidup bersendiri sehingga ke hari ini. Sikap Zara kini sentiasa membuatkan dia sentiasa berasa senang.Tiada apa yang perlu dibimbangkan.
„Berangan pula mama ni,“Zara mencuit hidung Zainab.Mereka bertentang mata. Sekali lagi air matanya bertakung.
„Kenapa ni ma,teringin nak jadi Neng Timah“Soal Zara tersenyum nakal.
„dari tadi air mata tu asyik bocor,mama minum air banyak eh hari ini?“Zaril menambah.Dia turut tersenyum.Siung disebelah kanan terserlah.Zaril yang berusia 17 tahun ini bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.
„Dah besar anak-anak mama,“Hanya itu sahaja yang mampu dia utarakan.Zainab menegakkan badannya yang sedari tadi dihimpit oleh Zara dan Zaril.Lenguh pula. Dia mengeliat lalu mengambil pisang goreng yang sudah sejuk itu dimasukkan kedalam mulut. Zara dan Zaril hanya memerhati tingkah mama kesayangan mereka. `Boleh pula buat macam orang tak ada perasaan mama ni,‘Ngomel Zara.
„Bila nak ke KL?“Zainab menyoal setelah pisang goreng itu habis dimakan.
„Khamis ni,Zara half day,jumaat pagi Zara interview.So Zara tempah flight Khamis lepas maghrib.“Jawab Zara tenang. Dia gelisah. `Interview la yang paling aku tak suka!
„Ril ikut boleh?“Zaril menyampuk.
„Sekolah!“ Ujar Zara dan Zainab serentak.Zaril tersentak.
„Ish,Ra ni bukan nak back up!“Zara melihat mulut yang sedang berkumat kumit itu.Namun dia tidak dapat menangkap apakah butik bicara yang sedang adiknya utarakan.
„Cakap apa?“Zara menyoal?Zaril menggeleng-gelengkan kepalanya sambil tersenyum sumbing apabila Zainab turut menoleh memandang kearahnya. Dia tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu. `Ra ni teruk lah!saja nak bagi aku kena bebel!‘ Mulut tertutup rapat.Hatinya sahaja yang berbicara takut jikalau tersikap langkah pasti terkena pahanan kilat mamanya yang tidak pernah rasa kering gusi untuk membebel.
„Kak Mia follow?Dia tak kerja?“Belum sempat Zainab menyoal,Zaril terlebih dahulu dapat membaca fikirannya.
„Damia ambil cuti dua hari,dia nak shopping di IKEA,Irina pula ada projek disana,so dia pergi awal,esok dia dah bertolak,“Terang Zara lagi. Soal siasat macam dibalai polis pula.
„Perlu interview visa ke US?Tak pernah tahu pun,“Zainab mengerutkan keningnya.Ya dia pasti setahunya,permohonan visa untuk ke Australia tidak memerlukan temuduga seperti yang diberitahu Zara.
„Zara pun tak pernah tahu ma,hairan juga bila Encik Khalid ingatkan,“
„Zara ke US dengan siapa?“Soalan yang sepatutnya Zainab bertanya. Timbul rasa risau dihatinya jikalau Zara menjawab dia akan kesana seorang diri.
„Layla ma,technician Zara yang ma jumpa tu hari tu,“Zara cuba mengingatkan Zainab tentang pertemuan mereka semasa di 1st Avenue dua minggu lepas.Ketika mereka berada di kedai kasut Payless.
„Budak yang ramah tu?senang hati mama dengar,“Zainab melepaskan nafas lega. Dia bersyukur kerana Zara ditemani seseorang yang bernama wanita.Zaril hanya memerhati.Dia tidak langsung ingin menyampuk kerana dia tahu setiap cadangan yang diberikan pasti akan ditolak mentah-mentah. Agak-agaknya cadangan apa yang akan Zaril berikan?
„Ra balik sini hari ahad boleh?lepas sekolah hari jumaat,Ril terus naik bus ke KL,boleh ye Ra,“Dia bersuara dengan tiba-tiba. Zainab memandangnya tajam.Zaril tersentak. Alamak!macam mana boleh terlepas ni? Dia terus bangun lalu bergerak ke bilik sambil menakup mulutnya.Zara menahan ketawa. Hilang sahaja Zaril dari pandangan.Ketawanya terburai.
„Melampau!“ Kerasnya bunyi mamanya menandakan bertapa degilnya Zaril.

Pergh, lama sungguh dah tak membaca novel ni. Dulu zaman universiti jer rajin membaca especially novel Awang Ramlee Murshid.
ReplyDeleteheheheehe one of the best writer tu
DeleteWah, rajinnya awak tulis novel. Sy ni tau baca je, nak tulis sendiri tak reti la. hehe. Takde hajat nak terbitkan ke?
ReplyDeletetak pun..saja ja share sini
Deleteuihh tahu2 dah sampai epi 7 novel nih ...good job ....tak sabar nak tunggu episode seterusnya ...makin menarik jalan ceritanya ...
ReplyDeletebagusnya. teringin nak tulis novel tapi tak kreatif haha. keep writing
ReplyDeletethank youu
DeleteSekarang ni lebih ramai orang suka baca novel dalam bentuk digital macam ni kerana tak perlu melabur dan juga boleh bawa keman-mana sahaja hehehehe kita jer yang bila tengok tulisan banyak macam ni mulalah mengantuk...
ReplyDeletebetul, digital senang sikit
DeleteMacam sweet jer hehehe.. wah x sabar nak tgk kompilasi dalam satu buku. Mesti gempak giler
ReplyDeletenoooo...xkan ada buku punya la hehe
Deletehuuuu dah bab 7 dah. chaiyok! nice nice. support dr belakang hee
ReplyDeletethank you for reading :)
DeleteKalau banyak feedback okay, apakata terbitkan aje novelnya Atie, senang nak kejar dari episod 1 sampai habis... Sis ko ni kadang bizi terlepas pandang nak baca semua dalam blog..
ReplyDeleteatie rasa mcm ada dua/tiga org jer yg baca hahaha .... sbb tu rasa mcm tanak teruskan pun ada
Deletewah menarik ni. lama betul la tak baca novel. awak ada potensi. keep it up
ReplyDeleteSaya setuju dengan Sis Lin. Better cari publisher yang boleh menerbitkan novel ini as independent writer. Boleh gak jana income kan.
ReplyDeleteinsyaAllah, but i am not a writer.. just sharing my own imagination jer heheh
Deletewah atie , it seems good , do u have wattpad ? bcs im wattpad user
ReplyDeleteno :( wattpad makes me dizzy and i dont know how to use, i am more reading fic thru AO3 lol
DeleteDah lama tak baca novel bahasa, dulu masa kat sekolah ada baca juga tapi sekarang i read more fiction.
ReplyDeletei pula baca fanfic ja byk hahahaa
DeleteBaguslah ada minat tls novel,kak mmg tulis novel dulu skrg mls haaaa..sbbnya org tls novel suka berangan nak reka jln cite, kak suka tls cite seram. Tapi nak tnya kenapa tls..mmg ada salah tu..
ReplyDeletenak bacaaa!! klu ada link.. i suka cita seram
DeletePerhaps you should start compiling and selling this right? Although digital form is not bad, but it you can earn some $$$ why not right?
ReplyDeletei dont think anyone wanna read ahahah, posting this list in the blogger group actually forcing people to read hahah and i should stop
DeleteHappy mama dia zara kawan dgn layla. best chapter!
ReplyDeletelayla ni tak cantik tapi perangai dia sweet
DeleteBukan senang nak tulis novel sebab sentiasa perlukan idea kreatif, tak membosankan pembaca, penuh konflik n pelbagaikan plot. Salute lah!
ReplyDeleteteruskan berkarya dan menulis. Tulis adalah terapi dan sangat bagus kesannya. be creative and enjoy it
ReplyDeleteBestnya pandai mengarang macam ni.
ReplyDeleteBerbakat..
Teruskan okay, atleast lama lama akan muncul idea yng baru .
thank you
DeleteSeronoknya pandai bernovel. Mana tahu nnt boleh la buat buku novel sendiri... Kot2 diadaptasi pulak jadi drama. Hihu
ReplyDelete