HI SEMUA
I BUKAN PENULIS, JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH,
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading
„Susah betui nak dapat kerja sekarang ni,“ zara mengeluh. Banyak resume
yang dihantarnya. Interview dah dekat sepuluh kali dihadirinya di tempat yang
berbeza. Namun belum ada yang bersesuaian dengan dirinya.
„Biasa lah tu,merajuk dengan diri
sendiri sampai dah setahun graduate baru nak cari kerja,memang susahlah nak
dapat,“ Adnan melipat surat khabar yang dibacanya.
„Ala papa,bukan merajuk cuma...“ Zara
terdiam.Dia tidak tahu bagaimana untuk membela dirinya. Sudah lima bulan dia
mencuba nasib untuk mencari pekerjaan. Tetapi setiap temuduga yang dihadiri
pasti mahukan pengalaman. Mana dia ada pengalam! Ala,time tengah frust tu mana
nak ingat semua benda lah ni, otak dok ingat kat DANIEL ja...huhuhu... hebat tu
penangan penyakit cinta ni!
„Zaman sekarang,orang nak yang ada
pengalaman,baru senang diterima kerja,“ Sambung Adnan lagi.
„Dah dapat kerja kat Hazim
Enterpise tu, tapi posisi dia tak menarik,“ Zara muncungkan mulutnya.
„Position apa yang Zara dapat?“
Zainab melabuhkan punggung disebelah anaknya. Dia membelai rambut Zara.
„Secetery ma,“ Jawab Zara
perlahan. Tanak aku jadi secetery ni! Macam mana ntah dia boleh ditawarkan
menjadi secetery padahal ijazah yang digenggamnya adalah bidang Kejuruteraan
„Aik lari bidang terus nampak,Zara
mintak position tu ka? Tapi adalah jugak kerja dari tak ada,gain the experience“
Adnan menyuntik semangat untuk Zara
sambil mencapai goreng pisang yang dibawa isterinya tadi.
„Tak nak la papa,bos yang
interview Zara tu gatai! Dia tanya dah kawen ka belom,ada boyfriend ka tak,“
Zara memandang wajah mamanya. Muka kalau
hensem takpa jugak ni muka macam jambatan tak siap! Eh! Sedap mulut hang ja eh
Zara.
„Mestilah dia nak tahu serba sedikit
tentang Zara kalau tak,macam mana dia nak ambik zara kerja dengan dia?“ Zainab
menyuarakan pendapatnya.
„Ma,kalau itu saja tak apa,ini
tidak dia ajak Zara kawen dengan dia pulak,“
„Wah,mama dapat menantu yang ada
syarikat sendiri,hebat la,“ Zainab tersengih.
‚Ma,umur dia lebih kurang umur
papa,“Beritahu Zara. Boleh pula mama ni berangan nak menantu kaya.
„Alamak,tak mau lah,nanti tak
sempat nak dapat cucu,menantu mama dah kojol dulu,“ Ketawa Zainad dan Zara
bersatu.
„Ha,gelak la,betul-betul jadi
menantu mama baru tau,“ Adnan mencelah.
„Ala papa ni, doa tu,jangan la
cakap macam tu dah,“ Pinta Zara lembut.
„Umur Zara dah 24tahun, Zara belum
ada someone special lagi?“ Soal Zainab.
„Ma,ba,impian untuk berkahwin pada
zara,paling last sekali,Zara tak nak la fikir lagi benda ni,“ Zara melentokkan
kepalanya dibahu Zainab.
„Elok lah tu, papa happy dengar
Zara macam ni, ingat,hanya Zara saja yang boleh menentukan hidup Zara,bukan
orang lain.bukan mama bukan papa,“Nasihat Adnan kepada anak gadisnya itu.
„Ra berserah kepada Allah ja,Ra
malas nak fikir,“ Ya! Itulah kata hatinya.Dia hanya mahu berserah kepada
Allah.Dia yakin bahawa hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untuknya.
„Itu yang seeloknya,“ Adnan
teramat bersyukur kepada Allah kerana anak yang dirinduinya selama ini kembali.
Zara adalah seorang yang ceria dan suka mengusiknya tetapi keceriaan itu
berjaya direntap oleh Daniel. Dan kini keceriaan itu telah kembali. Dia berdoa
moga tiada lagi derita yang akan dilalui oleh anaknya,
„Boleh mama tanya?“ Zainab menoleh memandang
Zara.
„Tanya apa mama?“
„Zara dan Daniel....“ Zara
terkedu. Dia diam. Alahai mama,please don’t start!
„Mama,“ Suara garau Adnan memecah
kebisuan Zara. Tegas bunyinya. Dia tidak mahu butir yang keluar dari isterinya
menyebabkan anak gadisnya kembali murung.
„Ala ma,Niel tu kuat cemburu,dia
tanak Zara jauh dari dia.Dia cakap,Zara ni pantang nampak lelaki hensem,“ Zara
menyembunyikan perkara yang sebenar. Tetapi inilah juga salah satu alasan yang
diberi oleh Daniel kepadanya sewaktu hubungan mereka di hujung tanduk. Lepas
itu biarlah lepas,tak usahkanlah nak memburukkan sesiapa.
„Dia tak percaya kat Zara?“ Zainab
menyoal lagi. Berkenan sungguh dia pada si Daniel sewaktu Zara menemukan
mereka. Daniel pandai mengambil hatinya. Tetapi dia hanya insan biasa tidak
mampu melawan takdir. Tiada jodoh diantara mereka.
„Ma,biasalah,Anak mama ni kan
cantik,mesti la dia cemburu tak sudah,“ Zara ketawa.Dia tidak mahu menceritakan
hal yang sebenar.
„Ma,Aril mana?“Zara cuba mengalih topik.
„Ada kat dalam bilik tu,“ Zainab
muncungkan mulutnya.Mata pula tidak lepas memandang dikaca TV. Zara melangkah
meninggalkan kedua org tuanya. Fuh selamat aku!
Setibanya di bilik Aril,dia melangkah masuk perlahan-lahan dibelakang
adiknya itu.
„Cuba teka,sapa ni,“ Zara menutup
mata Zaril yang sedang kusyukh mengadap laptopnya.
„Selena Gomez!,“
‚Salah!“
„Maya Karim!,“
„Salah!“
„Rani Mukharjee!“ Zaril ketawa
kecil.
‚Pandai!!,“ Zara duduk mengadap
adiknya.
„Perasan!“ Zaril mencebik.
„Hahahaha,dah tu yang Aril dok
sebut-sebut nama artis pasai apa?“ Soal Zara geram.
„Ala,kesian pulak,kang tak layan
merajuk.Penat nak pujuk tau!“ Aril mengaduh kesakitan setelah dicubit zara.
Geram betul dengan budak sorang ni,ada saja nak sakitkan hati aku!
„Abg Niel accident,“ Zara
tersentak.
„Teruk ka?“ Soal Zara perlahan.
Kenapa nama ini muncul kembali?
„Dia tak teruk,tapi kereta dia
teruk gila,Ra nak tengok?“ Soal Zaril cepat. Dia tahu hati kakaknya masih lagi
milik lelaki ini. Dia tahu apa yang terjadi diantara mereka. Dia juga tahu kewujudan Riana didalam hidup
Daniel.Malah dia juga tahu dan kenal dengan perempuan yang berjaya merebut hati
Daniel dari pada kakaknya Zara.
Zara menggeleng. Dia memujuk
hatinya. Dia tidak boleh mengalah. Papa pesan! Jangan biar hati menguasai
diri.!
„Ra tau,Abg Niel dah tak macam
dulu,facebook dia pun dah tak macam dulu.banyak kali Ril baca Abg Niel mencarut
di wall dia, i lost my respect towards him,“ Beritahu Zaril.
„Biarlah Shareen tu yang
nasihatkan dia,dia bukan ada kena mengena lagi dengan Ra,“ Jawab Zara tanpa
menoleh memandang Zaril.Dia baring di atas katil Zaril. Tiba – tiba telefon
bimbitnya berbunyi.