Thursday, October 8, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 15---


Zara melangkah masok kedalam restoran yang telah ditempah siap oleh Failure Analysis Team. Perutnya berbunyi, baru dia tersedar yang dia tidak menjamah sedikit makanan pun dari pagi tadi. Dengan dress labuh kosong yang mengikut potongan badannya yang cantik itu, Zara mencari-cari kelibat Layla.

 „May i help you Miss,“ Pelayan lelaki yang berpakaian kemas ala-ala Arabic mendekatinya.

 „Actually,“Zara terhenti apabila terpandang Layla yang sedang melambai-lambai kearahnya.

 „I found them, thank you“ Pelayan itu berlalu dengan senyuman. Zara mendekat imeja mereka.

 „Mai dah puteri seorang ni!“Amy mengusik disambut oleh gelak ketawa yang lain.

 „Kak Zara,duduk sini,“ Layla menepuk-nepuk kerusi disebelahnya. Zara mendekatinya lalu duduk.

 „Bersiap mengalahkan puteri,padahal rumah depan ni saja kan?“Rizal menyoal. Zara tersenyum manis. Mana tak lewat siap berangan lagi tadi! Zara ketawa didalam hati. Kalau mama tak panggil sah dia masih berangan!

 „Berangan pula,orang tengah menyoal ni!“Rizal geram.

 „By the way my lovely sis! This is my handsome brother, Rafiz Haqimie,“ Layla memperkenalkan seorang lelaki kepadanya. Zara menoleh memandang lelaki itu. Jatungnya berhenti berdegup. Qimie! Hatinya menjerit.

 „Hai Zara, apa khabar?“ Soal Haqimie lembut sambil tersenyum. Zara turut tersenyum.

 „Amboi!kami hang tak tanya habaq pun!Kalau dengan pompuan pandai pula nak berbahasa!“ Abang Joe mencelah.

 „Aik,ha Joe,apa khabar?“ Haqimie memandang Abang Joe disebelahnya.

 „Hang tak payah nak buat baik pulak sekarang,pantang nampak pompuan nuh!“ Haqimie tersengeh sambil mengaru telinganya yang terasa gatal. Abang Joe kalau boleh berkata.Laser habis!.  Qimie menoleh memandang Zara yang duduk disebelah Layla. Zara hanya tersenyum. Degupan jantung semakin kencang lebih-lebih lagi apabila melihat gigi Qimie yang cantik tersusun rapi,putih dan bersih seperti iklan Darlie di televisyen. !Aik!Darlie beruang kutub! Mana boleh sama dengan mamat depan aku ni!

 `Ya Allah! Dia tengok aku! Cant stop looking at him!‘ Jerit Zara didalam hati. Mukanya merah menahan sifat sebenar. `Cover Zara cover!‘

 „Cik Zara tak makan ke? Kalau tanak,kitorang nak clearkan backlog!“ Rizal menyoal. Layla disebelah mencebik. `Rugi keluar makan dengan depa ni!‘

 „Lain kali,jangan harap Layla nak duduk semeja dengan abang-abang sekalian!“Layla memberontak. Namun suara kuatnya masih tengelam kerana suasana di Restaurant itu lebih bising namum masih dapat didengari oleh mereka yang duduk semeja dengannya.

 „Kenapa pula Layla ku sayang?“ Amy menyoal lembut. Dia memang suka mengusik Layla tambah-tambah lagi kalau dia mampu membuatkan Layla marah. Layla mencebik.

 „Layla baru suap semulut! Yang lain dah suap lima mulut!“ Bentak Layla geram. Habis sudah lazania seafood yang sipesannya. Baru semulut dia merasa.Sedepa mulut muncungnya. Mereka ketawa.

 „Nak lagi ka?aku nak order satu lagi?“Layla mengeleng-gelengkan kepalanya. Tak ada mood dah nak makan! Zara hanya menjadi pemerhati. Dia kelu,tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Sungguh dia tersangat malu didalam situasi itu. Setelah sekian lama hati ini kosong,kini mula terisi. Lebih-lebih lagi apabila matanya dan mata haqimie bertentang secara tidak sengaja.

 „Zara diam jer,makanan okay tak?kalau nak apa-apa lagi,boleh order ja,“ Haqimie cuba beramah mesra.

„Eh,no thanks,ni pun dah banyak ni!“ Zara mengelengkan kepalanya. Dia senyum memandang haqimie.

 „Jual minyak pula Qimie ni,“ Sahut Zaini yang dari tadi asyik menjamah makanan. Pizza dihadapannya dicapai.

 „Zaini,kalau nak bercakap tu telan dulu makanan tu,“ Ketawa mereka bersatu. Layla yang sedari tadi masam mencuka turut ketawa.

Zara gembira. Dia tidak langsung berasa terasing jika berada diantara mereka,kumpulan juruteknik ini sememangnya sentiasa ceria. Jika dia tertekan sewaktu bekerja,pasti dia akan ke makmal budak-budak ini untuk menghiburkan hati.Dia terperasan akan renungan mata haqimie.Tidak sabar rasanya ingin berkongsi deria rasa cinta bersama Damia! Tak sia-sia hang nak tidur rumah aku malam ni Mia!

"Zara dah lama kerja bosch?"Haqimie menyoal.

"Erk! Dah dekat lima bulan,"Jawab Zara ringkas.Dia terkejut sebenarnya suaranya. Suaranya sengaja dilembutkan. Untuk tujuan memikat.

"Hari tu ke Detroit?"Haqimie menyoal lagi.

"Aah!kami berdua!"Layla menjawab. Alahai Layla !Potong trip betul kamu ni!

"Kami pergi sebab kes wrong software tu,erm,Qimie di London berapa lama?" Soal Zara kembali.

"Setahun lebih!Sudahlah,tanak travel mana-mana dah,"Haqimie mengeluh.

"Tak best ke travel?boleh tengok tempat orang,untung!"Zara membalas.

 „Qimie,apa kata kalau hang tukar tempat dengan aku,aku nak makan pun susah bila hang  dan Zara bercakap,“ Abang Joe rimas berasa ditengah-tengah mereka. Dia rasa nak makan pun tak senang.

Zara dan haqimie hanya tersengeh.Mereka terus menamatkan perbualan lalu sambung makan. Zara mengerling Layla disisinya.Mata kanan digerdipkan. Zara pula membeliakkan matanya. Mereka terus menukar cerita disambung dengan gelak tawa.

11 comments:

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!