HI SEMUA
I BUKAN PENULIS, JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH,
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading
Zara cuba memejamkan matanya.Gagal.Bayangan Daniel tidak pernah hilang.
Puas dia memujuk hatinya namun masih gagal. Air mata kembali mengalir. Dia
duduk bersandar ditepi katil. Perlahan-lahan lutut dirapatkan ke tubuh. Esak
tangisnya makin kuat. Lalu dia menyembankan mukanya dilutut. Orang tak bagi bercinta gatal nak
bercinta. Sekarang rasakan!
„Ala,dulu masa you perlukan I,I
ada ja dengan you,time tu,Riana macam mana?Ada you fikir?,“ Daniel memandang
tepat kedalam anak mata Zara.
„I tak minta apa pun,i just want
to follow you to visit her,thats all“ Zara masih memujuk.
„You don‘t know her! Nanti
bergaduh kat sana pulak,“ Suara Daniel meninggi. Zara terdiam. Otaknya gagal
berfungsi. Apa yang dia rasa,dia semakin jauh dengan lelaki itu. Perlahan-lahan
air mata mengalir. Tidak pernah sekali pun Daniel meninggikan suara
kepadanya.Hilang sifat romantik yang sering ditunjuk Daniel kepadanya hanya
semata-mata untuk mempertahankan perempuan tu!
„Kenapa you tetap nak pentingkan
dia?“ Zara menyoal tegas. Perasaan marah mula menguasai dirinya.
„Pentingkan dia?come on baby, dulu
masa I pentingkan you dari Riana,ada you fikir,apa perasaan Riana kalau Riana
tahu I buat dia macam ni?“ Daniel mula berang. Zara terdiam. Dia rasakan ibarat
batu yang besar telah terhempas jatuh diatasnya.
„You nak jumpa dia semata-mata nak
hantar minyak gamat ni saja?“Zara masih tidak mahu mengalah.
„Dia accident,jatuh moto,mesti dia
tension dapat mesej you pagi tadi,“ Daniel memandang wajah Zara.Zara terkedu.
Sakitnya hati.Allah saja yang tahu tapi apa haknya untuk melawan kata?
„Sudah,you balik rumah,tenangkan
hati,“ Daniel menoleh kebelakang dan mencapai kotak tisu yang berada ditempat
belakang kereta. Zara cuba untuk mencapai tisu tersebut namun pantas Daniel
menarik.
„Eh,tisu ni I nak lap habuk kat
strering ni,“ Daniel mengambil sehelai tisu di dalam kota yg berada diatas
ribanya dan mengelap stering keretanya. Zara merengek cuba untuk mencapai
sehelai lagi tisu untuk mengelap air mata yang sedari tadi mengalir. Daniel
menepis tangannya lembut. Zara menutup wajahnya. Dia tersenyum.Dia tahu Daniel
sedang mengusiknya. Hilang segala amarah dan kata-kata yang Daniel lemparkan.
Dia lemah. Daniel seperti mempunyai satu kuasa yang mampu menenangkan jiwanya.
„Nah,ambil tisu ni,lap mata tu,
malu orang tengok,“ Daniel memengang lembut bahu Zara. Zara mencapai tisu tanpa
menoleh kearah Daniel.
„Tengok la sini baby,“ Arah Daniel
lembut. Zara tersentak. Tisu putih yang berbentuk empat segi itu telah bertukar
bentuk menjadi sekuntum bunga ros putih.
Zara menggelengkan kepalanya berkali-kali. Air mata yang mengalir diseka
pantas. Mimpi rupanya. Entah bila masa dia terlelap pun dia tak sedar. Matanya
meliar memandang disekeliling. Sudah lama dia terperap didalam bilik hotel
itu,tiada siapa yang tahu dimana dia berada.Sengaja dia menghilangkan diri
semata-mata untuk menenangkan hati dan fikirannya yang sentiasa kusut
memikirkan Daniel. Pada mama dan ba diberitahu supaya jangan risau akan
dirinya. Dia perlukan ruang untuk mencari ketenangan.Daniel memang pandai
bermain kata. Daniel pergi meninggalkan dirinya tanpa alasan yang kukuh dan
munasabah. Bak kata orang alasan yang langsung tak masuk akal! Titisan air
hangat kembali membasahi pipi,dia mengiring lalu memeluk lututnya. ` Ya
Allah,sampai bila harus dia rasa begini?Dia sakit, hatinya luka! Dadanya bagai
dicucuk-cucuk dengan belati yang tajam. Berdarah tetapi dia tak nampak darah yang mengalir!
„You kena kuat walau apa pun yang
terjadi diantara kita,you kena ingat bahawa dalam dunia ni ada empat perkara
yang kita kena pentingkan. Pertama Allah,kedua keluarga,Ketiga masa depan dan
terakhir sekali barulah cinta, „Terngiang-ngiang kata-kata Daniel sewaktu
mereka berdua leka memandang hembusan lembut ombak kegigi pantai.
Azan subuh berkumandang.
„Astarfirluallahalazim..,“ Ucap
Zara sambil mengusap mukanya. Sekali lagi air matanya mengalir. Sayu
hatinya.Sebak. Sudah lama dia tidak sujud kepada Allah. Dia lalai. Hanyut dalam
diri sendiri. Dia terlupa bahawa ada yang sentiasa menemaninya.
„Allah.“ Ucapnya perlahan.Dia bergegas bangun dan menuju kebilik air.
Usai memberi salam. Dia menadah tangan berdoa.
„Ya Allah YA Tuhanku,Ampunkanlah
dosaku,dosa kedua ibubapaku.Rahmatilah Mereka serta kasihanilah mereka
sepertimana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi. Jauhilah aku dari segala
hasutan syaitan. Jauhkan aku daripada bala dan fitnah. Ya Allah,sesungguhnya
aku telah lama hanyut dengan duniawi. Kau ampunkanlah segala dosaku Ya Allah.
Sesungguhnya aku tidak layak untuk menerima pengampunan dari-MU. Kau berikan
lah aku ketenangan dan ketabahan hati Ya Allah.Sesungguhnya aku berserah
kepada-MU Ya Allah.
Zara menangis teresak-esak. Hatinya kian tenang. Beban yang selama ini
terhempap dikepalanya dirasakan ringan. Hilang segala marah dan dendam yang
selama ni berada didalam hatinya.
„Aku maafkan kau Daniel perasaan
marah dan dendam aku selama ni hilang dengan kebenaran ALLAH,“ Kyun fa ya kun..
Teringat dia dengan sebaris kata dari Aziz M.Osman didalam filem Cindralella.
Bila Allah kata jadi,Maka jadilah ia. Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu
apa yang terbaik untukku.
„Daniel,kau minta supaya aku kuat
untuk lalui hidup ini tanpa kau kan? Ya mulai hari ini,aku adalah Zara. Nur
Zara yang baru,“ Zara nekad. Mulai dari hari ini. Dia tidak akan lagi menangis
kerana cinta. Dia tidak akan lagi menatap.Merayu supaya Daniel kembali
kepadanya.
Matanya melirik ke jam tangan yang dipakainya. Baru 6.30 pagi. Masih awal
lagi untuk dia kembali ke hotel. Dia mencapai Yasin disebelah nya dan membuka.
„Bismillahirahmanirahim....Yassin...,“

Wuaaa!!! Bersambung lg ka? Dah tak sabaq ni.. nak tunggu episod seterusnya!! Good job babe
ReplyDeleteyuppppp will be up soon
DeleteApa tajuk novel ni?
ReplyDeletebelom ada tajuk hahaha tapi dah ada ending
DeleteNice write up. Semoga zara beroleh kebahagiaan hidup yang dicari.
ReplyDeletezara pun tak tahu apa zara mau
DeleteNanti letak la tajuk novel ni ya hehehe . Akk pon nak tahu jugak apa tajuknya..
ReplyDeletebaikkkk..masih tgh fikir apa tajuknya heehhe
DeleteHmm.....I don’t know what to comment since I x baca the first chapter and prologue. Btw, “ditepi katil” tu sepatutnya “Di tepi katil” ya. However, good try.......
ReplyDeleteits ok... thanks for correcting me.
Deleteim not a writer and not trying to be pun..
this just a story that keep coming to my mind and i wanna share ..
i wrote it like 9 years ago, lol
Gigih i baca.. Best pulak.. Hehebe.. Lama tak baca novel ni.. Bila ade pendek2 mmc ni.. Ayok pulak
ReplyDeletemy bab mmg sikit2 sis.. ala2 fanfic gituuu ..hehe thanks sbb baca :)
DeleteBe strong Zara. All the best to Zara in all her upcomings. (keep it coming for more stories) Nak tau apa terjadi pada Zara
ReplyDeleteBest pulak baca nih..hahaha..tak sabar nak baca next episod and nanti beritahu la tajuk dia. Boleh buat drama lak nnt..hehe
ReplyDeleteBest pulak baca short novel mcmni siap ada cerita tergantung ni bagi suspen je.. We want more! Haha
ReplyDeleteGood job. Bukan senang nak kerah idea karang cerita. Lagi2 banyak bab ni. Praktis make u perfect
ReplyDeleteAlamak, nak kena follow la baca ni. Ada berapa bab? Hahaha. Masa zaman sekolah ada buat novel dan cerpen. Bila baca balik, cliché je story line dengan drama tv. Kahkahkah.
ReplyDeleterasanya ni pun mcm akan jadi clichee jgk sbb culture kita tak leh nak pusing2 ceritaaa.. nanti org cepat judging .. hehehe ....
Deletethanks sbb sudi baca tau...
Betul lah apa Daniel cakap dalam mimpi tu ataupun just sub-concious Zara sebenarnya. Tak fikir pulak apa Riana fikir bila dapat text tu hshshs great Zara dah berubah and move on
ReplyDeletesusah zara nak move on ni sbb daniel yg ajar zara cara utk bercinta tapi time tu zara tau..daniel ada gf.. daniel hadir time zara kecewa dgn first love.. alamakk i bg spoiler plak
Deletewah.. dah lama tak baca novel.. bila baca novel ni rasa nak sambung baca novel je.. good job atie .. terbaik
ReplyDelete