Friday, July 24, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 2---

HI SEMUA
I BUKAN PENULIS, JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH, 
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading

Zara cuba memejamkan matanya.Gagal.Bayangan Daniel tidak pernah hilang. Puas dia memujuk hatinya namun masih gagal. Air mata kembali mengalir. Dia duduk bersandar ditepi katil. Perlahan-lahan lutut dirapatkan ke tubuh. Esak tangisnya makin kuat. Lalu dia menyembankan mukanya dilutut. Orang tak bagi bercinta gatal nak bercinta. Sekarang rasakan!

 „Ala,dulu masa you perlukan I,I ada ja dengan you,time tu,Riana macam mana?Ada you fikir?,“ Daniel memandang tepat kedalam anak mata Zara.

 „I tak minta apa pun,i just want to follow you to visit her,thats all“ Zara masih memujuk.

 „You don‘t know her! Nanti bergaduh kat sana pulak,“ Suara Daniel meninggi. Zara terdiam. Otaknya gagal berfungsi. Apa yang dia rasa,dia semakin jauh dengan lelaki itu. Perlahan-lahan air mata mengalir. Tidak pernah sekali pun Daniel meninggikan suara kepadanya.Hilang sifat romantik yang sering ditunjuk Daniel kepadanya hanya semata-mata untuk mempertahankan perempuan tu!

 „Kenapa you tetap nak pentingkan dia?“ Zara menyoal tegas. Perasaan marah mula menguasai dirinya.

 „Pentingkan dia?come on baby, dulu masa I pentingkan you dari Riana,ada you fikir,apa perasaan Riana kalau Riana tahu I buat dia macam ni?“ Daniel mula berang. Zara terdiam. Dia rasakan ibarat batu yang besar telah terhempas jatuh diatasnya.

 „You nak jumpa dia semata-mata nak hantar minyak gamat ni saja?“Zara masih tidak mahu mengalah.

 „Dia accident,jatuh moto,mesti dia tension dapat mesej you pagi tadi,“ Daniel memandang wajah Zara.Zara terkedu. Sakitnya hati.Allah saja yang tahu tapi apa haknya untuk melawan kata?

 „Sudah,you balik rumah,tenangkan hati,“ Daniel menoleh kebelakang dan mencapai kotak tisu yang berada ditempat belakang kereta. Zara cuba untuk mencapai tisu tersebut namun pantas Daniel menarik.

 „Eh,tisu ni I nak lap habuk kat strering ni,“ Daniel mengambil sehelai tisu di dalam kota yg berada diatas ribanya dan mengelap stering keretanya. Zara merengek cuba untuk mencapai sehelai lagi tisu untuk mengelap air mata yang sedari tadi mengalir. Daniel menepis tangannya lembut. Zara menutup wajahnya. Dia tersenyum.Dia tahu Daniel sedang mengusiknya. Hilang segala amarah dan kata-kata yang Daniel lemparkan. Dia lemah. Daniel seperti mempunyai satu kuasa yang mampu menenangkan jiwanya.

 „Nah,ambil tisu ni,lap mata tu, malu orang tengok,“ Daniel memengang lembut bahu Zara. Zara mencapai tisu tanpa menoleh kearah Daniel.

 „Tengok la sini baby,“ Arah Daniel lembut. Zara tersentak. Tisu putih yang berbentuk empat segi itu telah bertukar bentuk menjadi sekuntum bunga ros putih.

Zara menggelengkan kepalanya berkali-kali. Air mata yang mengalir diseka pantas. Mimpi rupanya. Entah bila masa dia terlelap pun dia tak sedar. Matanya meliar memandang disekeliling. Sudah lama dia terperap didalam bilik hotel itu,tiada siapa yang tahu dimana dia berada.Sengaja dia menghilangkan diri semata-mata untuk menenangkan hati dan fikirannya yang sentiasa kusut memikirkan Daniel. Pada mama dan ba diberitahu supaya jangan risau akan dirinya. Dia perlukan ruang untuk mencari ketenangan.Daniel memang pandai bermain kata. Daniel pergi meninggalkan dirinya tanpa alasan yang kukuh dan munasabah. Bak kata orang alasan yang langsung tak masuk akal! Titisan air hangat kembali membasahi pipi,dia mengiring lalu memeluk lututnya. ` Ya Allah,sampai bila harus dia rasa begini?Dia sakit, hatinya luka! Dadanya bagai dicucuk-cucuk dengan belati yang tajam. Berdarah tetapi dia tak nampak darah yang mengalir!

 „You kena kuat walau apa pun yang terjadi diantara kita,you kena ingat bahawa dalam dunia ni ada empat perkara yang kita kena pentingkan. Pertama Allah,kedua keluarga,Ketiga masa depan dan terakhir sekali barulah cinta, „Terngiang-ngiang kata-kata Daniel sewaktu mereka berdua leka memandang hembusan lembut ombak kegigi pantai.

Azan subuh berkumandang.

 „Astarfirluallahalazim..,“ Ucap Zara sambil mengusap mukanya. Sekali lagi air matanya mengalir. Sayu hatinya.Sebak. Sudah lama dia tidak sujud kepada Allah. Dia lalai. Hanyut dalam diri sendiri. Dia terlupa bahawa ada yang sentiasa menemaninya.

„Allah.“ Ucapnya perlahan.Dia bergegas bangun dan menuju kebilik air.

Usai memberi salam. Dia menadah tangan berdoa.

 „Ya Allah YA Tuhanku,Ampunkanlah dosaku,dosa kedua ibubapaku.Rahmatilah Mereka serta kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak kecil lagi. Jauhilah aku dari segala hasutan syaitan. Jauhkan aku daripada bala dan fitnah. Ya Allah,sesungguhnya aku telah lama hanyut dengan duniawi. Kau ampunkanlah segala dosaku Ya Allah. Sesungguhnya aku tidak layak untuk menerima pengampunan dari-MU. Kau berikan lah aku ketenangan dan ketabahan hati Ya Allah.Sesungguhnya aku berserah kepada-MU Ya Allah.

Zara menangis teresak-esak. Hatinya kian tenang. Beban yang selama ini terhempap dikepalanya dirasakan ringan. Hilang segala marah dan dendam yang selama ni berada didalam hatinya.

 „Aku maafkan kau Daniel perasaan marah dan dendam aku selama ni hilang dengan kebenaran ALLAH,“ Kyun fa ya kun.. Teringat dia dengan sebaris kata dari Aziz M.Osman didalam filem Cindralella. Bila Allah kata jadi,Maka jadilah ia. Sesungguhnya hanya Allah saja yang tahu apa yang terbaik untukku.

 „Daniel,kau minta supaya aku kuat untuk lalui hidup ini tanpa kau kan? Ya mulai hari ini,aku adalah Zara. Nur Zara yang baru,“ Zara nekad. Mulai dari hari ini. Dia tidak akan lagi menangis kerana cinta. Dia tidak akan lagi menatap.Merayu supaya Daniel kembali kepadanya.

Matanya melirik ke jam tangan yang dipakainya. Baru 6.30 pagi. Masih awal lagi untuk dia kembali ke hotel. Dia mencapai Yasin disebelah nya dan membuka.


 „Bismillahirahmanirahim....Yassin...,“

21 comments:

  1. Wuaaa!!! Bersambung lg ka? Dah tak sabaq ni.. nak tunggu episod seterusnya!! Good job babe

    ReplyDelete
  2. Apa tajuk novel ni?

    ReplyDelete
  3. Nice write up. Semoga zara beroleh kebahagiaan hidup yang dicari.

    ReplyDelete
  4. Nanti letak la tajuk novel ni ya hehehe . Akk pon nak tahu jugak apa tajuknya..

    ReplyDelete
  5. Hmm.....I don’t know what to comment since I x baca the first chapter and prologue. Btw, “ditepi katil” tu sepatutnya “Di tepi katil” ya. However, good try.......

    ReplyDelete
    Replies
    1. its ok... thanks for correcting me.
      im not a writer and not trying to be pun..
      this just a story that keep coming to my mind and i wanna share ..
      i wrote it like 9 years ago, lol

      Delete
  6. Gigih i baca.. Best pulak.. Hehebe.. Lama tak baca novel ni.. Bila ade pendek2 mmc ni.. Ayok pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. my bab mmg sikit2 sis.. ala2 fanfic gituuu ..hehe thanks sbb baca :)

      Delete
  7. Be strong Zara. All the best to Zara in all her upcomings. (keep it coming for more stories) Nak tau apa terjadi pada Zara

    ReplyDelete
  8. Best pulak baca nih..hahaha..tak sabar nak baca next episod and nanti beritahu la tajuk dia. Boleh buat drama lak nnt..hehe

    ReplyDelete
  9. Best pulak baca short novel mcmni siap ada cerita tergantung ni bagi suspen je.. We want more! Haha

    ReplyDelete
  10. Good job. Bukan senang nak kerah idea karang cerita. Lagi2 banyak bab ni. Praktis make u perfect

    ReplyDelete
  11. Alamak, nak kena follow la baca ni. Ada berapa bab? Hahaha. Masa zaman sekolah ada buat novel dan cerpen. Bila baca balik, cliché je story line dengan drama tv. Kahkahkah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya ni pun mcm akan jadi clichee jgk sbb culture kita tak leh nak pusing2 ceritaaa.. nanti org cepat judging .. hehehe ....
      thanks sbb sudi baca tau...

      Delete
  12. Betul lah apa Daniel cakap dalam mimpi tu ataupun just sub-concious Zara sebenarnya. Tak fikir pulak apa Riana fikir bila dapat text tu hshshs great Zara dah berubah and move on

    ReplyDelete
    Replies
    1. susah zara nak move on ni sbb daniel yg ajar zara cara utk bercinta tapi time tu zara tau..daniel ada gf.. daniel hadir time zara kecewa dgn first love.. alamakk i bg spoiler plak

      Delete
  13. wah.. dah lama tak baca novel.. bila baca novel ni rasa nak sambung baca novel je.. good job atie .. terbaik

    ReplyDelete

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!