Friday, August 28, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 6---

HI SEMUA
I BUKAN PENULIS,
 JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH, 
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading

Zara menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya.
 `Boleh pecah kepala otak aku! Zara menjerit didalam hati. Dia cuba sedaya upaya untuk belajar. Syukur kerana rakan sejawat sudi membantu. Sedang dia sibuk membalas email-email yang berkaitan dengan kerja. Masuk pula email dari budak kecik tu! Sapa lagi...
Layla : Kakakku comel!
Zara : Ada apa sayang?
Layla : Saja nak kacau!
Zara : Hampeh budak ni,syuh!!! Gi buat kerja!
Layla : Tengah buat kerja la ni,sambil-sambil tu email kakakku sayang.

Zara tersenyum,sudah dua bulan dia bekerja disini,perangai Layla yang kebudak-budakkan
menyebabkan dia jatuh sayang kepada gadis itu. Manja dia.Bukan main!

Zara : Akak banyak kerja ni.
Layla : Tak kira nak email jugak!
Zara : Tak mau reply!

Senyap! Tiada balasan email dari si budak kecil itu. Zara kembali mengadap kerja-kerja yang
tidak pernah habis. Alahai.Banyaknya kerja ni. Tiba-tiba email masuk lagi.

Layla : I love u akak!
Zara : I love you too...
Layla : Yes menang!!!!! Kak Zara reply jugak! Hahahhha...
Zara : Budak ni la! Ish...
 „Alamak meeting!!!,“ Zara bingkas bangun dan mencapai buku nota hariannya. Dia terus melangkah laju ke bilik mesyuarat berdekatan dengan pejabatnya.Dia mengambil tempat di sebelah Dalila. Sejurus ramai yang masuk memenuhi ruang bilik tersebut. Akhir sekali Ketua Jabatan Mr Ron mengambil tempat.
 „Thank you for coming,“ Mr Ron memulakan ucapannya.
„Mr Khalid,would you please proceed with the main topic?“ Mr Ron memandang Encik Khalid disebelahnya. Encik Khalid bangun sambil membelek fail-fail yang berselerak dihadapannya.
 „Assalamualaikum,good morning to everybody,“ Dia menarik nafas dalam.
„We had received an email from the customer plant in Detroit, tolf us that all JLR  model that sent to them are using Europe Navigation. So,we need to send someone to go there to change the software,“ Sambung Encik Khalid senafas. Semua didalam bilik mesyuarat itu diam.
 „As per discussion, we are going to send Zara and Layla to go there to do the re-flashing,“ Encik Khalid memandang tepat ke muka Zara.
Ambik kau,USA tu! Mati aku dah la tak pernah pergi jauh-jauh.Usah kata pergi.Kapal terbang pun aku tak pernah jejak lagi ni!
„Zara. Is it okay with you?“ Soal Mr Ron.
Mati aku nak jawab apa ni?Dia memandang Dalila disebelahnya. Boleh pula Kak Dila ni senyum. Hukhukhuk... Mama help me,tanak pergi jauh..takot!
 „When is my flight?“  Lain yang difikir, lain yang terkeluar.
 „It will be end of this month,so you need to prepare your visa and passport and don’t forget to mention this to Layla,“ Pesan Mr Ron.  What?end of this month? Lagi seminggu ja ni!
 „Who is the person in charge in Phaminton Hill?“ Soal Zara tenang.
„Miss Anne Baker who will do all the arrangement for both of you.If there are any problem,you can also be able to contact Mr Ryan. He is the one that in charge in CM,“ Terang Mr Ron. Zara mengangguk laju sambil mencatat nama-nama yang diberi didalam buku catatan hariannya.
 „Zara, lepas habis mesyuarat ni,Zara kena cepat-cepat isi borang untuk visa sebab kita dah kesuntukkan masa. Interview visa pun makan masa sehari,“ Beritahu Encik Khalid.
 „Interview dekat mana ye?“Soa Zara ingin tahu.
 „KL!,“ Memang dia kesuntukkan masa.
 „Layla dah ada visa. Last year dia dah pergi ke US untuk kes GM next gen,“ Aik.budak ni nampak ja budak-budak tapi dah pernah sampai USA tu!
 „Okay! I’ll do that as soon as possible,“ Zara membalas.
Setelah mesyuarat tamat. Zara bergegas ke FA lab untuk bertemu Layla. Doorbell ditekan. Alahai. Asyik lock ja bilik depa ni.
Pintu dibuka.Dia disambut dengan senyuman.
 „Abg Joe,Layla ada?“ Soal Zara.
 „Tu,dok tengok gambar,“ Johari menunding kearah Layla dan Amy. Dia mendekati mereka berdua.
  „Kusyukh nampak,tengok apa?“ Zara menyoal sambil mencuit pipi gebu Layla.
 „Abg Qimie,“ Jawab Layla tanpa menoleh. Zara memandang gambar `Abg Qimie‘ yang disebut Layla. Dia tergaman. Handsomenya.
„Tengok ni,dia masak nasi lemak kat sana,“ Gambar bertukar. Gambar nasi lemak itu sungguh menyelerakan. Zara menelan air liurnya. Nasi lemak yang lengkap. Ada sambal ikan bilis,timun,telur rebus.
„Sedapnya,pandainya dia masak,“ Komen Zara lancar tapi hatinya berdebar.
 „Dia bukan takat pandai masak nasi lemak,macam-macam dia pandai masak,dia stay dekat German lama tau.Masa aku kat sana,dia yang masak untuk aku,“ Terang Amy. Tangannya ligat menekan tetikus yang dipegangnya. Layla disebelah hanya mendiamkan diri. Mata Zara masih si skrin komputer Amy.
„Sekarang Abg Qimie di UK. Dia kena stanby dekat sana. Tapi dah nak balik dah.Dah setahun dia stay sana. Rindu pula kat dia,“ Tiba- tiba Layla bersuara. Sayu bunyinya.
 „Layla rapat dengan dia?“ Soal Zara.
„Mau tak rapat. Adik kesayangan. Kalau Layla ada buat hal,mesti Qimie back up dia,“ Johari mencelah.
 „Abg Qimie tinggal di Melaka,so masa mula-mula dia merantau ke Penang ni, dia sesat jalan. Kebetulan Layla di situ.Dia panggil tanya mana jalan nak ke Sungai Batu,padahal dia time tu dekat Ayer Itam,“ Layla ketawa kecil. Sejak dari itu hubungan mereka berdua menjadi rapat. Haqimie sering ke rumah Layla bertemu dengan Mama dan Papanya.
  „Layla dapat kerja sini pun,Abang Qimie yang tolong,“ Tambah Layla lagi. Rapat benar mereka berdua. Tiba–tiba Zaini datang mencelah.
 „Nah,ambik ni,potong kuku tu dah macam hantu dah!,“ Dia meletakkan ketip kuku diatas meja. Layla mencebik. Dia mengambil malas. Alahai Abg Zaini. Baru nak berlagak jadi Diva.
„Cakap apa tu? Mulut terkumat kumit. Ingat Abg tak tau?“ Zaini membebel. Layla tersengeh. Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Zara menggeleng kepala. Dengan semua budak ni manja!
 „Layla, End of this month kita kena ke Detroit,“ Beritahu Zara. Layla tersentak.
 „What?,“ Dia merenung Zara. Kemudian tersenyum. Yes!
 „Ada kes kat sana,salah software for navigation. So kita gi sana nanti untuk reflash all the software,“ Terang Zara.
Ok! No problem!“ Layla mengangguk sambil mengangkat ibu jarinya tanda best!
„Passport semua dah siap ka? Visa?“ Soal Zara lagi.
„Passport memang ada,visa dah valid for 10 years,s" Beritahu Layla.
 „Kalau macam tu,ajar Kak Zara cara nak apply Visa,“ Zara memegang lengan Layla. Layla bingkas bangun untuk keluar.
 „Kuku tu kepit dulu,“ Zaini laung dari jauh. Layla muncung. Dia mengambil ketip kuku itu dan bawa keluar menuju ke pejabat yang ditempatkan Zara.
 „Garang ye Abg Zaini tu,“ Komen Zara perlahan.
 „Ha..itu tandanya. Abg Zaini sayang Layla,dengan wife dia pun Layla rapat tau,“ Jawab Layla bangga.
 „Eh dia dah kahwin?“ Zara kehairanan.
 „Ye la..Napa Kak Zara berkenan ka? No.no.no. Kak Zara akan sesuai dengan Abg Qimie ja,“  Layla menayang giginya yang putih kepada Zara.
„Suka-suka hati ja nak padankan orang. Aku cepuk kang budak ni!“ Zara menampar lembut bahu Layla. Abang Qimie? Erk! Hatinya tersentap. Perasaan yang telah sekian lama hilang. Muncul kembali. Tapi perasaan apa ni eh? Layla disebelah tersengeh-sengeh macam kerang busuk!.

15 comments:

  1. Try hantar ke produksi penerbitan buku kak. mana tahu kut kut ada rezeki ke. Novel skang mmg masih ada market lagi kak. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no la dik... sis buat ni suka2 jaa....

      Delete
    2. hope akak berjaya jadi novelis popular dan terbaik nanti. chaiyookkk kak. :)

      Delete
  2. nice storyline.. suka baca hehe. keep it up💪🏼

    ReplyDelete
  3. Ada bakat ni. Suka baca bahasa penulisan novel tapi tak berapa minat baca novel. camne tu ek. hihi

    ReplyDelete
  4. Bagus cerpennya, aku suka??? Aku suka?? 👏👏👏

    ReplyDelete
    Replies
    1. cerpen yang panjang ! hahaha mohon baca dan comment ya :)

      Delete
  5. Okay tak sabar nak baca kisah Zara dekat USA! Pengalaman baru pergi negara orang kan

    ReplyDelete
  6. Great post love to see your post

    ReplyDelete

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!