HI SEMUA
I BUKAN PENULIS,
JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH,
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading
Zara menumpukan sepenuh perhatian kepada kerjanya.
`Boleh pecah kepala otak aku!
Zara menjerit didalam hati. Dia cuba sedaya upaya untuk belajar. Syukur kerana
rakan sejawat sudi membantu. Sedang dia sibuk membalas email-email yang
berkaitan dengan kerja. Masuk pula email dari budak kecik tu! Sapa lagi...
Layla : Kakakku comel!
Zara : Ada apa sayang?
Layla : Saja nak kacau!
Zara : Hampeh budak ni,syuh!!! Gi buat kerja!
Layla : Tengah buat kerja la
ni,sambil-sambil tu email kakakku sayang.
Zara tersenyum,sudah dua bulan dia bekerja disini,perangai Layla yang
kebudak-budakkan
menyebabkan dia jatuh sayang kepada gadis itu. Manja dia.Bukan main!
Zara : Akak banyak kerja ni.
Layla : Tak kira nak email jugak!
Zara : Tak mau reply!
Senyap! Tiada balasan email dari si budak kecil itu. Zara kembali
mengadap kerja-kerja yang
tidak pernah habis. Alahai.Banyaknya kerja ni. Tiba-tiba email masuk
lagi.
Layla : I love u akak!
Zara : I love you too...
Layla : Yes menang!!!!! Kak Zara reply jugak! Hahahhha...
Zara : Budak ni la! Ish...
„Alamak meeting!!!,“ Zara bingkas
bangun dan mencapai buku nota hariannya. Dia terus melangkah laju ke bilik
mesyuarat berdekatan dengan pejabatnya.Dia mengambil tempat di sebelah Dalila.
Sejurus ramai yang masuk memenuhi ruang bilik tersebut. Akhir sekali Ketua
Jabatan Mr Ron mengambil tempat.
„Thank you for coming,“ Mr Ron memulakan ucapannya.
„Mr Khalid,would you please proceed with the main topic?“ Mr Ron memandang Encik Khalid disebelahnya.
Encik Khalid bangun sambil membelek fail-fail yang berselerak dihadapannya.
„Assalamualaikum,good morning to
everybody,“ Dia menarik nafas dalam.
„We had received an email from
the customer plant in Detroit, tolf us that all JLR model that sent to them are using
Europe Navigation. So,we need to send someone to go there to change the software,“ Sambung Encik Khalid senafas. Semua didalam bilik mesyuarat
itu diam.
„As per discussion, we are going to send Zara and Layla to go there to do the re-flashing,“ Encik Khalid
memandang tepat ke muka Zara.
Ambik kau,USA tu! Mati aku dah la tak pernah
pergi jauh-jauh.Usah kata pergi.Kapal terbang pun aku tak pernah jejak lagi ni!
„Zara. Is it
okay with you?“ Soal Mr Ron.
Mati aku nak jawab apa
ni?Dia
memandang Dalila disebelahnya. Boleh pula Kak Dila ni senyum. Hukhukhuk... Mama help me,tanak pergi jauh..takot!
„When is my flight?“ Lain yang difikir, lain yang terkeluar.
„It will be end of this month,so
you need to prepare your visa and passport and don’t forget to mention this to Layla,“ Pesan Mr Ron. What?end of this month? Lagi seminggu ja ni!
„Who is the person in charge in
Phaminton Hill?“ Soal Zara tenang.
„Miss Anne Baker who will do
all the arrangement for both of you.If there are any problem,you can also be
able to contact Mr Ryan. He is the one that in charge in CM,“ Terang Mr Ron.
Zara mengangguk laju sambil mencatat nama-nama yang diberi didalam buku catatan
hariannya.
„Zara, lepas habis mesyuarat
ni,Zara kena cepat-cepat isi borang untuk visa sebab kita dah kesuntukkan masa.
Interview visa pun makan masa sehari,“ Beritahu Encik Khalid.
„Interview dekat mana ye?“Soa
Zara ingin tahu.
„KL!,“ Memang dia kesuntukkan
masa.
„Layla dah
ada visa. Last year dia dah pergi ke US untuk kes GM next gen,“ Aik.budak ni nampak ja budak-budak tapi dah pernah sampai USA tu!
„Okay! I’ll do that as soon as
possible,“ Zara membalas.
Setelah mesyuarat tamat. Zara bergegas ke FA lab untuk bertemu Layla.
Doorbell ditekan. Alahai. Asyik lock ja bilik depa ni.
Pintu dibuka.Dia disambut dengan senyuman.
„Abg Joe,Layla ada?“ Soal Zara.
„Tu,dok tengok gambar,“ Johari menunding
kearah Layla dan Amy. Dia mendekati mereka berdua.
„Kusyukh nampak,tengok apa?“
Zara menyoal sambil mencuit pipi gebu Layla.
„Abg Qimie,“ Jawab Layla tanpa
menoleh. Zara memandang gambar `Abg Qimie‘ yang disebut Layla. Dia tergaman. Handsomenya.
„Tengok ni,dia masak nasi lemak
kat sana,“ Gambar bertukar. Gambar nasi lemak itu sungguh menyelerakan. Zara
menelan air liurnya. Nasi lemak yang lengkap. Ada sambal ikan bilis,timun,telur
rebus.
„Sedapnya,pandainya dia masak,“
Komen Zara lancar tapi hatinya berdebar.
„Dia bukan takat pandai masak
nasi lemak,macam-macam dia pandai masak,dia stay dekat German lama tau.Masa aku
kat sana,dia yang masak untuk aku,“ Terang Amy. Tangannya ligat menekan tetikus
yang dipegangnya. Layla disebelah hanya mendiamkan diri. Mata Zara masih si skrin
komputer Amy.
„Sekarang Abg Qimie di UK. Dia
kena stanby dekat sana. Tapi dah nak balik dah.Dah setahun dia stay sana. Rindu
pula kat dia,“ Tiba- tiba Layla bersuara. Sayu bunyinya.
„Layla rapat dengan dia?“ Soal
Zara.
„Mau tak rapat. Adik kesayangan.
Kalau Layla ada buat hal,mesti Qimie back up dia,“ Johari mencelah.
„Abg Qimie tinggal di Melaka,so
masa mula-mula dia merantau ke Penang ni, dia sesat jalan. Kebetulan Layla di situ.Dia panggil tanya mana jalan nak ke Sungai
Batu,padahal dia time tu dekat Ayer Itam,“ Layla ketawa kecil. Sejak dari itu
hubungan mereka berdua menjadi rapat. Haqimie sering ke rumah Layla bertemu
dengan Mama dan Papanya.
„Layla dapat kerja sini
pun,Abang Qimie yang tolong,“ Tambah Layla lagi. Rapat benar mereka berdua.
Tiba–tiba Zaini datang mencelah.
„Nah,ambik ni,potong kuku tu dah
macam hantu dah!,“ Dia meletakkan ketip kuku diatas meja. Layla mencebik. Dia mengambil
malas. Alahai Abg Zaini. Baru nak berlagak jadi
Diva.
„Cakap apa tu? Mulut terkumat
kumit. Ingat Abg tak tau?“ Zaini membebel. Layla tersengeh. Dia mengaru
kepalanya yang tidak gatal. Zara menggeleng kepala. Dengan semua budak ni
manja!
„Layla, End of this month kita
kena ke Detroit,“ Beritahu Zara. Layla tersentak.
„What?,“ Dia merenung Zara.
Kemudian tersenyum. Yes!
„Ada kes kat sana,salah software
for navigation. So kita gi sana nanti untuk reflash all the software,“ Terang
Zara.
Ok! No problem!“ Layla mengangguk sambil mengangkat ibu jarinya tanda
best!
„Passport semua dah siap ka?
Visa?“ Soal Zara lagi.
„Passport memang ada,visa dah valid for 10 years,s" Beritahu Layla.
„Kalau macam tu,ajar Kak Zara
cara nak apply Visa,“ Zara memegang lengan Layla. Layla
bingkas bangun untuk keluar.
„Kuku tu kepit dulu,“ Zaini laung
dari jauh. Layla muncung. Dia mengambil ketip kuku itu dan bawa keluar menuju
ke pejabat yang ditempatkan Zara.
„Garang ye Abg Zaini tu,“ Komen
Zara perlahan.
„Ha..itu tandanya. Abg Zaini
sayang Layla,dengan wife dia pun Layla rapat tau,“ Jawab Layla bangga.
„Eh dia dah kahwin?“ Zara
kehairanan.
„Ye la..Napa Kak Zara berkenan
ka? No.no.no. Kak Zara akan sesuai dengan Abg Qimie ja,“ Layla menayang giginya yang putih kepada
Zara.
„Suka-suka hati ja nak padankan orang. Aku
cepuk kang budak ni!“ Zara menampar lembut bahu Layla. Abang Qimie? Erk! Hatinya
tersentap. Perasaan yang telah sekian lama hilang. Muncul kembali. Tapi perasaan apa ni eh? Layla
disebelah tersengeh-sengeh macam kerang busuk!.

novel ke menarik kisahnya
ReplyDeleteaah.. hopefully sudi baca :)
DeleteTry hantar ke produksi penerbitan buku kak. mana tahu kut kut ada rezeki ke. Novel skang mmg masih ada market lagi kak. :)
ReplyDeleteno la dik... sis buat ni suka2 jaa....
Deletehope akak berjaya jadi novelis popular dan terbaik nanti. chaiyookkk kak. :)
Deletenice storyline.. suka baca hehe. keep it up💪🏼
ReplyDeletethanks!!!!!! keep reading hehe
DeleteAda bakat ni. Suka baca bahasa penulisan novel tapi tak berapa minat baca novel. camne tu ek. hihi
ReplyDeletehahaha tak pe.. paham hehe
DeleteBagus cerpennya, aku suka??? Aku suka?? 👏👏👏
ReplyDeletecerpen yang panjang ! hahaha mohon baca dan comment ya :)
DeleteOkay tak sabar nak baca kisah Zara dekat USA! Pengalaman baru pergi negara orang kan
ReplyDeletehahahaha..... tak byk pun yg jadi in this trip
DeleteGreat post love to see your post
ReplyDeletethanks
Delete