Friday, September 25, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 11---


HI SEMUA
I BUKAN PENULIS, JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH, 
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading

Setelah mengucapkan terima kasih kepada Zack. Mereka berdua berjalan masuk ke dalam bilik hotel yang telah siap ditempah oleh pihak Robert Bosch. Hotel Hilton Garden Inn adalah hotel 3 star di Bandar Detroit tetapi kalau hendak dibandingkan dengan Hotel di Malaysia. Hotel ini boleh dikira bertaraf five star dah. Sangat cantik dan selesa. Terdapat dua katil king size didalam bilik itu,sebuah television LCD,bilik air,telefon,almari dan meja tulis. Perfect! Siap dengan heater,peti sejuk dan juga microwave!
„Wow,cantiknya bilik ni,Layla tinggal hotel ni jugak ke masa datang hari tu?“ Zara membuka pintu bilik air.
 „Wow,bath tub!,“ Dia membuka air disingki bilik mandi. Perh! Sejuk cam ais!! Dibeleknya pula hair blow yang tersangkut ditepi dinding bilik air itu. Lengkap. Siap losyen,sabun mandi dan bermacam lagi. Setelah puas membelek bilik air dia beralih pula ke almari baju yang terletak dihadapannya.Dibukak almari itu lalu mengambil penyangkut dan mula menyusun baju.
„Kak Zara,nak make call boleh?“Layla bersuara setelah lama mendiamkan diri. Zara melangkah ke beg laptop lalu dibukaknya. `Nasib baik boleh call guna laptop,‘Setelah memastikan talian dari ke Malaysia berdering, headphone bertukar tangan. Perhikmatan telefon sememangnya disediakan oleh pihak kilang supaya senang untuk mereka berhubung dengan pelanggan dari luar dan dalam negara. Zara melemparkan tubuhnya yang langsing itu di atas katil yang empuk. `Sedapnya baring.‘ Dia menoleh memandang Layla yang sedang bergayut.Sesekali kedengaran tawanya memecah kesunyian. Fikiran Zara melayang ke Malaysia.
 „Lepas praktikal ni,I nak kerja sini sampai hujung tahun,kumpul duit banyak-banyak,lepas tu nak fly stay Japan for three months,“ Beritahu Zara sambil memandang Daniel yang sedang membisu disebelahnya.
 „Do you hear me honey?“ Zara menggoncang lembut bahu Daniel. `Senyap ja mamat ni!`
 „Ada apa ayang?“ Zara tersentak. Ayang? Zara menahan sebak.Dia tahu fikiran Daniel pasti untuk Riana kini.
 „Nothing,“ Zara memaniskan wajahnya. Dia tersenyum.Sumbing.Kosong senyumannya itu.
 „You cakap apa tadi?“ Daniel memujuk. Dia tahu dia tersalah panggilan sebentar tadi. Pasti Zara ingat dia tengah ingatkan Riana.Tapi sebenarnya dia sedang teringatkan Shareen. Zara bangun sambil memperbetulkan rambutnya yang kusut akibat angin yang kuat dipantai pada hari itu. Playboy gila!
 „I cakap,i love you so much,“ Zara tersenyum. Dia memujuk luka dihatinya.
„love you too sayang,“ Balas Daniel sambil tersenyum. Terselah lesung pipit kegilaan Zara diwajahnya.
„You cakap apa tadi?“ Soal Daniel lagi. Dia tidak mahu mengalah.
 „I nak ke Japan hujung tahun ni,I nak cari pengalaman disana,“Zara melemparkan pandangannya kehadapan. Ombak laut yang menghembus ke gigi air membuatkan dia berasa sangat tenang.
 „Serius?tapi kenapa?“ Daniel tersentak. Dia memandang tepat ke anak mata Zara.
 „You cakap apa ni? You nak tinggalkan I?kenapa?dah jemu hidup dengan I?“ Soal Daniel bertalu-talu. Zara tersenyum memandangnya. Dia mendongak ke langit.
 „You,tengok bintang tu,langit luas ja malam ni,tapi you perasan tak cuma ada tiga saja bintang,“
Daniel turut mendongak. Dia menanti butir patah yang bakal dikeluarkan Zara lagi.
 „Ada tiga bintang,means triangle love. Dua bintang tu dekat ja.It means you and me. Yang jauh tu macam madu lebah la,kan you kan?“ Zara tergelak kecil. Daniel memandangnya sambil tersenyum.
Kacau la madu lebah tu,suruh dia pergi jauh-jauh boleh tak?luas lagi tau langit ni,“ Daniel bersuara. Bebalan itu membuatkan Zara tersentuh. `Moga jodoh milik kita‘ Rintih hatinya. Dalam masa yang sama dia turut terpandang satu lagi bintang yang sesembunyi disebalik awan.
„You tengok tu,ada bintang lagi satu la. Dah jadi square love ni,bukan cerita kita la nampaknya,“ Zara menunding jarinya ke arah bintang  yang dimaksudkan. Daniel terpaku.
`Zara,bintang yang tersembunyi itulah kau,‘Daniel memandang wajah lembut Zara. Mata Zara yang bulat menambat hatinya.
„Yang tersembunyi itu I rasanya,“Zara bersuara dengan tiba-tiba. Daniel kehairanan. `Senangnya dia baca hati aku,‘
„Lepas ni,I tengok kebahagiaan you dari jauh,“ Air bertakung dikelopak matanya.
 „Kenapa cakap macam tu?You nak tinggai I?“ Soal Daniel tenang. Dia sendiri keliru dengan perasaannya.
 „Kalau I p jauh dari you,bukan makna jemu,benci,menyampah,“ Kata Zara perlahan.
„Habis tu meluat?“Celah Daniel.Tangan dia merangkul kemas bahu Zara.
 „Ish you ni,main-main pulak,“ Zara mencubit lengan Daniel dan dia mengadu kesakitan sambil menggosok.
„I tak sanggup tengok you bahagia dengan perempuan lain,I sendiri tak mahu jadi tamak sebab I tahu,you bukan milik I,“ Air mata mengalir perlahan. Daniel menarik Zara kedadanya.Dia memeluk erat bahu Zara.
 „You jadi milik I seorang boleh?“Ucap Daniel.
 „Mana boleh,kalau I jadi milik you seorang,you pun kena jadi milik I seorang juga,“ Zara mencubit pipi Daniel sehingga merah. Daniel memeluk Zara erat seperti tiada siapa mampu memisahkan mereka.
 „Kak Zara..Kak Zara,“ Sayup kedengaran suara Layla. Sementara itu perlahan-lahan bayangan Daniel lenyap dipandangan matanya. Kelopak matanya dibuka,wajah Layla muncul diruang mata. Dia tersenyum.
 „Kak Zara tertidur tadi,kalau ya pun,p la mandi dulu,dah 24 jam tau kak Zara tak mandi,nanti deman,cuaca sejuk!“ Bebel Layla. Dia bangun lalu menyarung jaket merah yang menjadi kegemarannya.
 „Nak pi mana?“Zara bangun dan duduk di hujung katil. Dia menyisir rambutnya yang paras bahu itu kebelakang dengan kedua-dua belah tangannya.

„Jumpa Zack kejap kat bawah,“ Beritahu Layla lalu dia melangkah keluar. Zara memandang pintu bilik yang sedang tertutup perlahan. Daniel! Keluhnya. Dia bingkas mmenuju kebilik air. Air panas yang dinikmatinya didalam tab mandi tersangatlah nyaman membuatkan dia tenang. Itulah cara dia untuk memanjakan dirinya.

Thursday, September 24, 2020

Giveaway Selamat Tinggal Moratorium by Ct Cheery!


Join another GA from Ct Cheery
Syarat pun senang saja :)
Hadiah pun sangat menarik ni!!!
Jom la kita sama2 memeriah kan GA ni

 Click the banner to join  



Duit Moratorium for last month ni kan , disebabkan i ingat last dia adalah August, Jadi dah selamat bayar duit kereta, LOL then baru dapat tahu, rupanya Last September, kalau tak, nak buat beli tv baru.. tapi tak kesampaian, huhuhuhuhuhu


Hadiah utk pemenang

1) Sabun Pasti Mantop (5L) X 2 pemenang

2) Hadiah saguhati X 3 Peserta

3) Review Entry khas X 5 peserta

4) Bloglist October X 10 blogger

** Admin berhak menukar hadiah Giveaway

Free shipping dan COD Semenanjung  Malaysia. 

Good luck pada yang join :)

Wednesday, September 23, 2020

Segmen 24 Jam Bloglist #38 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Oktober, November dan Disember 2020 di Mialiana.com bermula pada 11.00 pagi 23/9/2020 sehingga 11.00 pagi 24/9/2020. Semua blogger dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com / Like Fanpage Mialiana.com / Follow Instagram @mialiana (mana-mana yang ada)
  2. Buat entri bertajuk Segmen 24 Jam Bloglist #38 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI

10 blog yang bertuah akan dipilih secara manual dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 September 2020.

** jom support Mia Liana....

Monday, September 21, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 10---


HI SEMUA
I BUKAN PENULIS, JUST SHARING NOVEL YG DITULIS 9 TAHUN LALU,
pengunaan ayat dan tatabahasa mmg SALAH, 
enjoy2 jer ni, gpon im on technical field so my words will be in technical way somehow )
thank you for reading



Urat telinga bagaikan hendak tercabut rasanya.Dia menakup kedua-dua belah telinganya.Air mata terasa seperti hendak mengalir.Dia menoleh memandang sikecil molek disebelah yang sedang nyenyak tidur.

 `Budak ni,kalau kapal terbang nak terhempas pun belom tentu dia sedar!‘Ngomel hatinya.Dia membengkokkan tubuh lalu memeluk lututnya. Kesakitan yang dirasai semakin berkurangan.

 „Attention to all passanger,we are going to land at Detroit at 11.30 a.m, Detroit time. Please put on your seat belt,“ Suara co-pilot kedengaran melalui corong pembesar suara. Semua penumpang mengambil tempat masing-masing lalu memakai tali pinggang ditempat sendiri. Zara menepuk lembut pipi Layla yang sedang nyenyak tidur setelah dia siap memasang tali pinggangnya.
 „Cik adik,bangun kita dah sampai Detroit ni,“ Layla menguak sedikit. Namum matanya masih rapat terpejam. Ish la sleeping beauty ni!
 „Bangun la,“ Pipi Layla dicubit lembut. Akhirnya mata yang rapat terpejam terbuka perlahan. Layla tersentak. Dia bangun mengejut.
 „Kita kat mana ni kak Zara?tadi bukan mama ada dengan kita ka?“ Layla memandang sayu wajah dihadapannnya,
 „Kita dah 15 jam atas flight ni sayang oi,bila masa yang mama ada dengan kita?“Zara masih menakup telingannya. Aduh,lambatnya nak mendarat ni.
  „La,yaka..maknanya tadi. I was dreaming?“ Soal Layla bingung. Dia memandang Zara yang sedang menahan kesakitan.
 „Sakit lagi ke akak?“ Soal Layla sambil menyentuh lembuh bahu Zara.Kelihatan air mata Zara bertakung. Ish,sakit sangat ni,tapi aku tak pula rasa sakit macam tu,‘
Zara memejamkan matanya. Dia berdoa semoga kesakitan ini berlalu secepat mungkin. Setiap kali kapal terbang mendarat pasti kesakitan itu akan dirasainya.
 „Sakit macam dekat Narita tadi?“ Soal Layla lagi. Dia mengerutkan dahinya. Dia kehairanan.Kenapa dia tidak pernah mengalami sakit yang seperti itu,semasa mendarat di Narita pun Zara alami sakit yang sebegini. Dia memandang Zara dengan penuh rasa simpati. Moga-moga sakitnya cepat-cepat berkurangan. Doa hatinya. Setelah selamat mendarat,wajah kerut Zara kian tenang.Pasti kesakitan tadi telah beransur pergi. Zara menoleh memandang Layla yang tajam merenung kearahnya. Dia tersenyum.
 „Alhamdulillah,hilang.Macam nak pecah rasanya telinga ni tadi,“ Zara bersuara. Layla di sebelah memandangnya dengan penuh rasa simpati.
 „Layla tak pernah pun sakit macam tu,“ Layla meluah sayu.
 „Ish budak ni.bersyukurlah yang kamu tak sakit,ini tak macam mintak-mintak ja sakit tu,“ Zara mengecilkan matanya. `Layla..Layla...‘
 „Bukan macam tu,Layla kesian tengok Kak Zara tadi,“
 „Dah ok dah ni,relaks k,“Zara tersenyum. Dia membuka tali pinggang yang dipakainya lalu bingkas bangun untuk mengambil beg yang terletak diatas tempat duduk mereka.
Setelah memastikan kesemua beg dia ambil di kaunter check out. Mereka berdua beriringan keluar dari situ. Dari jauh kelihatan seorang lelaki berbadan besar berjambang melambai-lambai kearah mereka berdua. Zara kebingung. `Kenal ke?‘ Layla melonjak keriangan. Dia membalas lambaian itu lalu berlari kecil menuju ke arah lelaki tadi. Dia memeluk lelaki itu erat. Mereka berbual-bual seketika.Zara mendekati mereka sambil tersenyum.
 „Zack,this is my friend that i told,,actually she is my engineer,“ Layla memperkenalkan mereka.
„And Kak Zara this is Zack,“ Mereka berdua berjabat tangan. Zack tersenyum.
 „Yeah, I agreed with you,she is really beautiful,but you still win in the first prize honey,“ Ucap Zack sambil tersenyum. Zara turut ketawa kecil. ` Orang tua ni pun pandai melawak jugak,depan-depan pula tuh,hampeh!‘
 „Come on Zara,Layla,i’ll send both of you to the hotel,“ Zack mengambil alih trolly yang dipegang Zara dan ditolaknya mendahului mereka.
 „Dia baik tau,dah jadi macam penjaga Layla dekat sini,tapi tak pernah pun pergi rumah dia banyak anjing!Takot!!!,“ Layla membuat gaya geli sambil memeluk tubuhnya. Kesejukkan makin terasa,Zara mengeluarkan selendang yang dibawaknya didalam beg galas lalu memlilit lehernya. Perkara yang sama dibuat oleh Layla. 

Sunday, September 20, 2020

Handsome Siblings

After i watched THE UNTAMED
i started to look around drama that having two males main characters,
 i avoided myself from watching BG/love story.My empty heart can not handle it. 
& Netflix was being so nice by started to promoted HANDSOME SIBLINGS.

I found out that,this is actually a remake from The Proud Twins

Handsome Siblings (2020) poster 


  • Drama: Handsome Siblings
  • Country: China
  • Episodes: 44
  • Aired: Jan 16, 2020 - Feb 7, 2020
  • Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
  • Original Network: iQiyiiQiyiNetflixNetflixNetflixNetflix
  • Duration: 46 min.
  • Content Rating: 13+ - Teens 13 or older


Thoughts :

For the first 10 episodes it was so boring since they are introducing all the characters. Too many characters and it made me dizzy and i wanted to drop it. But since i have nothing to watch at the moment, so, i forced myself to finished this drama. For that 10 episodes it took me a month to watched it. I really need to boots up my mood to starts watching it. 
THEN!!! the hyped started at episode 11 where they are already revealed the real villain.
From episode 11 till 44, i took 4 days to settled it and since i watched this drama using my phone. I literally threw this phone couple of times because i cant handle the heartache and i yelled few times
 " IS THIS AN INDONESIAN SINETRON???? "
Because of Xiao Yu Er is raised by the 10 great villain from The Villain Village. He is a prankster and nobody trust him. He knows who the real villain are but nobody trust him,he knew there is no point for him to tell the truth to reveal it. He tried his best to open the villagers eyes to noticed what was the villain did. Sadly, since he was a kid, he have been told by someone that his parents was killed by a individual. But Xiao Yu Er has a very good heart and he don't even think about getting any revenge. He just want to enjoy his life to the fullest. He was asked by the 10 great villain to starts a journey out from the village and be the best/the famous villain in the era. Through out his journey, he finally meet up with his twins brother yet he don't even know it and they suppose to kill each other but they end up being a very good friend. His twins brother is very good at martial arts but not Xiao Yu Er. Knowing that he do not good in martial arts, he need a very trick to not be killed. 
And the end, its all happened because of love. Love makes your crazy huh! 
I love the ending. I love how she ( the one that set up all the agenda for this twins to kill each other ) got what she deserved. And the ending is very reality. Overall i totally love it.

Handsome Siblings (2020)Handsome Siblings (2020)
Handsome Siblings (2020)Handsome Siblings (2020)

Plot : 

The story of twin brothers who separated at birth but grew up to be supreme martial artists. Raised to take revenge on each other they soon find themselves becoming good friends. Together they vow to take the martial arts world by storm and search for their true identities.



  • Drama: Handsome Siblings
  • Country: China
  • Episodes: 44
  • Aired: Jan 16, 2020 - Feb 7, 2020
  • Aired On: Monday, Tuesday, Wednesday, Thursday, Friday, Saturday, Sunday
  • Original Network: iQiyiiQiyiNetflixNetflixNetflixNetflix
  • Duration: 46 min.
  • Content Rating: 13+ - Teens 13 or older

Cast :


thank you for reading.