Monday, January 18, 2021

Gudang Kubur

Dah lama tak tengok cita hantu kan, so tiba tiba jumpa cita Gudang Kubur.
Pelakon dia nampak promising.


PengedarMetrowealth Movies Production
Mula ditayangkan
12 Februari 2015
Tempoh tayangan
87 Minit
NegaraMalaysia Malaysia

PLOT

Filem Gudang Kubur mengisahkan pasangan suami isteri Anwar dan Zarra yang mengalami pelbagai kejadian mistik selepas membeli sebuah gudang untuk perniagaan jubinnya. Anuar, seorang tauke gudang tidak menyangka dia menjalankan perniagaan di atas tanah kubur. Mereka tidak menduga bahawa gudang tersebut menyembunyikan satu rahsia sehingga menimbulkan konflik dalam rumah tangga. Kehadiran pasangan ini juga tidak disenangi ‘sesuatu’ yang sekian lama mendiami gudang kosong itu. Mereka mula mengalami pelbagai gangguan mistik yang akhirnya mengakibatkan rumah tangga mereka goyah.

MY THOUGHTS

Too much jump scare, bila ada hantu saja, terus sound on. Masa tengok cita ni, i terus cakap, cita Indo cliche dgn darah, but malay too much sound sampai rasa annoying gila. Even hantu dia seram ( sebab make up pucat and not blood ) tapi macam try hard nak bagi orang terkejut. Dari hantu seram jadi tak seram. Plot menimbulkan konflik dalam rumah tangga tu macam tak kena, sebab hakikatnya si isteri tu yang degil, tengah malam ke gudang untuk habiskan kerja kerja yang ada. Paper work saja kot, bawa la balik rumah buat, tak make sense kalau suami dah balik then kau sorang sorang ke gudang yang penuh dengan lelaki untuk habis kan kerja. Kat situ pun nampak merepek betul cerita ni. Story line dia best like kenapa adanya hantu dekat situ tapi sometimes i rasa skirp cita melayu ni macam tak link, tak sharp, banyak dolak dalih and tak real. Overall one time watch is enough. 

CAST
Thank you for reading!

38 comments:

  1. Terpaksa diakui juga beberapa kelemahan filem kita.

    ReplyDelete
  2. oh lama dh ye gudang kubur ni 2015..mcm tk prasan plak promo nya..tp btul la cite hantu melayu ni kalo bab sound tu over skit hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah tahu pun ada filem ini... tahun 2015 lak tu

    ReplyDelete
  4. semua cita seram gitu. Aien pun tak suka cerita seram tapi dua yg sentiasa di hati. Pontianak Harum Sundal Malam dengan Kekasihku Seru. best!

    ReplyDelete
  5. Cerita melayu ada kalanya tak logik. Saya suka lakonan Faizal Hussien. :)

    ReplyDelete
  6. Aduh apa ke pelik nak duduk gudang malam2 kan ahaha

    ReplyDelete
  7. Hantu dia Atikah Suhaime ke? cliche cerita hantu di Malaysia. Banyak habis masa untuk scene suspen tu je la kot. kiranya gangguan mistik tu tak link dengan konflik rumahtangga dorang camtu eh. tak pernah tengok cerita ni. tapi seram gak kalau gudang tu sendiri dah dibina atas tanah perkuburan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak link pun.. tak goyang pun rumah tangga diorg and tadak menda pun sighhhh tapi itu la... atas tanah perkuburan tu mcm more like org tanam mayat bukan rasmi

      Delete
  8. dah tgk ceta ni tp lupa plak endingnya mcm mana.. hahaha

    ReplyDelete
  9. hahahahaha u betul2 marah ni. Kalau I pun dah tak jadi seram dah sebab asyik kutuk je kebanyakan scene

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpaa.. too much sound rasa mcm menyampah gila

      Delete
  10. filem melayu gitulah. time promo bukan main cakap kisah lain daripada yg lain hakikatnya tak gempak mana pun.
    sayangla pelakon dah best, jalan cerita ke laut. kirim salam je lah..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelakon best, sbb tu org tgk kot..tapi story flow mcm apa laaaaaa diorg nak buat ni

      Delete
  11. baca sinopsis. seram..sekali baca review atie, nak gelak sbb tak puas hati..haha..citer melayu cam tu la..mmg x puas hati sbb pengarah try hard nak bagi seram..tapi agak2 la nak bagi seram pun biar lah logik dengan penceritaan. macam atie ckp wife dia malam2 pi ke gudang nak setelkan kerja, ko dah kenapa?kalau dalam real life, mmg tak ada nya kita nak buat cam tu..tmbh2 dh tau tempat kerja scary..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak logick kan kak fiez klu kita sbgai pompuan nak pergi gudang memalam habis kan kerja dgn smua pekerja lelaki ... sngt tak logic

      Delete
  12. Bila try hard sangat terus jadi menganggu..
    Filem/drama Melayu ini selalu masalah dekat sound..
    Sama ada terlalu kuat mengganggu pertuturan atau terlalu perlahan sampai tak dengar walaupun buka volume kuat.. huhuhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul! itu atie setuju... bila ckp senyap..then bila hantu dtg..terus sound utk jump scare tapi tak seram mana pun

      Delete
  13. Pernah tengok.. sebab minat Nora Danish.. hehe .
    Sy pub tengok sekali aje.. nak tahu ada apa di sebalik keseraman tu.. jarang tgk cite gini berukang kali.. kecuali kalau cerita misteri

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha jalan eh tgk cerita berulang kali? i suka klu cita tu best

      Delete
  14. I got scared by looking at the cover

    ReplyDelete
  15. Citer hantu mmg fav kak shida la..cuma kalau jenis yg suka babak dlm gelap mmg spoil!

    ReplyDelete
  16. seram2 ni nda mau la huhu takut terbawa mimpi, sudahla dekat sorang2 :(

    ReplyDelete
  17. Tak dan nak kejor cter2 zaman loning

    ReplyDelete
  18. Biasa macam tu la.. part dialog suara dia tak kuat mana pun. Sekali part suspen, part hantu nak kuar, part jumpscare mesti tiberrr je bunyi dia kuat. Sedangkan tak seram pun actually.. orang dok terkejut ngan bunyi jaaaa.. Huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan??? tatau kenapa mcm ni... kita punya penulis skrip ka problem or editor ka problem?

      Delete

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!