Zara melemparkan tubuhnya diatas katil yang empuk itu.Sekali lagi Hotel Garden Inn menjadi pilihan.Sengaja Zara memilih tinggal disitu kerana dia rindu akan biskut yang selalu pihak hotel sediakan pada lewat pukul 3 petang.
Biliknya dan Haqimi lebih kurang selang lima bilik,jadi agak jauh juga sempadan mereka.
Zara mengucap syukur kepada Allah S.W.T kerena sekali lagi dia diberi kesempatan untuk kesini. Selang tiga bulan sahaja dia kembali kesini.Kali ni musim luruh pula.Sewaktu dalam perjalanan ke hotel dengan menaiki kereta sewa yang disewa oleh haqimie di Hertz,dia begitu teruja dengan cuaca yang dicipta oleh Allah. Sunnguh cantik dan indah. Daun-daun yang kemerahan hanya menunggu masa untuk luruh.
Tut..tut..Telefon dimeja berdering.Zara bangun ketepi katil dan mengangkat gangga malas.
"Hello,"Sapa Zara.
"lapar tak?"Suara haqimie terdengar dicorong sebelah sana.Zara mengeluh. Tak boleh nak senang sikit!
"Lapar,tapi mengantok"Jawab Zara.
"Pentingkan makan ke tidur?"Soal haqimie tegas.
"Tidur!"Klik!Ganggang telefon diletakkan.Zara ketawa kecil.Padan muka,ingat dia bos ka yang nak kena ikut cakap dia?
Zara bermalas jalan ke bilik air.Dia membersihkan dirinya.Air panas yang membasahi tubuh badannya amat menyegarkan. Tiba-tibe pintu biliknya diketuk.Zara membuka sedikit sambil melindungi darinya yang hanya bertuala.Muncul wajah yang menjadi idaman setiap gadis di Rober Bosch Malaysia termasuk dirinya.Sekali lagi perasaannya menjadi keliru.
"Buat apa?"Soal haqimie tegas.
"Taulah dah sampai negara orang putih,tapi kita orang islam walau dimana sekali pun! Tak reti nak bagi salam?"Marah Zara.
"Oh!Assalamualaikum,"Haqimie memberi salam.
„Walaikumusssalam,ada apa wahai tuan putera?“Zara masih lagi bersembunyi disebalik pintu.
„Saya tak masuklah bilik budak perempuan,yang awak sembunyikan badan awak tu kenapa?macamlah cantik sangat!“ Wah..wah. lasernya mulut si Haqimie ni.Zara berang.
„Nak penumbuk atau penampar?cakap tentang badan orang pula.Yang datang ketuk pintu bilik anak dara orang ni kenapa?“ Soal Zara garang. Macam biasalah Zara kalau marah matanya akan membesar.Haqimie sembunyikan senyumannya.
„Saja nak tengok bilik anak dara ni kemas ka tak,jangan jadi macam sarang tikus sudah!“Ujar haqimie selamba.
„Rafiz Haqimie,boleh tak jangan buat lawak bodoh antarabangsa disini,saya penat nak layan kerenah awak!“ Marah Zara geram. Zara oi ! takkan lelaki macam ini yang kau pilih?
„Marah nampak!“ Haqimie masih lagi mengusik. Zara diam sambil memandang dengan muka kelat.
„Ada berus gigi spare tak?“ Mahu tidak mahu Haqimie terpaksa juga memberitahu tujuannya juga. Zara tersenyum sinis. Ini rupanya agenda kuda kepang ni! Padan muka.
„Tak adalah!pergi mintak dekat aunty cleaner tu!“Zara menunding jadi kearah aunty cleaner dihadapan biliknya yang kebetulan lalu disitu. Takkan nak bagi gelaran mak cik pula kan?tak logik pula rasanya. Haqimie mengetap bibir. Lalu terus pergi meninggalkan Zara yang sedang tersenyum sinis.
Pintu bilik Zara ditutup. Dia tersenyum puas.Padan muka! Sesungguhnya aku berdaulat!
Zara mencapai maxi dress lalu terus disarungkan ke badan. Berus gigi yang masih dibalut dan belum dibuka itu diambilnya untuk memberus gigi. Kena berus gigi sebelum tidur ya!. Tiba-tiba pintu biliknya diketuk lagi.
Nak apa lagi lah mamat ni! Zara melangkah dan membuka pintu bilik. Sekali lagi wajah Haqimie tersembul dihadapan mula.
„May i help you?“ Soal Zara sambil memerhati kedua belah tangan haqimie yang sedang memengang coffee mug!
„Untuk kamu satu!“ Zara mengambilnya. Baik pula mamat kepang ni! Ha ha ha.
„Terima kasih,“ucap Zara lembut sambil tersenyum.
„Zara,tak ada niat pun nak minta balasan,tapi i'm stuck!“Beritahu haqimie serius .
„Kenapa ni?“Zara mengerutkan dahinya.
„Thank you so much!“ Haqimie terus berlalu sambil merampas berus gigi yang berada ditangannya. Zara tersentak! Bengong!
„Haqimie!“Jerit Zara perlahan,Takut jikalau menganggu penghuni yang lain. Haqimie macam orang yang tidak ada perasan.Terus berlalu tanpa menoleh.Tetapi tangan yang memengang berus gigi itu dilambai-lambaikan ke Zara.
„Kuda kepang tak guna!“
Ok.. Next please.. Pndai buat novel.. Bahasa best
ReplyDeletebahasa budak2 sbb 9 tahun lepas kan
DeleteNegara orang putih kat mana ni dear Atie.
ReplyDeleteDetroit, Michigan :)
DeleteMenarik kisahnya antara Zara, Haqimie ..., keduanya terlibat dialog yang lucu ��.
ReplyDeleteKarya bagus, teman.
Salam dari Indonesia.
hahaha thanks sudi baca :)
Deletekalau dah siap mskripnya bolehla terbitkannya
ReplyDeletetak la kak PI.. atie tulis suka2 saja ni.. nak hantar mskrip dekat siapa pun tak tahu hahaha
DeleteHaha menarik! Tak sabar tunggu sambungannya!
ReplyDeletehaha thank you sbb baca cik TK
DeleteHahaha, boleh rampas berus gigi pulak ye 🤭😂
ReplyDeletesbb dia stuck nak berus gigi buat apa nth
DeleteFuhh 9 faun lepas dah buat cter . Teruskan berkarya ya Atie.
ReplyDeletehahahaha suka suka ja ni
DeleteMacam berdasarkan kisah benar.
ReplyDeleteOit main rampas berus gigi.