Bilik mesyuarat dipenuhi.Tidaklah seramai mana cuma
dalam lima orang saja.Mesyuarat diadakan agak lewat.Pada pukul 6.30 jadi kalau
waktu itu, di German ialah pukul 4 petang. Disebabkan kes kali ini agak besar,lalu Director Mr. Nail juga turun padang bersama-sama membincangkan masalah yang ada. Zara
masuk dengan senyuman dan buku ditangan. Kes kali ini ,Haqimie diberi tugas
sepenuhnya. Oleh itu,bolehlah dia cuci tangan dan terus mengendalikan kes-kes
lain.Mesyuarat ini dia sertai hanya kerana disuruh oleh Mr Ron. Haqimie dilihat
sedang tekun mencatit sesuati dibuku catatan hariannya.Sikap haqimie yang
paling mendapat perhatian Zara,jika waktu berkaitan dengan kerja,haqimie
sentiasa serius dan tegas!
"Hello,thank you for joining this meeting,I
would like you to know that I'm here with Miss Zara, Mr Haqimie, Mr Zayn, Mr
Khalid. We have Mr. Nail with us too," Mr Ronald memulakan bicara menerusi
telefon di meeting room itu. Mode pembesar suara di 'On' kan, oleh itu segala
percakapan melalui corong telefon itu akan didengar oleh mereka. Haqimie masih
seperti tadi,berkerut-kerut dahinya mencatit sesuatu.Entah apa yang dicatitnya.
"Hello all,what do you think about this
case?if there is any simulation that we can do?"Soal salah seorang melalui
corong telefon.
"I think,Haqimie will answer it for
us,"Mr Ronald menolak telefon itu berdekatan dengan Qimie.
"First simulation?I think we can try to shot
connector X2000 pin 2 and 3,and try to power On the device,but we need to make
sure that we using the high Amp.Which is 20Amp and above,"Terang Qimie
serius.
Seriusnya kalau bab kerja,kalau bab menyakat!ketawa
tak henti pula.Ini pertama kali Zara lihat Qimie begitu serius,kalau tak asyik
perli-perli Zara jer!
"Can we see all the picture of the
PCB?"Pinta mereka lagi.
"This is the pictures that shows how it
burn!"Anak panah tetikus bermain-main diskrin laptop mereka.Zara hanya
menjadi pemerhati.Matanya dilirik pada jam yang terpapar dihujung sebelah kanan
laptop.
Pukul 7 malam,aduh!pukul berapa pula aku nak sampai
rumah ni!Keluh Zara,tiap hari balik lewat,Badan ni dah letih sangat!
"Yes Mr Harry,.." Butir percakapan sudah
tidak dapat difahami lagi kerana Mr Ronald dan yang lain bercakap didalam
bahasa German.Zara memandang haqimie apabila lihat Haqimie turut serta dalam
perbualan menggunakan bahasa german itu. Bangganya kalau dia jadi milik aku! Zara
tersengeh sendiri. Otak ni teruk betul!
Tiba-tiba wajah Haqimie bertukar,Zara tidak pasti,apakah
jenis pandangan yang ditunjukkan tapi yang pasti,haqimie memandangnya dengan
pandangan yang tajam.Zara mengerutkan dahinya. Apa hal kuda kepang
ni? Soalan
itu hanya bermain didalam hati.Dia menjeling.
"Miss Zara and Mr Haqimie will fly to Detroit
as soon as possible!" Putus Mr Ronald!Manakala Encik Khalid dan Mr Nail
hanya anggukkan kepala. Ah!sudah. Bos-bos ini memang tak
pernah nak mintak persetujuan aku!Bencinya. Matanya
memandang haqimie yang sedang tersenyum sinis memandangnya. Zara memandang Mr
Zayn disebelahnya. Mr Zayn tersenyum.
"Oh mama!I need help!"Wajah Zara bertukar
muram.
#######################################################################
Zara terus memnyebamkan mukanya diriba
Zainab.Zainab mengusap rambut Zara lembut.Sekali lagi Zara akan ke sana.Kali
ini dengan insan yang bernama lelaki.Zainab mula resah.
"Zara tak mau pi dengan si kuda kepang tu
ma!"Rayu Zara.
"Tak boleh tukaq orang Ra?Mama risaulah!"Zainab bersoal.
"Mama tak payahlah risau,Ra kan dah pernah pi
sana,tapi Ra tak mau pi dengan dia ma!"Zara bangun dari riba mamanya. Satu
keluhan berat dilepaskan.Zaril disebelah tersenyum kelat. Dia dapat bayangkan
bagaimana perasaan rumit si kakaknya itu. Suka atau tak suka dia sendiri tak
pasti!
"Janganlah senyum macam tu Ril,bagilah Ra idea
nak lepaskan diri,"Wajah cemberut Zara ditayangkan.
"Tanggungjawab Ra,takkan nak makan gaji
buta!"Zaril menjawab deras. Bengong la si Ra ni,peluang depan mata cerah!
"Ril! Tak sokong Ra langsung!Istihar perang
lima minit!"Keras kata-kata Zara namun hanya mampu dibalas oleh gelengan
Zainab. Umur dah 24 tapi perangai macam 4 tahun.
"Sikit-sikit nak perang Ra ni!'Zaril
menberikan jelingan yang tajam.
"Ra cakap sajalah mama sakit!Ra kena jaga
mama!"Zainab memberi idea.
"Ha,baguslah!nanti mama betui-betui sakit baru
tau,doa tu Allah terima tau!"Zaril menentang keras. Tak ada alasan lain ka nak bagi?saja nak bagi aku naik angin!Wajah
Zara kian muram. Bukan dia tak nak pergi tapi dia tahu disana nanti Haqimie tak
akan jaga dia betul-betul dekat Malaysia ni pun kena balun jer,kalau di tempat
orang nanti lagi teruk Qimie layan dia. Huwaaa!!!
"Awat teruk sangat papa tengok ni?"Wajah
Adnan tersembul dihadapan pintu rumah. Baru balik kerja la tu!
"Zara kena fly to detroit lagi pa,"Zaril
menjawab bagi pihak kakaknya.
"Wah!lucky la anak papa ni,asyik dapat peluang
pi tempat orang ja,"Adnan melabuhkan punggungnya disis Zaril.
"Minum pa,"Zainab menuangkan air teh o suam kepada suaminya.
"Berapa lama pula kali ni?"Soal Adnan
setelah menghirup the didalam cawan.
"Dua minggu juga!"Jawab Zara malas.
"Ni awat tak happy?"Kening Adnan
berkerut. Hari tu dapat fly seronok bukan main!Siap tak boleh nak tidur malam lagi.
"Ra fly dengan jeng jeng jeng kali ni pa,"Zaril
tersengeh nakal disebelah.Matanya mengerlling ke Zara yang muncung sedepa.
"Siapa jeng jeng jeng tu?"Zaril ni main
jeng jeng jeng pula!Adnan geleng kepala.Pening layan percakapan budak-budak
zaman sekarang ni.Perangai pelik!
"Alah pa, yang Zara selalu panggil tu lah!Kuda
kepang,"Beritahu Zaril.Zara hanya menjeling.Lima minit mogok perang tak
habis lagi. Kalau Zara dah cakap istihar perang maknanya dia tidak akan
bercakap dengan orang tu seperti yang dia anggarkan.
"Oh!"Senyuman nakal terbit dibibir Adnan.
Aik Papa! Sejak bila dah bertukar jadi satu spesis dengan Ril ni!
"Awat senyum sampai ketelinga ni?"Marah
Zara.
"Tak sabaq nak tengok bakal menantu di airport
nanti!"Hanya itu yang lahir dari bibir Adnan.Zara membeliakkan matanya.
"Papa!“ Suara Zara meninggi! Geram!
makin best dah cerita ni.. :-)
ReplyDeletethank sudi baca :)
Deletesemoga terus mendapat ilham utk menulis dan dipermudahkan segala urusan..
ReplyDeletehttps://ejulz.blogspot.com/2020/11/senarai-pengomen-tegar-okt-2020.html
hehe thank you :)
DeleteHahahah! Gelak dulu boleh:) Mesti cinta berputik pasni :)
ReplyDeletezara mmg suka dia dah.. hahaha
Deletemenarik la cerita ini
ReplyDeletethank sudi baca :)
DeleteKeren ide ceritanya.
ReplyDeleteYuk dilanjutkan lagi cerita menarik selanjutnya 😉
thank you :)
DeleteHehe kuda kepang. Kena follow ni macam best je
ReplyDeletehahahaha mmg persis kuda kepang si haqimie ni
DeleteHaha, jadi ke tak jadi fly nampaknya tu 😂
ReplyDeletejadiii!! hahaha
DeleteAlamak... byk dh tertinggal ni.. suspenss
ReplyDeletehahahaha thanks sudi baca kak mim
DeleteLelaki ni biasanya memang serius bila bab kerja. Macam si kuda kepang ni.. heheee.. kesian zara nak kena pergi detroit dengan si kuda kepang... Nampak gayanya cinta akan berputik di sana.. ��
ReplyDeleteitu la.. how dia nak survive dgn kudang kepang dekat sana? hope sngt haqimie meluahkan cinta :)
Delete