Monday, November 2, 2020

Complicated Sangat Hati Aku Ni! ---BAB 20---

Bilik mesyuarat dipenuhi.Tidaklah seramai mana cuma dalam lima orang saja.Mesyuarat diadakan agak lewat.Pada pukul 6.30 jadi kalau waktu itu, di German ialah pukul 4 petang. Disebabkan kes kali ini agak besar,lalu Director Mr. Nail juga turun padang bersama-sama membincangkan masalah yang ada. Zara masuk dengan senyuman dan buku ditangan. Kes kali ini ,Haqimie diberi tugas sepenuhnya. Oleh itu,bolehlah dia cuci tangan dan terus mengendalikan kes-kes lain.Mesyuarat ini dia sertai hanya kerana disuruh oleh Mr Ron. Haqimie dilihat sedang tekun mencatit sesuati dibuku catatan hariannya.Sikap haqimie yang paling mendapat perhatian Zara,jika waktu berkaitan dengan kerja,haqimie sentiasa serius dan tegas!

"Hello,thank you for joining this meeting,I would like you to know that I'm here with Miss Zara, Mr Haqimie, Mr Zayn, Mr Khalid. We have Mr. Nail with us too," Mr Ronald memulakan bicara menerusi telefon di meeting room itu. Mode pembesar suara di 'On' kan, oleh itu segala percakapan melalui corong telefon itu akan didengar oleh mereka. Haqimie masih seperti tadi,berkerut-kerut dahinya mencatit sesuatu.Entah apa yang dicatitnya.

"Hello all,what do you think about this case?if there is any simulation that we can do?"Soal salah seorang melalui corong telefon.

"I think,Haqimie will answer it for us,"Mr Ronald menolak telefon itu berdekatan dengan Qimie.

"First simulation?I think we can try to shot connector X2000 pin 2 and 3,and try to power On the device,but we need to make sure that we using the high Amp.Which is 20Amp and above,"Terang Qimie serius.

Seriusnya kalau bab kerja,kalau bab menyakat!ketawa tak henti pula.Ini pertama kali Zara lihat Qimie begitu serius,kalau tak asyik perli-perli Zara jer!

"Can we see all the picture of the PCB?"Pinta mereka lagi.

"This is the pictures that shows how it burn!"Anak panah tetikus bermain-main diskrin laptop mereka.Zara hanya menjadi pemerhati.Matanya dilirik pada jam yang terpapar dihujung sebelah kanan laptop.

Pukul 7 malam,aduh!pukul berapa pula aku nak sampai rumah ni!Keluh Zara,tiap hari balik lewat,Badan ni dah letih sangat!

"Yes Mr Harry,.." Butir percakapan sudah tidak dapat difahami lagi kerana Mr Ronald dan yang lain bercakap didalam bahasa German.Zara memandang haqimie apabila lihat Haqimie turut serta dalam perbualan menggunakan bahasa german itu. Bangganya kalau dia jadi milik aku! Zara tersengeh sendiri. Otak ni teruk betul!

Tiba-tiba wajah Haqimie bertukar,Zara tidak pasti,apakah jenis pandangan yang ditunjukkan tapi yang pasti,haqimie memandangnya dengan pandangan yang tajam.Zara mengerutkan dahinya. Apa hal kuda kepang ni? Soalan itu hanya bermain didalam hati.Dia menjeling.

"Miss Zara and Mr Haqimie will fly to Detroit as soon as possible!" Putus Mr Ronald!Manakala Encik Khalid dan Mr Nail hanya anggukkan kepala. Ah!sudah. Bos-bos ini memang tak pernah nak mintak persetujuan aku!Bencinya. Matanya memandang haqimie yang sedang tersenyum sinis memandangnya. Zara memandang Mr Zayn disebelahnya. Mr Zayn tersenyum.

"Oh mama!I need help!"Wajah Zara bertukar muram.

#######################################################################

Zara terus memnyebamkan mukanya diriba Zainab.Zainab mengusap rambut Zara lembut.Sekali lagi Zara akan ke sana.Kali ini dengan insan yang bernama lelaki.Zainab mula resah.

"Zara tak mau pi dengan si kuda kepang tu ma!"Rayu Zara.

"Tak boleh tukaq orang Ra?Mama risaulah!"Zainab bersoal.

"Mama tak payahlah risau,Ra kan dah pernah pi sana,tapi Ra tak mau pi dengan dia ma!"Zara bangun dari riba mamanya. Satu keluhan berat dilepaskan.Zaril disebelah tersenyum kelat. Dia dapat bayangkan bagaimana perasaan rumit si kakaknya itu. Suka atau tak suka dia sendiri tak pasti!

"Janganlah senyum macam tu Ril,bagilah Ra idea nak lepaskan diri,"Wajah cemberut Zara ditayangkan.

"Tanggungjawab Ra,takkan nak makan gaji buta!"Zaril menjawab deras. Bengong la si Ra ni,peluang depan mata cerah!

"Ril! Tak sokong Ra langsung!Istihar perang lima minit!"Keras kata-kata Zara namun hanya mampu dibalas oleh gelengan Zainab. Umur dah 24 tapi perangai macam 4 tahun.

"Sikit-sikit nak perang Ra ni!'Zaril menberikan jelingan yang tajam.

"Ra cakap sajalah mama sakit!Ra kena jaga mama!"Zainab memberi idea.

"Ha,baguslah!nanti mama betui-betui sakit baru tau,doa tu Allah terima tau!"Zaril menentang keras. Tak ada alasan lain ka nak bagi?saja nak bagi aku naik angin!Wajah Zara kian muram. Bukan dia tak nak pergi tapi dia tahu disana nanti Haqimie tak akan jaga dia betul-betul dekat Malaysia ni pun kena balun jer,kalau di tempat orang nanti lagi teruk Qimie layan dia. Huwaaa!!!

"Awat teruk sangat papa tengok ni?"Wajah Adnan tersembul dihadapan pintu rumah. Baru balik kerja la tu!

"Zara kena fly to detroit lagi pa,"Zaril menjawab bagi pihak kakaknya.

"Wah!lucky la anak papa ni,asyik dapat peluang pi tempat orang ja,"Adnan melabuhkan punggungnya disis Zaril.

"Minum pa,"Zainab menuangkan air  teh o suam kepada suaminya.

"Berapa lama pula kali ni?"Soal Adnan setelah menghirup the didalam cawan.

"Dua minggu juga!"Jawab Zara malas.

"Ni awat tak happy?"Kening Adnan berkerut. Hari tu dapat fly seronok bukan main!Siap tak boleh nak tidur malam lagi.

"Ra fly dengan jeng jeng jeng kali ni pa,"Zaril tersengeh nakal disebelah.Matanya mengerlling ke Zara yang muncung sedepa.

"Siapa jeng jeng jeng tu?"Zaril ni main jeng jeng jeng pula!Adnan geleng kepala.Pening layan percakapan budak-budak zaman sekarang ni.Perangai pelik!

"Alah pa, yang Zara selalu panggil tu lah!Kuda kepang,"Beritahu Zaril.Zara hanya menjeling.Lima minit mogok perang tak habis lagi. Kalau Zara dah cakap istihar perang maknanya dia tidak akan bercakap dengan orang tu seperti yang dia anggarkan.

"Oh!"Senyuman nakal terbit dibibir Adnan. Aik Papa! Sejak bila dah bertukar jadi satu spesis dengan Ril ni!

"Awat senyum sampai ketelinga ni?"Marah Zara.

"Tak sabaq nak tengok bakal menantu di airport nanti!"Hanya itu yang lahir dari bibir Adnan.Zara membeliakkan matanya.

"Papa!“ Suara Zara meninggi! Geram!

18 comments:

  1. semoga terus mendapat ilham utk menulis dan dipermudahkan segala urusan..

    https://ejulz.blogspot.com/2020/11/senarai-pengomen-tegar-okt-2020.html

    ReplyDelete
  2. Hahahah! Gelak dulu boleh:) Mesti cinta berputik pasni :)

    ReplyDelete
  3. Keren ide ceritanya.
    Yuk dilanjutkan lagi cerita menarik selanjutnya 😉

    ReplyDelete
  4. Hehe kuda kepang. Kena follow ni macam best je

    ReplyDelete
  5. Haha, jadi ke tak jadi fly nampaknya tu 😂

    ReplyDelete
  6. Alamak... byk dh tertinggal ni.. suspenss

    ReplyDelete
  7. Lelaki ni biasanya memang serius bila bab kerja. Macam si kuda kepang ni.. heheee.. kesian zara nak kena pergi detroit dengan si kuda kepang... Nampak gayanya cinta akan berputik di sana.. ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la.. how dia nak survive dgn kudang kepang dekat sana? hope sngt haqimie meluahkan cinta :)

      Delete

All the comment will be moderate by me.
I will not approve if anything offensive + hateful.
Thanks for this lovely comment!